Menjelang mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam esok, Nasharudin Mat Isa dikatakan tidak akan dipecat, sebaliknya diberi amaran keras oleh badan tertinggi parti tersebut. Difahamkan kerana khuatir pemecatan Nasharudin bakal merugikan PAS dalam pilihan raya yang akan datang, Majlis Syura Ulama mengambil pendekatan lebih bijak dengan hanya memberi amaran keras kepada Ustaz Nasha. PAS seolah-olah sudah belajar daripada kesilapan mereka yang lalu, semenjak daripada pemecatan Dr Hassan Ali, semakin ramai ahli akar umbi parti tersebut menunjukkan keraguan dan kesangsian terhadap status perjuangan PAS yang sebenar pada waktu ini. PAS tidak hanya kelihatan dicucuk hidung oleh DAP dan Anwar Ibrahim, bahkan asas perjuangnya juga terpaksa dikorban demi sedikit habuan dunia yang sementara. Wallahulam.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Dewan
Pemuda PAS pusat menyerahkan keputusan kepada Majlis Syura yang akan
bermesyuarat pada hari esok untuk menentukan nasib bekas timbalan
presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, kata ketua pemudanya, Nasrudin Hassan
Tantawi. Menurutnya, Majlis Syura yang akan membuat keputusan kerana Nasharudin merupakan ahli Majlis Syura. "Semua ahli Majlis Syura telah dihantar surat pekeliling seawal dua
minggu lalu, dan ini adalah jika seseorang tidak hadir, dia perlu
memaklumkan kepada Majlis Syura beberapa hari lebih awal. "Maka, memandangkan Nasharuddin tidak memberi apa notis, kita
menjangkakan beliau akan hadir dalam mesyuarat itu nanti," katanya lagi. Nasrudin ditemubual secara eksklusif oleh The Malaysian Insider dan selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut Nasrudin, mesyuarat majlis tertinggi PAS akan berlangsung pada
hari esok, dimana Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir selaku pesuruhjaya
PAS negeri Kelantan. Sementara dalam sebelah malam pula, Majlis Syura PAS yang akan
dipengerusikan oleh Nik Aziz selaku mursyidul am PAS, sebahagian dari
mesyuarat bulanan majlis tersebut. Nasrudin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Dewan Pemuda PAS yang
membincangkan tentang Bajet 2013, yang terutamanya menuntut agar bajet
kali ini lebih menekankan kepada anak muda dan kelompok yang baru
memulakan pekerjaan. “Kita tahu ada banyak pengangguran, kemudian banyak lagi orang yang
mengalami kesukaran membeli rumah, kenaikan harga barang, kita harapkan
kerajaan agar menitikberatkan kebajikan anak muda yang mewakili
sebahagian besar dari penduduk negara ini. “Kita juga mahu bajet 2013 kali ini sebuah bajet yang berimbang – dari segi material dan spiritualnya,” katanya lagi. Nasrudin juga menambah bahawa pemuda PAS berharap agar bajet kali ini
tidak menjadi gula-gula politik menjelang pilihan raya yang akan
datang. “Seperti sudah menjadi trend, setiap kali bajet yang hampir dengan tahun pilihan raya, gula-gula politik ditaburkan. “Ini kita tidak mahu,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment