Tetamu Kehormat...

August 10, 2012

Lagi Fatwa Undi DAP Haram!

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Mufti Pahang menyokong kenyataan ulamak Umno dengan mengisytiharkan “haram” bagi umat Islam untuk menyokong parti sekular DAP, dimana sebahagian dari tokoh pemikir Islam mengatakan mereka sebagai “kafir harbi”, berbanding MCA dan MIC yang telah menerima Islam sebagai agama Persekutuan. Datuk Abdul Rahman Osman telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam untuk menyokong parti yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud seperti memotong tangan bagi pencuri. “Jika bukan Islam mahu menentang atau tak bersetuju, itu bukan kewajipan kita untuk membantu mereka,” kata mufti itu dalam akhbar milik Umno itu hari ini. “Tetapi dalam konteks parti, jika sesebuah parti itu menentang Islam, berdosa kalau kita menyokong mereka, seolah-olah kita menyokong gerakan untuk menghancurkan agama kita.” Semalam, ulamak Abdullah Sa’amah mengisytiharkan adalah “haram” bagi umat Islam untuk menyokong DAP, menurut akhbar Utusan, tetapi menurut pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, Kelantan itu berkata boleh untuk menyokong MCA dan MIC kerana mereka menerima kewujudan Islam. 

Abdullah berkata umat Islam haruslah tidak menyokong DAP dan dua sekutunya PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 selewat-lewatnya April tahun depan. “DAP terus menentang perlembagaan persekutuan, mereka mahu persamaan antara Islam dengan bukan Islam, tokong dan masjid, mereka mahu persamaan,” kata Abdullah dalam Utusan semalam. “Adalah satu kewajipan untuk umat Islam dalam PAS, Umno, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menolak DAP dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi. Masyarakat Melayu yang beragama Islam adalah kumpulan terbesar dalam populasi Malaysia. 

Sayap kanan dalam pergerakan parti Umno, parti utama dalam Barisan Nasional, telah membuat desakan agar melaksanakan hukum hudud di negeri kubu kuatnya Johor. Setakat ini cuma Kelantan dan Terengganu telah meluluskan hudud sebagai undang-undang, tetapi tidak dilaksanakan kerana melanggar perlembagaan persekutuan. Satu kaji selidik telah dilaksanakan oleh badan bebas Merdeka Center bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap BN merosot dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun. Sokongan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan presiden BN juga menurun dari 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh yang sama.

4 comments:

nasirwise said...

Sekadar pandangan....
Penulis ingin memtik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang dan diselangi oleh Dr Fadlan Mohd Othman ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.



Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Ajak penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang `silent majoriti’. Utusan Malaysia sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

Saya agak hairan apabila org seperti Azli Shukri yg saya kira agak intelek boleh menerima dng gembiranya kenyataan mengundi DAP itu haram oleh 2 org individu yg saya kira kurang waras.

Saya boleh menerima jika 2 org individu ini memberikan pendapat, mengundi MCA,MIC dan DAP itu haram, tetapi jika ditujukan kpd DAP semata nampak sangat pendapat mereka senget.

Alasan menentang dan menolak hukum hudud, bukan DAP sahaja yg menolaknya, MCA, MIC juga menolak malah umno juga pada waktu dahulu menolak juga dng pelbagai alasan.

Jikalau tidak percaya Umno pada masa dahulu malah ada sesetengahnya sekarang pun masih menolak perlaksanaan hukum hudud, cubalah mencari kenyataan mereka di akhbar perdana, kerana kenyataan mereka jelas terpampang, cumanya hanya nampak kpd mereka yg mahu mencari kebenaran sahaja.

Maka haram jugalah utk org Islam mengundi MCA, MIC, DAP dan Umno.

Jadi jelas tok guru di Tumpat dan mufti Pahang tersebut pendapat nya tidak boleh dipakai, membodek tak tentu hala kecuali boleh diterima oleh golongan bodoh dan kurang maklumat sahaja.

Jelas Umno kini sudah terdesak sehingga sanggup memperalatkan ugama demi kepentingan politik, satu tuduhan yg sering dilemparkan kpd Pas satu waktu dulu tetapi kini sudah terkena batang hidung sendiri.

Sudir said...

Anon August 10, 2012 11:15 AM

Maknanya betul lah PAS memang mempergunakan agama untuk kepentingan undi?

Anonymous said...

Salam Bro,Anon August 10, 2012 11:15 AM ni faham ke tidak permasalahn yang ditimbulkan ?Bengong ! Tulah kalau nak mengkritik,cermin muka tu dulu.Kalau nak mengkritik tak tentu hujung pangkal kan dah menampakkan kebodohan sendiri.