Tetamu Kehormat...

August 11, 2012

Semakin Ramai Ulama Bangkit Menyeru Rakyat Tolak DAP

Hukum haram mengundi DAP adalah jelas dan bertepatan. Jika PAS mahu melaksanakan hukum Islam dan membentuk negara Islam melalui kerjasama dengan DAP maka ia adalah jelas dosanya. Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan kaum kafir yang terang-terang menghina dan mengutuk Islam. Sebelum ini Mufti Perak sudah lama menunjukkan rasa bimbangnya terhadap penguasaan DAP di Perak, selepas itu semakin hari semakin ramai ulama yang ikhlas bersuara bahawa DAP merupakan sebesar-besar ancaman terhadap Islam dan umatnya. Terbaru Mufti Pahang dan Mufti Negeri Sembilan. Sebelum itu ulama pondok terkenal Tuan Guru Abdullah Sa'amah turut menghukum haram kepada sesiapa yang mengundi DAP.

KUALA LUMPUR 9 Ogos - DAP boleh menjadi satu ancaman kepada umat Islam di negara ini kerana pemimpinnya secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam. Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, sehubungan itu, umat Islam wajar menolak sepenuhnya parti itu kerana ia bukan sahaja mengancam malah, boleh dianggap musuh kepada umat Islam. "Parti itu perlu ditolak secara total. Kita tidak boleh berkompromi kerana apabila dikaji dasar perjuangannya iaitu Malaysian Malaysia, mereka mahukan negara sekular yang non-Islamik. "Maka, kita umat Islam tidak boleh menyokong parti seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan beberapa tokoh agama mengenai hukum orang Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Shahbudin berkata, walaupun Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi yang mengikut acuan Barat, pada hakikatnya ia masih sebuah negara Islam sejak dahulu lagi. Katanya, umat Islam juga wajar kembali kepada al-Quran bagi merujuk isu berhubung menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam yang menolak Islam, bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam. 

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad berkata, umat Islam pada dasarnya tidak boleh menjadikan orang bukan Islam yang menolak agama itu secara terang-terangan sebagai rakan kerjasama terutama di dalam politik. Katanya, ini kerana al-Quran dengan jelas sudah menyatakan mengenai perkara itu. "Secara umumnya orang yang menolak Islam tidak boleh dijadikan rakan bukan sahaja dalam politik tetapi dalam apa-apa hal sekalipun," katanya. 

Pendapat itu turut disokong pendakwah bebas, Zainal Abidin Yahaya yang berkata, umat Islam wajib menolak golongan kafir yang secara jelas tidak menerima ajaran Islam. "Tidak perlu tunggu DAP atau sesiapa pun membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka tolak Islam, baru umat Islam mahu menolak mereka. "Ini kerana sudah jelas mereka menolak negara Islam. Kita kena tentang golongan seperti itu," katanya.


15 comments:

maie1958 said...

itu bukan ulamak tapi ular dalam semak tengah cari makan!!!!!

Anonymous said...

Ulamak betul tu,yang PAS tu je Ular kapak dalam kimak dapat jubah dan serban je cari tempat ceramah untuk tipuuuuuuu.Derma,pas u upah geramah beli kete besooooooo.ularkapak betul puak2ni,

Anonymous said...

Tahu tak kafir harbi tu apa? iaitu halal darahnya utk kita bunuh, kenapa DAP yang menjadi mangsa? UMNO akan terjerat jika memukul gendang ini. Adakah UMNO nak wujudkan ketegangan kaum?

Azli Shukri said...

ada org fikir ketengan kaum dan saudara seIslam ketika PAS menuduh UMNO tolak Islam dan berdosa mengundi UMNO? ada korang fikir kesannya?

Anonymous said...

Aku rasa DAP lg dulu da pukul gendang ni.DAP paling pakar wujudkan ketegangan kaum. X caya tanya Uncle Lim evangelis tu. Siap nk sapu org melayu lg.

