Tetamu Kehormat...

January 31, 2012

Ikut Kami ke Syurga!

Kalau beginilah cara pemikiran seorang Presiden PAS, elok benarlah niatnya untuk berundur diri daripada menjadi calon PRU yang akan datang. Mahu atau pun tidak - PAS wajib mengakui bahawa kesan daripada pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS sangat besar dan membimbangkan. Jangan berpura-pura kononnya PAS "tidak hairan" dengan Hassan Ali. secara jujur, orang kampung lebih percaya cakap Hassan Ali daripada kata-kata Mahfuz Omar atau Khalid Samad. Bukan mudah para hulu balang PAS untuk menangkis serangan daripada Hassan Ali - walaupun segala keaiban Hassan Ali dilondehkan, ia masih belum mampu melumpuhkan serangan pakar motivasi itu.

Terkini, Hj Hadi pula seolah-olah "dipaksa" untuk redho dan merestui Khalid Ibrahim memegang potfolio agama Islam di Selangor - dengan hujah dangkal kononnya Khalid sangat rapat dengan Tuanku Sultan, maka urusan agama akan lebih mudah. Kalau itulah hujah Hj Hadi, cadangkan sahaja Lim Guan Eng memegang potfolio agama Islam di Pulau Pinang. yang sebenarnya, Rakyat mahu PAS memegang jawatan exco agama Islam di Selangor adalah kerana kepakaran parti tersebut dan aspirasi perjuangan PAS yang mahukan tertegaknya Islam di negara tercinta ini. Tiada alasan lain.

Khalid Ibrahim dari parti PKR, ideologi partinya bukan al-Quran dan as-Sunah. Mereka tiada aspirasi mahu menegakkan negara Islam - jauh sekali untuk melaksanakan Hudud. Kalau perkara sekecil ini pun tidak mampu dipertahankan oleh PAS - maka apa lagi yang tinggal? Akuilah jangan terlalu ego, PAS sebenarnya sangat lemah. Lemah yang sunguh-sungguh. Terima sahajalah hakikat ini.

GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek. Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.

"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.

"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu. Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.

Peluang itu sekaligus digunakan Umno dengan mendakwa PAS hilang potfolio agama. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas exco itu.

Sebab itu katanya, PAS masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada PAS sebagai Pembantu Exco Agama.

"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).

"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.

"Tolak DAP, DAP Musuh Islam" - Dr Hassan Ali

Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sessi ceramahnya malam ini diadakan di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan. Semakin lama ramai yang hadir alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas. Yang hadir adalah secara ikhlas untuk berjuang kejalan Allah bersama YB Datuk Dr Hasan Ali. Kebanyakan yang hadir adalah terdiri daripada penyokong pas dan yang sudah pun berpaling tadah. Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam. Baca di sini...

January 30, 2012

Insaf Mendengar Tazkirah Ini

Sebaik-baik Jawapan

Pada hemat saya, inilah sebaik-baik jawapan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap Israel dengan frasa ayat kontroversi berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel,"(teks penuh di sini). Isunya sangat mudah - perlukah Anwar Ibrahim mengusulkan agenda melindungi Israel sekiranya rundingan damai Palestin-Israel benar-benar berjaya? Atas hujah apa Israel mesti dilindungi? Walau pun mereka sanggup berdamai dengan Palestin, itu bukan alasan untuk melindungi negara haram mereka. Bahkan hujah dari kitab mana yang digunakan oleh Anwar bagi menghalalkan sikap melindungi Israel? Rasanya jawapan daripada Duta Palestin ke Malaysia di bawah ini sangat tepat lagi bernas:

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. — BERNAMA

January 29, 2012

Dosa Tidak Terampun!

Sekali pun dosa para pemimpin UMNO yang rasuah dikumpulkan daripada sejak tertubuhnya parti tersebut - ia sama sekali tidak mampu menandingi dosa yang sedang dilakukan oleh PAS yang secara terang-terangan menggadaikan Islam hanya untuk bersahabat dan mendapat undi daripada kaum kafir bagi memerintah negara ini. Cakap la apa sahaja dosa yang dilakukan oleh UMNO - rasuah, zina, zalim atau apa-apa sahaja - tetapi ingat, UMNO tidak bergerak atas nama Islam atau mempermainkan Islam - hal ini jauh sekali dengan PAS - meletakkan al-Quran dan as-Sunah sebagai dasar perjuangan, tetapi malangnya sikap dan gerak kerja parti yang dikatakan mendukung Islam itu, sudah semacam menjadi sebuah parti kapitalis atau komunis. Akibat mabuk kuasa - maksiat di Selangor semakin bertambah, usaha mencegah dihalang. Sebab itu, Islam tidak boleh diletakkan di dalam peti undi - ia tidak mampu mengubah keadaan. Islam mesti bermula dengan dakwah tanpa mengejar kuasa terlebih dahulu.

KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad. Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu. Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman. Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera. Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

January 26, 2012

Siapa Pembela Golongan Ini Di Malaysia?

TEL AVIV, 25 Jan - Gerakan kempen 'Gay Tourism' yang dilancarkan sejak dari Julai 2010 telah menjadikan ibu negara Israel ini sebegai hub terbesar bagi golongan homoseksual di mana pasangan gay boleh bergerak bebas dan berkucupan dikhalayak ramai. Kempen penjenaam yang dijalankan disokong dan dibantu dengan bantuan dana oleh kerajaan agar Tel Aviv muncul sebagai destinasi utama bagi pelancongan golongan homoseksual di Asia Barat.

Kerajaan Tel Aviv memperuntukkan kira-kira USD100,000 (RM310,000) sebagai bajet pemasaran antarabangsa bagi menjalankan kempen pelancongan gay ini secara agresif. Pegawai kerajaan menganggarkan ketibaan berpuluh ribu pelancong gay di Israel dalam melonjakkan lagi pendapatan melalui sektor pelancongan. Pegawai Kementerian Pelancongan, Pini Shani menyifatkan pelancong gay berpotensi besar dalam mempromosikan Israel sebagai hub terbesar golongan homoseksual dan melantik pelancong ini sebagai duta muhibbah bagi Israel.

"Kami cuba mewujudkan model keterbukaan, toleransi dan pluralisme melalui kempen ini," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.http://www.klpos.com/luar-negara/2387-israel-kini-hub-terbesar-golongan-homoseksual.

Akhirnya...Tu Dia, Tak Perlu La Aziz Bari Malu-malu Kucing..

Malam ini Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam


Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik. Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari. Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam ini jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya. Selamat berpolitik kepada Aziz Bari. http://msomelayu.blogspot.com/

Ada Mereka Peduli?

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Semua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah. Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu.

Justeru, beliau berkata, tiada sebab orang Melayu berharap untuk terus mendapat perlindungan serta keistimewaan kerana jelas sebelum diberi mandat untuk memerintah, parti berkenaan sudah menunjukkan keberanian mencabar kedudukan serta hak kaum majoriti itu.

"DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini. Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mahu DAP mendedahkan bilangan ahlinya yang berbangsa Melayu dan pada masa sama menyenaraikan rancangannya untuk pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini, Rosnah memberi contoh nasib orang Melayu di Pulau Pinang selepas DAP diberi mandat memerintah negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Orang Melayu di negeri itu dianak-tirikan. Janji-janji semasa pilihan raya kononnya orang Melayu akan dibangunkan hanya tinggal janji," ujarnya.

Malah, beliau berkata, Exco Melayu dalam pentadbiran DAP umpama boneka yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa keputusan sekalipun membabitkan kepentingan Melayu dan Islam. Menurutnya, begitu juga nasib orang Melayu di Singapura apabila parti PAP yang asalnya DAP tidak mengambil kira sumbangan mereka selain turut mempersoalkan kesetiaan kaum itu.

"Melayu di Singapura tidak mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan orang Melayu dianak-tirikan di republik itu," katanya. Rosnah berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu membuat penilaian tentang kedudukan kaum itu jika DAP memerintah negara ini.

"Pilihlah yang mana intan dan yang mana kaca. Kami yakin rakyat bijak menilai pihak mana yang terbaik dan yang mampu membela nasib rakyat," katanya lagi.

January 12, 2012

Akhirnya Terbongkar...Inilah Insan yang Mahukan Perpaduan...

KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

Tolonglah Ustaz..Hentikan Fitnah Seperti Ini...


January 11, 2012

Di Mana Aziz Bari? Tolong Komen Sikit...

PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya. Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

"Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.

Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.

"Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja," katanya.

Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan. Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

"Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.

"Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya. Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.

Tinggal Anwar Sebab Akidah

Mengapa Saya Sokong Hassan Ali

January 9, 2012

Apa Kata Saiful Bukhari?

Seruan Jihad Hancurkan Anwar Ibrahim!

"Teman yakin selepas ini akan ada lagi para ulama' dan aktivitis pejuang Islam akan dikenakan tindakan! Teman tidak hairan jika selepas ini mangsa kerakusan mereka seterusnya ialah Ustadz Nasharudin Mat Isa, Ustadz Nasarudin Hassan Tantawi, Ustadz Datuk Harun Taib, mungkin juga Ustadz Nik Abduh Nik Mat.

Malahan jika Dato' Dr. Haron Din, ulama' besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dilihat menjadi batu penghalang mereka untuk mencapai impian ke Putrajaya, sudah PASti beliau juga akan disembelih tanpa ehsan!

Kaum Anwarinas ini hanya membuktikan satu perkara dengan pemecatan Dr. Hasan Ali. Iaitu mereka sudah gila kuasa. Sebab itu kita semua wajib menghancurkan mereka. Memerangi kaum Anwarinas ini adalah jihad, menghancurkan mereka adalah jihad. Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu menghalang orang gila daripada berkuasa! (baca di sini).

Inilah Nasib Pejuang Islam Sebenar..Soalnya..Siapakah Mangsa yang Berikut?

January 8, 2012

Mulut Jijik Azmin Ali!


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukkan dokumen yang telah ditandatangani oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengenai penafiaannya tentang syarat yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhimpunan '901' di Mahkamah Jalan Duta esok.

Sudah terang lagi bersuluh....masih nak berbohong? Yang bawah ni pula cakap macam orang tak ada otak? Inilah jadinya kalau sanggup jadi lembu yang dicucuk hidung...

Terbongkar! 10 Sebab Hassan Ali Dipecat

10 Sebab Dr Hassan Ali dipecat sudah dikenal pasti. Maka, bersaksilah, PAS sudah benar-benar memasuki lubang biawak sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta...Tiada hujah lagi yang boleh menyelamatkan PAS daripada terus dilabelkan sebagai tali barut DAP yang sememangnya jelas memusuhi Islam, dan kini PAS hanya menanti hukuman Tuhan. Ini sebab utama Hassan Ali dipecat :

1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP. Tindakan Hassan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.

2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.

3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hassan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.

4. Sangat tegas dalam soal akidah. Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.

5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut. Hassan Ali menongkah arus.

6. Hassan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.

7. Hassan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa. Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.

8. Secara amanah, Hassan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.

9. Hassan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya, kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.

10. Hassan Ali pernah berkata, ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS. Justeru itu, jika PAS melakukan kesalahan, beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.

Manusia Yang Menitiskan Air Mata Kerana Allah Ini yang Dipecat oleh PAS



Fikir-fikirkan...orang yang menangis kerana Allah matanya kelak tak akan disentuh api neraka..tetapi orang yang berkualti seperti inilah dibuang dan ditendang daripada perjuangan jemaah...DAP lebih disanjung, Anwar terus disokong..nauzubillah minzalik..

Hassan Ali Dipecat, Sakmongkol AK 47 Masuk DAP


Hassan Ali dipecat sebagai ahli PAS? - Itu berita daripada Zulkifli Noordin. Kebenaran masih ditunggu dan dicari. Dan di sisi lain, DAP sedang meraikan kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pekan, Pahang, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz dan veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias menyertai parti racis itu. Dunia politik makin bercelaru. Banyak yang sudah hilang pedoman. Manusia yang baik dan ikhlas dipecat, manakala manusia yang tiada prinsip dan tidak memahami perjuangan tenggelam dalam selimut liberalisasi dan demokrasi. Kita tunggu sebentar lagi.

