SUNGAI PETANI 3
Ogos - Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas kakitangan pejabat
beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor, Georgetown, Pulau
Pinang. Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan
pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh
bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya
sebagai staf pejabat Ketua Menteri. "Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu
mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan
meminta izin beliau untuk mendedahkannya. "Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan
gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali
dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita
di pejabat KITA Sungai Petani di sini. "Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah
tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas
kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri. "Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan
menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan
bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA

2 comments:
seperti biasa lah...bangang punya pecacai umporno
---------------------------------
SUNGAI PETANI – H’ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.
“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.
Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.
“Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.
“Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.
“Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis semalam.
Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang ‘sahabat’ namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.
Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk ‘Rumah Mewah Milik Siapa’ yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.
kah..kah..kah.. terus senyap pencacai UMNGOK... x berani dah komen... woit UMNGOK.. ambil la zamil tu.. cian kat dia..PKR dah buang..KITA dah buang.. ambil la si zamil tu jd calon MB kedah.. kalu UMNGOK x nak..PERKASA sila la ambil.. wat kawan zul kulim yg sdg berseorangan...
Post a Comment