Anonymous said...

Memanglah UMNO ni dari dulu kini dan selamanya tak berniatpun nak laksanakan hukum hudud dan Negara Islam kerana yakin negara sekarang dah Negara Islam dan Hudud mereka ada dalam Quran.

Oleh itu kalau nak mengekalkan pemerintahan sampai ke khiamat, PM/UMNO kena selalulah pam duit ke pondok-pondok biar mereka kenyang!Bila dah kenyang senang dicucuk lubang hidung. Nafaspun rasa suci!

PAShit said...

memanglah PAS hanya memukul gendang HUDUD sebagai umpan undi sahaja.

sila baca ucapan YB Nizar dlm DUN Perak yang mengesahkan PAS ini penipu menjual agama demi kuasa politik!

PAShit

nasirwise said...

Sekadar pandangan....
Penulis ingin memetik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Tok Guru Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, juga Mufti Negeri Sembilan ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. Kemungkinan besar, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang sedang berpuasa `mulut’nya sempena bulan Ramadan.
DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
Tun Mahathir turut bersuara yang beliau menolok hudud ala PAS yang tidak adil. Hudud PAS untuk orang Islam sahaja dan rakyat bukan Islam menggunakan undang-undang sivil. Tun menambah keadaan politik di Malaysia belum sesuai untuk hudud. UMNO menghormati kaum lain dan jika kaum lain bersetuju untuk melaksanakan hudud, baru lah ia boleh dilaksanakan.
Ustaz Kazim berpendapat hanya apabila umat Islam di Malaysia bersatu dan kuat, hudud boleh dilaksanakan. Selagi ia berpecah, hudud sukar dilaksanakan. Ustaz Kazim menambah BN khasnya UMNO telah melaksanakan 90 peratus undang-undang dan kemudahan untuk orang Islam seperti perbankan Islam, Takaful Islam, Universiti Islam, Mahkamah syariah, Pusat Zakat dan Wakaf dan banyak lagi.
Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.


Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Jemput penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang bersifat `silent majoriti’. Akhbar Utusan Malaysia amat sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Pakcu Rantau Panjang said...

Maaflah Pakcu masuk mencelah sikit pasal halal haram mengundi ni. Nampaknya dari komen dan pandangan luar maka hal ini tidak akan berkesudahan kerana masing-masing dengan cara dan hujah masing-masing.

Ceritanya seakan sama ayam atau telur ke yang datang dahulu. Maka dua kaum ini akan berdebat dengan bukti tersendiri sehingga ke pagi sehingga sukar diputuskan oleh Tok Batin. Ketua kaum masing-
masing akan berkata dia yang betul.

Akhirnya perpecahan berlaku dikalangan kaum itu.Puas Tok Batin menyeru agar kembali bersatu tapi kaumnya tetap berdegil maka inilah puncanya...kerana telur dan ayam.

Begitulah ceteknya minda bila memikirkan hal tersebut.Demikianlah warisan demokrasi diwujudkan dengan cara pilihanraya oleh Inggeris yang sudah tahu akan hadirnya liku-liku tersebut. Tidak dinafikan akan ada golongan yang bangkit untuk menyanggah maka ianya akan sama berlaku di Mesir,Iraq dan Syria kerana dua perbezaan idelogi dalam parti politik sehingga boleh mencetus suasana ketegangan malah lebih dari itu kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.....walahaualam

Anonymous said...

Azli Shukri, oooooo baru aku faham kenapa engkau asyik membuka kisah ular dlm semak menfatwa undi DAP haram, rupa2nya engkau nak balas dendam tentang selama ini org Pas kata undi Umno berdosa......

Terus teranglah aku katakan bahawa aku yg selama ini berpegang kpd kebenaran tidak pun percaya kpd fatwa org Pas tersebut, kerana itulah kini apabila engkau meniup dan mendendangkan isu sama aku tentang.

