Tetamu Kehormat...

September 24, 2012

Sorry, Berita Ini Tak Masuk MalaysiaKini...

IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu. Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu. 

Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik. ''Kepimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana mereka menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana," kata Solaiman. Ying Hwa dan Solaiman merujuk keputusan DAP negeri mengheret tiga cawangannya di Manjung iaitu Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam tanpa kebenaran. 

Pada satu ketika, keadaan tegang memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik mencelah sambil cuba menenangkan keadaan dengan meminta mereka yang terlibat hanya berbahas mengenai isu nasional dan negeri, manakala isu dalaman dibincangkan mengikut saluran parti yang lain. Bagaimanapun usahanya gagal apabila perwakilan terus mengkritik Koo Ham. Seorang perwakilan dari Taman Sejati, Sitiawan turut menjadikan konvensyen itu sebagai medan mengkritik Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Perwakilan tersebut yang tidak memperkenalkan dirinya menyifatkan tindakan Koo Ham itu hanya merosakkan segala usaha selama ini untuk menarik minat orang bukan Cina menyertai DAP. Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelembapan kepimpinan parti untuk meluluskan penubuhan cawangan baru terutama di kawasan bukan 'kem' mereka. ''Mereka bertindak sengaja melewat-lewatkan kelulusan menubuhkan cawangan baru di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka. Ini semua adalah taktik tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

14 comments:

Anonymous said...

WAHHH INI SUDAH MENJADIKAN UMNO DENGAN JUAK2NYA TERKANTOIIIII... MACAM PEPATAH SELALU SEBUT.. LUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE MUKA SENDIRI.. KALAU AKU JADI BLOGGER ATAU UTUSEX PUNYA EDITOR.. AKU TAK SIARKAN SEBAB ISU INI MACAM ANJING MEMAKAN MUNTAHNYA SENDIRI.. KERANA DALAM KENYATAAN BERITA ITU ADA MENYEBUTKAN " Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini" BAYANGKAN BLOGGER DAN UTUSEX CANANG YANG SELAMA INI DAP PARTI ANTI ISLAM TIBA-TIBA DAP MENJADI PARTI YANG TAK ANTI ISLAM KERANA KENYATAAN YANG AKU QUOTEKAN DI ATAS!!

APAMACAM... NAK SPIN KENA TENGOK ISU BRO.. LA NI DAH CONFUSE DENGAN UMNGOK DAN BLOGGER.. MANA SATU BETUL DAP NI! ANTI ISLAM KE ATAU SEBALIKNYA!

Anonymous said...

DAP sememangnya anti Islam. Mereka mempersoalkan tindakan Koo Ham sebab dia dah 'potong stim'. Orang Melayu / Islam dan terpengaruh dengan wayang DAP. Kejayaan dah di depan mata.. tapi mamat Koo Ham ni pecah tembelang.... sebab tu dia kena balun. jadi anon 11:52 biarkan lah diri anda terus tetipu.

Anonymous said...

akal ko mmg lembab....skrg ni DAP tgh cuba mempergaruhi org melayu supaya menerima DAP dalam politik mereka....tindakan koo ham yang mengkritik org melayu telah menjejaskan usaha mereka mendekatkan melayu kepada DAP....tak kan maksud itu pun ko tahu paham....lain kali kalau nak komen baca dan paham betul2 petikan tersebut....

kalau ko nak spin pun citer ni cari lah bab yang power sket...
aku rasa mak bapak ko kapir kot.

DAP memang ANTI ISLAM DAN MELAYU.

bodoh lah ko ni....

Anonymous said...

ada beberapa ekor anon lagi kena tipu. Dah 50 tahun umporno memerintah tapi melayu sekadar melukut ditepi gantang! MCA menghina Islam, najib senyap seribu bahasa.. tiada seekor pun puak2 UMNO berdemo untuk mendesak CSL tarik balik! malang sungguh.

http://sakmongkol.blogspot.com/2012/09/revolusi-mental-orang-melayu.html

mesut ozil seremban said...

ASAL BUKAN UMNO!!!!!!

Anonymous said...

anon 11.52am,

yg memprotes tu orang2 melayu dlm dap la ngoks!! mrk buat mcm tu krn TAKUT ORANG MELAYU LAIN MENJAUHI DAP!! molo la lu nih!! ada pulak dap bukan anti Islam?

Anonymous said...

Takpe le DAP anti Islam. UMNO yg claim Islam, dah berkuasa 50 tahun apasal tak cuba buat hudud. Tak sesuai kapla otak korang. Kalau tak reti, biar orang lain buat. Dah tu, MCA yang dah sah-sah anti Islam korang jilat macam anjing. Apasal tak cop anti Islam sama? Gampang punya UMNGOK

Anonymous said...

ASAL BUKAN UMNO!!!!!!

zeti said...

Kunun stylo la dgn "Asal bukan umno" tu... tapi ambik br1m dgn muka tak malu jugak... hahaha

Esok2 muka tak malu mohon pr1ma lak ye?

Anonymous said...

anon 10 33 hang ingat pakatan haram memerintah buleh jalan hukum hudud ka hang nak kena jentik batu dgn kapal sing kah,,,bengong

Anonymous said...

zeti...ASAL BUKAN UMNO !!!!

BRIM ke..PRIMA ke... duit tu dari mana?? UMNO nye petty cash ker??? duit income tax ngan EPF la diorg korek..

Anonymous said...

Hahaha bodoh la cai2 pakatan ni..maaf ye,korang memang bangang n bengap ek..org2 PAS buta yek..UMNO memerintah 50thn tk buat hudud kau bising,Presiden Hadi kata HUDUD bkn apa?kau tk baca ke apa presiden kau kata,ke kau buta,tau baca tk tau mentafsir..buta apa la tu...

Anonymous said...

umno dh 50thn memerintah tanpa menjanjikan hukum hudud...... PAS DR NIK AZIZ MUDER MEMPERJUANGKAN HUDUD SMPAI SKRG DH GANYUT BERDOLAK DALIK PLAK NAK LAKSANAKN HUKUM HUDUD.. PAS AUTA JER BLEH LAAA..... KASI LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH DULU LAAAA KLU BERANI!!

Anonymous said...

Pasal hudud je ko nk kata umno bkn islam..klu ko sdiri xsembahyang ko xckp ko bkn oslam,msh nk ngaku islam jgk..diri sdiri goyang nk slhkan org.