Tetamu Kehormat...

August 15, 2012

Karpal Sudah Lama Sakitkan Hati PAS

Sejak dari dulu lagi Haji Hadi sudah tahu bahawa hati Karpal Singh sangat keras terhadap Islam. Kebencian Karpal terhadap Islam tidak boleh disembunyikan. Semua ulama PAS dan ahlinya tahu akan hal ini. Tetapi mengapa mereka masih tetap berdegil untuk berkawan dan bersekongkol dengan musuh Allah ini? Baca berita lama di bawah ini :

KUALA LUMPUR 6 Jan. - DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika Pas masih terus melaksanakan etika berpakaian bagi wanita bukan Islam di Terengganu. Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan membiarkan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak-hak perlembagaan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. "Saya juga mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menamakan pemimpin bukan Islam yang ditemui oleh pihak Pas untuk berbincang mengenai peraturan etika berpakaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran peraturan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang wanita bukan Islam di negeri itu dilarang memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek. Pengumuman tersebut turut mendapat bantahan daripada pemimpin DAP lain yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati kebebasan kaum lain. Abdul Hadi dalam satu kenyataan ketika mengulas peraturan etika berpakaian itu berkata, kod pakaian ialah satu 'isu moral' bagi orang Islam dan bukan Islam. Abdul Hadi turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin bukan Islam sebelum melaksanakan peraturan tersebut. Karpal menambah, mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Abdul Hadi tidak layak untuk menyentuh isu moral. "Selain itu, mahkamah yang ada di negara ini juga adalah mahkamah perundangan dan bukan mahkamah yang membicarakan isu berhubung moral," katanya lagi. Sehubungan itu, Karpal meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya memberikan pendapat beliau demi meredakan kebimbangan bukan Islam terhadap Pas yang seolah-olah mengabaikan Perlembagaan Persekutuan.
 

4 comments:

Anonymous said...

umno pun sama...dari dulu lagi sakit hati dgn PAS.

-pemuda ampang-

Anonymous said...

Jikalau kita kaji balik kenapa kini media pro Umno baik dialam maya atau perdana sibuk memutarkan cerita Pas berbaik dng Dap sebagai modal memecahbelahkan gabungan PR.

Antara sebabnya, sudah 54 thn gabungan BN tidak ada pencabar yg benar2 mantab, Pakatan Rakyat adalah ibarat buku bertemu ruas, benar2 boleh mencabar gabungan BN.

Pakatan Rakyat benar2 boleh mengambil alih peranan yg dimainkan oleh BN dan menggantikannya.

Oleh itu usaha perlu dilakukan dng segala daya bagi mengagalkan gabungan tersebut.

Apa salahnya PAS bergabung dng DAP ?

Umno juga boleh bergabung dng MCA dan MIC, tiada masaalah.

Cumanya Umno marah kerana selama ini Pas sibuk memfatwa yg bukan2 kpd Umno yg bergabung dng MCA dan MIC, tetiba kini PAS pula mencontohi Umno bergabung dng DAP, itu saja.

Memang diakui selama ini Pas silap kerana mengambil pendekatan sedemikian rupa, sama juga silapnya dng dasar Pas yg mengutamakan hudud yg boleh meretakkan hubungannya didlm PR dimasa akan dtg.

Walau apa pun yg penting kerajaan BN diruntuhkan dan digantikan dng kerajaan baru Pakatan rakyat yg diharap akan mengotakan janjinya utk memerintah dng lebih bersih dari rasuah dan penyelewengan kuasa, sesuatu yg tidak munkin dapat ditandingi oleh kerajaan BN buat masa kini dan akan datang.

Inginkan perubahan.

Anonymous said...

Pelik...

Bila menyentuh soal pakaian,itu dikata mencabar perlembagaan.Tapi nak buat undang-undang anti lompat parti yang jelas-jelas menyalahi perlembagaan dan sudahpun menerima ahli parti lain, itu ok pulak...

Pembangkang ni tak habis-habis nak menipu rakyat...

Anonymous said...

Kerana pas mahu perjuangkan islam,kenpa nk bergabung dgn bkn islam..itu pun ssh nk faham..