Bagi aku kebenaran itu tetap kebenaran, walau siapa pun yg mendendangkan aku tak sokong.

Sebab tu aku kecewa bila ada org yg agak cerdik mcm kau boleh terpedaya dng pembohongan Umno yg cuba membawa kisah undi DAP haram.

Sepatutnya golongan cerdik pandai Melayu boleh bertindak bijak menjadi juara mempertahankan kebenaran dng menentang apa juga pendapat mengarut yg jelas tidak berpaksikan kebenaran.

Itulah yg dikatakan yg benar itu tetap benar, barulah boleh dijadikan intipati perjuangan......

Pencinta kebenaran.

ahlulbait said...

Mmglah mengundi DAP haram,org PAS totok aje yg buta hati.Bukankah dlm Al Quran Allah swt kata jgn ambil musuh Allah swt jadi penolong?Dan apa jadi dgn perjuangan negara Islam,hudud & dll Islamik yg tak pernah PAS laksanakan kecuali berceramah sana sini?

Ingatlah,kamu diberi satu kemenangan yg sedikit,lalu kamu lupa janji2 perjuangan kamu,kamu tak istiqamah.Undi DAP mmg haram,sbb DAP dah merosakkan PAS,menjahankan pimpinan ulama PAS & DAP adalah parti evangelis Kristian! Sedarlah wahai ahlul PAS,kamu menentang pemerintah Islam,hukumnya mati kalau di zaman khalifah!

Anonymous said...

kenyataan seperti ini lah buat aku tambah benci dgn UMNO, ulama spt ini secara tak langsung dah menghalalkan darah ahli DAP kerana kejahilan taksub UMNO, dakwah bil hikmah cuba di hancurkan olih si genting ni. jangan terperanjat tak lama lagi ada sekumpulan ilmuan Islam akan join parti ni.

Anonymous said...

Semua cakap tpu helah politik. UMNO BN dah lebih 50 tahun mmerintah , tak laksana hudud pun. Jaga Mcalah tu.,

Anonymous said...

macam2 ko mengata ulama..
kalu tak bijak dalam ilmu agama, jgnlah berlagak seperti berilmu. kamu tak perlu guna hadispun da memang terang makna kafir harbi tu tak boleh dibuat kawan. Jika da berpolitik dan bersatu dlm politik bersama kapir harbi, bersubahat namanya. jika kafir tu tak mengancan kemaslahan Islam, itu tak dipanggil kapir harbi. jadi, jika nak menjunjung mana2 parti politikpun biar faham inti patinya. yang da jelas sekarang, kapir harbi tu menentang kemaslahan Islam, "langkah mayat aku dulu...", apakah ini tak jelas pada tuan2?
masih lagi nak menegakkan benang basah, masih lagi nak mengata org lain menyogok, ada lagi yang nak menfitnah ulama..nauzbillah. Kamu buka terang2 hati kamu supaya paham maslahatnya. sebenarnya jika da terang2 kamu menuduh dan memfitnah pihak yang ingin mempastikan kemaslahan Islam terjaga rapi, dan menyokong pihak yang terang2 bersubahat dengan kapir harbi ni..nescaya, akan datang bala dan malapetaka. da lah dengan masalah LGBT yg terang2 berlaku dan ditunjangi oleh pihak yg melakukannya, kini memfitnah ulamak dan pihak yg menjaga kemaslahatan Islam..apa nak jadi kamu semua. Na'uzubillah..

Anonymous said...

mcm mana kalu menipu dlm mengundi?? haram ke tak? berdosa ke tak?? taktik UMNO.. detik2 akhir nak kalah tetiba dtg peti undi.. kira2, UMNO menang, tapi menipu..camne kalu camtu..dosa ke tak??? beriya nak 'langkah mayat aku dulu'..kalu ko mati, anak bini ko dah cukup duit ke ko tinggalkan.. porahh.. ckp jer lebih..