Tetamu Kehormat...

August 16, 2012

Nasharudin di Ambang Pemecatan

Nasharudin mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Datuk Dr Hassan Ali, dipecat tanpa sebarang proses pembelaan diri. Jika ini berlaku, maka InsyaAllah hayat PAS dalam PRU yang akan datang semakin jelas gelap dan kelam. PAS tidak pernah belajar apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh ahli akar umbi selama ini...sayonara PAS. Takbirr.
 
KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.
 
“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya. Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.

12 comments:

Anonymous said...

sian die...jd suara presiden pas tp die jd mangsa...

Anonymous said...

Namun kalau tidaklah Allah swt mengizinkan perkara berlaku, tidaklah kita tahu tembelang PAS sebenarnya kan, dan secara tidak langsung menggelapkan masa depan PAS. Beginilah Allah swt menggunakn kuasaNya..wassalam

Anonymous said...

"Camna kawan nk pecat dia, kawan yg hantar dia uruskan Kerajaan Perpaduan", kata haji hadi.

Anonymous said...

Pas,
Parti yg semakin tidak dikatahui hala tujuannya.
Prinsip dah semakin tiada..
Perjuangan semakin kelam..
Putrajaya..putrajaya..putrajaya adalah ratibnya..
Artis dipuja dan dibela, ahli ulama' dan ilmuan Islam di cela, dibuangnya, disisihkan..

PAS,
MEMBANGUN-nya BERSAMA ULAMA'
JATUH-nya BERSAMA ARTIS.

~ Parti Artis Semalaysia (PAS)

Anonymous said...

sekadar pandangan...

PAS mengamalkan `sangka buruk' di dalam pentadbiran dan pengurusannya. Pemergian Ustaz Nasa ke Madinah dan Mekah tempoh hari mengundang pelbagai spekulasi dan masalah. Tanpa usul periksa, pimpinan tertinggi PAS menguntuk Ustaz Nasa kerana duduk bersama PM DS Najib. Pelbagai andaian dilontarkan kepada Ustaz Nasa. Ada yang meramal beliau akan meninggalkan Parti PAS dan masuk UMNO. Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad cukup lantang bersuara. Mereka suruh Ustaz Nasa keluar parti PAS dan juga menuduh beliau bersikap berbaik dengan PM kerana tidak diberikan jawatan dalam PAS. Pada fikiran penulis, PAS tidak masuk kehilangan seorang lagi pemimpin selepas Dato Hassan Ali.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

KAPAKTAJAM said...

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri yang kian menjelma. Di ketika ini saya tergerak hati utk menulis krn sedih atas apa yg berlaku terhadap Umat Islam Malaysia yang kian goyah tali persaudraannya dan menjadikan kafir harbi sebagai sandaran talian hayat berpolitik, sedangkan Allah telah jelas menyatakan, bahawa jia kamu menolak rakan se Agamamu dan beralih kepada kafir laknatullah, tunggu dan lihat akan azab aku yang amat pedih. Yang nyata PAS akan hancur dan berkubur jika asyik menolak persaudaraan se Islamnya. Nyat dan Jelas PAS bukan parti Islam sejati, ia parti "taghut bertopengkan Islam". Saudara2ku Se Agama, apa yang ditunggu lagi, keluarlah dari kelompok taghut itu, dan marilah kita bersama mendukung Islam yang Syumul itu ber wasatiyah didalam melaksnakannya. Insya Allah ia akan berjaya dgn cemerlang.

Anonymous said...

Sedap puak-puak di sini beri komen. Masuk PAS dulu dan alami tarbiyah PAS kemudian komen...jangan hanya perhati dari luar kemudian memandai pulak nak komen macam-macam.
UMNO tu ada hala tuju ke?.Duk tipu rakyat siang malam tu ke yang dikatakan hala tuju?.

Anonymous said...

PADA PANDANGAN SY, PAS TIDAK AKAN TERJEJAS JIKA UST NASA DIPECAT. LIHAT SAJA HASSAN ALI KEBELAKANGAN INI, LANGSUNG TIDAK DPT MENARIK MINAT. APA BEZA US NASA ?? SAMA SAJA. KEDUA2 MEREKA NI HANYA MAHU HABUAN DUNIA. PERJUANGAN PAS AMAT JELAS .. TARBIYAH YG DILALUI UTK MENCARI KEREDHAAN ALLAH .. ALLAH MENGENEPIKAN MEREKA BERDUA DRP TERUS BERSAMA DGN JEMAAH PAS KERANA TIADA IKHLAS DLM HATI MEREKA. SY AMAT YAKIN PAS AKAN MAMPU MENYEMARAKKAN SYARIAT ISLAM JIKA DIBERI KUASA. RATA2 RAKYAT SUDAH TIADA KEYAKINAN UTK TERUS MEMBERI KEPERCAYAAN KPD BN MEMIMPIN RAKYAT BERDASARKAN FAKTA INDEKS RASUAH YG SEMAKIN MERUDUM.

Kump. Abang2 Keluar UMNO said...


(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Kump. Abang2 Keluar UMNO said...


(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

Kump. Abang2 Keluar UMNO said...


(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu? :-D


Bro Yusri said...

rezeki Allah yang kasi ...siciP.