Tetamu Kehormat...

August 10, 2012

Hukum Haram Mengundi DAP Berasaskan Fakta

28 Julai 2012 yang lalu Karpal Singh telah membuat kenyataan rasmi bagi mewakili partinya dan menolak segala pandangan peribadi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu hukum Hudud. Baca berita di bawah ini. Selama 55 tahun adakah kita mendengar secara berterus-terang MCA atau MIC menghina agama Islam dengan sebegini rupa?

AIR ITAM - DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam. Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya. Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas. Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.

3 comments:

Anonymous said...

terbaik dari ameno:

http://amenoworld.blogspot.com/2012/08/bukti-bergambar-pas-benarkan-pemimpin.html

Anonymous said...

Sekadar pandangan....
Penulis ingin memetik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang dan diselangi oleh Dr Fadlan Mohd Othman ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.


Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Jemput penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang bersifat `silent majoriti’. Akhbar Utusan Malaysia amat sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

Seronok juga membaca saranan Nasirwise.blogspot.com yg mencdgkan diberi penerangan kpd penyokong Pas berkaitan penolakan Dap terhadap hukum hudud.

Utk pengetahuan Nasirwise.blogspot.com, tak perlulah diberi penerangan kpd penyokong Pas berkaitan isu ini kerana penyokong Pas sangat faham dngnya.

Penyokong Pas bukan bodoh boleh diperdaya sedemikian rupa, mereka akan mempersoalkan apa hukumnya menyokong BN yg didlmnya terdapat MCA dan Umno yg juga menolak perlaksanaan hukum hudud di Malaysia...... maka yg sebenarnya kamulah yg bodoh dan terpedaya dng kenyataan Abdullah Sa'amah yg memancing wang rm2 juta dari kerajaan bagi mengeluarkan pendapat bodoh itu.