Cakaplah Apa Pun..Orang Melayu yang Iri Hati Tetap Tak Puas Hati

"Namun dalam keadaan kekuatan politik orang Melayu semakin lemah kerana berpecah belah, saya ingin membuat teguran kerana ramai pihak menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sesuatu yang teruk kerana kegagalan pelaksanaan, korup dan sebagainya. Namun apakah semua itu betul dan tidak ada satupun dari DEB ini berjaya membantu orang Melayu dan masyarakat. Saya nak tanyalah jika sebelum ini ada orang Melayu dapat kontrak RM20 juta, dia dapat untung RM2 juta melalui DEB. Orang pertikaikan kenapa dia dapat kontrak dan sebagainya. Kenapa tak orang pertikai siapa yang dapat selebihnya dari RM20 juta tadi, sudah tentu orang Cina. Tetapi mengapa tidak ada orang yang bercakap mengenainya. Apakah DEB itu hanya menguntungkan orang Melayu semata-mata sedangkan yang mengaut keuntungan besar adalah orang Cina. Kenapa orang lain perlu menjadikan hal 30 peratus penguasaan ekonomi orang Melayu sebagai isu besar sedangkan ramai di luar sana terutama kaum Cina mendapat sebahagian besar penguasaan ekonomi negara. Kita perlu jelas dan buat kajian tentang perkara ini supaya perkara fakta ini tidak lagi menjadi modal politik yang digunakan untuk memperbodohkan orang ramai." (Sambung bacaan di sini).

January 7, 2012

Cibai Laaa Korang Nie...Tak Habis-habis Nak Menipu..Tonton Video Ini Kemudian Baca Pendedahan di Bawah



Kerja puak-puak penyokong Anwar Ibrahim ini tidak henti-henti nak menipu orang ramai. Nasib baik la Raja Petra nie tak lama sangat kena kencing dengan Anwar Ibrahim.

Blogger Raja Petra Kamaruddin has found it out the hard way. When he used to make allegations of mismanagement and corruption against the BN government, they were regarded as the gospel truth by his fanatical followers. His blog postings were compulsory reading and even when his imaginations went ridiculously wild, there were enough stupid people who believed in his tales.

But today the hero has become a zero. The same zombies who kissed the ground he walks on now brands him a traitor and liar.

Writing in his Malaysia Today blog dated Jan 6, RPK has alleged that Johan Taharin – the brother in law of PKR Deputy President Azmin Ali – has approached a developer who was encountering difficulties in getting state approvals with an offer to secure a project in exchange for a fee.

In short, a bribe. We also know that developers have been arm twisted into putting advertisements in “Selangor Times” – the free propaganda sheet of the Selangor state government.

Many developers have privately grumbled about this strong arm tactics but many dared not say no to the publishers, which is the Selangor state government.

PKR Vice-President Sivarasa has also organized dinners with developers and at least one dinner, developers decided to boycott because they know they will end up having to pay money.

This lawyer, who projects himself as super clean, has also been accused by RPK of getting legal work from the PJ City Council. So have other PKR leaders like Surendran and Lateefe Koya. So has PKR councillor Derek Fernandez.

It is well known in the legal fraternity that MPPJ has been ordered to give these lawyers legal work. These PKR scums talk about Selangor Capability, Accountability and Transparency (SELCAT) but we all know it’s a lot of bullshit.

Maybe Teng Chang Khim may want to investigate – especially when PKR lawyers are enjoying the loot!

And of course, DAP’s Ronnie Liu is getting regular income from the massage parlour operators in Selangor.

Teng, you are really missing the actions. In Perak, Nga Kor Ming, barely weeks in office, was already giving his wife’s tailor shop a contract to make suits for councillors and state exco members. But here’s the best part – the official complaint against Nga has come from a DAP branch! Well, you dumb headed Pakatan Rakyat fanatics, what have you got to say? (Sumber : Klik Sini).

Giliran Shahnon Ahmad Pula "Bantai" Dasar PAS

Selepas Dr Hassan Ali mengkritik hebat perjuangan PAS yang semakin hari semakin jauh tersasar daripada agenda Islamnya - terkini, Sasterawan Negara yang disanjung tinggi oleh PAS pada satu ketika dahulu melalui buku kontroversi berjudul "Shit" sudah berani bersuara dan mengkritik kerjasama PAS-DAP yang dilihat terpesong dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Suara-suara kebenaran ini merupakan suara sebenar lagi ikhlas, yang mahu melihat PAS kembali kepada agenda Islam dan bukan agenda kuasa! Kuasa bukan matlamat utama PAS yang asal, agenda utama PAS ialah Islam.

Nampaknya, golongan sekular yang menjadi parasit dalam PAS, sudah semakin berjaya merubah wajah Islamik PAS hanya kerana mereka mengidam tampuk kuasa daripada BN. Sejahat-jahat UMNO, UMNO masih ada rasa takut kepada Allah, tetapi tidak kepada golongan sekular dalam PAS - yang terang-terangan tergamak menjual nama Allah kepada kaum kafir untuk dimanipulasikan hanya kerana mengharapkan ehsan undi!

GEORGETOWN - Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP. Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat. Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini. Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya. Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera. Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu. Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.

Jom Tonton Ulangan Yang Menarik Ini

10 Hujah Zulkifli Noordin Yang Mustahil Mampu Dijawab Oleh Seluruh Peguam dan Bloggers Pembela Anwar

Di sini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar di jalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir ke atas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soal balas Pendakwaraya dipatahkan! Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada video klip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan air mani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan! Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah.

Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan di dalam kandang saksi! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar? Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah! Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998! Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang! Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar?

Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini? Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"! Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain? Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka? Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan? Kenapa Haji Hasanudin, tuan punya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah! Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar. Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju! Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat laporan polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu!

Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun! Kali ini DNA air mani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA air mani di dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM! Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful! Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar! Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia! Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri. Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi. Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah!

Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut! Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan? Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop! Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Kalau Lukis Plan Pun Dah Berdosa, Apatah Lagi Kalau Meluluskannya



Kelantan akan mempunyai sebuah lagi patung besar Buddha, setinggi 36 meter di Wat Phithikyan Phutthaktham di Kampung Balai di Bachok, yang dijangka menjadi satu lagi daya tarikan utama pelancong ke negeri tersebut.

Kos membina patung tersebut ialah RM2 juta, sebahagian besarnya merupakan sumbangan orang ramai, dan merupakan patung Buddha ketiga di Kelantan. Dua lagi patung Buddha terletak di Tumpat iaitu patung "Sitting Buddha" (setinggi 30 meter di Kampung Jubakar) dan "Sleeping Buddha" (10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di Kampung Jambu atau Kampung Berok).

Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho Chai berkata, patung terbaru itu dilengkapkan dengan kemudahan lif di bahagian dalamnya. Pembinaannya dijadual siap sepenuhnya pada 2009, kata

Menurut laporan Bernama, ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.

Tarikan pelancong

Beliau berkata arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak. Katanya, lif akan dibina di bahagian dalamnya bagi membolehkan pelancong meninjau dengan lebih jelas kawasan sekitar perkampungan itu dari puncaknya.

Beliau berkata dengan siapnya patung itu lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Kelantan kerana setakat ini tokong itu sudah menjadi tumpuan pelancong Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand.

Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.

Katanya, kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai pada 1992. Beliau berkata pembinaan patung ini agak berlainan kerana warnanya yang putih berbanding patung di tokong lain berwarna keemasan.



Who will be Puppet Prime Minister?

Siapakah "pak sanggup" yang akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, sekiranya Anwar Ibrahim dipenjara? Dan pada masa yang sama, Pakatan Rakyat pula mampu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU Ke-12 kelak. Setidak-tidaknya nama Tengku Razaleigh dan Azmin Ali sudah diletakkan dalam "ranking" utama bagi menggalas tanggungjawab dan legasi kotor Anwar Ibrahim tersebut - Walaupun kedua-dua invidu tersebut tidak layak dan penuh dengan skandal, namun demikian Anwar Ibrahim tiada pilihan, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal dan mampu "istiqamah" untuk mendengar arahan demi arahan daripada beliau, sekali pun dari penjara.

Saya tetap yakin dan percaya bahawa Allah akan menyelamatkan Malaysia daripada bahana dan bencana yang dibawa oleh Anwar Ibrahim serta juak-juaknya - walau sehebat mana pun perancangan dan strategi Anwar Ibrahim, jika Allah tidak mengizinkan, maka semua perancangan itu akan hancur. Ingatlah, hanya perancangan Allah jugalah yang sebaik-baiknya. Allah dan Rasul-Nya tidak akan redho terhadap hamba-hambanya yang mengamalkan perbuatan jijik kaum Luth. Allah akan selamatkan negara ini - dengan doa-doa orang yasng membenci homoseksual. Amin.

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti. Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut. Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.

Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.

Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya. Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.