Tetamu Kehormat...

August 14, 2012

Harun Din Dakwa Tiada Kafir Harbi di Malaysia

Harun Din mendakwa bahawa tidak wujud istilah kafir harbi di negara ini selagi mana tidak tertegaknya sebuah negara Islam. Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dalam perspektif PAS. Jika Malaysia bukan sebuah negara Islam, maka apakah jenisnya negara Malaysia ini? Dengan kata mudah, jika Malaysia bukan negara Islam, jawapannya ialah Malaysia adalah sebuah negara kafir. Setuju atau tidak jika kita semua menggelarkan Malaysia sebagai sebuah negara kafir? Sedangkan dalam pada masa yang sama, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam. Tiada sebuah negara Islam pun yang sempurna di dunia ini - kecuali pada zaman Rasulullah. Perlu difahami dengan jelas bahawa kafir harbi yang dilabelkan dalam konteks sekarang terhadap DAP, bukanlah bermaksud menghalalkan darah mereka untuk dibunuh secara terang-terangan, sebaliknya DAP dengan apa juga alasannya adalah jelas merupakan agen kafir-harbi yang bergerak aktif atas nama demokrasi dan bersekongkol dengan musuh Islam di luar Malaysia. Maka, sebab itulah kita menggelarkan DAP sebagai kafir harbi! Mereka adalah agen kafir-harbi dunia yang bertenggek di bumi Malaysia atas pelbagai nama - menyokong kemurtadan, menyokong LGBT, menyokong kebebasan dan kesakmaan agama, menentang hukum Islam dan menyokong gerakan Kristianisasi. Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka adalah agen kafir harbi yang sangat tersusun gerakan organisasinya.

SHAH ALAM: Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din. Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara. Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan. “Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya. Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah. Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

15 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz kata dulu,
"DAP sedia berpakat dengan PAS (Dalam BA) jika PAS tidak menubuhkan negaara Islam".

Akhirnya DAP dan PAS berpakat.

Dengan ini PAS menyelamatkan DAP dari di Kafir Harbikan.

Suara Ampang Puteri said...

Macam dua kali lima. Kenapa dulu mengatakan UMNO kafir sebab kerjasama dengan MCA. Hujahan ini membuktikan pAS meLabeLkan diri mereka sendiri sebagai kafir?

Anonymous said...

Maksud "memerangi dan menghalalkan darah mereka" kepada golongan kapir harbi ini tu bkan menjurus mereka harus dibunuh dengan apa saja jenis senjata mengikut perspektif sekarang. Tapi kita perlu menghalang mereka dari memudaratkan kemaslahan Islam. Itu yg dimaksudkan memerangi mreka yg memudaratkan Islam. Antara salah satu nya adalh jgn diundi mreka ni jika dalam persepktif politik dan pilihanraya. Bermakna jika mreka tidak diundi, mreka tidak akan menerajui tampuk negara, maka akan terjaminlahb perlembagaan negara yg meletakkan Islam itu agama persekutuan. Maka bagimana menjamin Islam termaktub dalam perlembagaan adalah dengan mempastikan kaum kapir harbi dan yg bersubahat dgnnya dihalang daripada menerajui tampuk negara. Jadi bgimana caranya jika tidak dengan mempastikan mereka tidak diundi dalam pilihanraya nanti. Sebb tu fatwa mengatakan Undi DAP itu Haram memang patut dan kena pada tempatnya. Wahai makhluk2 perosak pas, usahlah ko nak berselindung ngan ketayap dan serban ko yg besar tu. PAS yang terbeban dengan tanggung jawab memulihkan kefahaman pengikut dan pencacai setianya mula berdolak dalih dengan menggunakan pelbagai alasan. Golongan dalam pas inilah yg patut di"brain-wash" oleh Dato Harun Din. Itulah sebenarnya tanggung jwb dia semasa berada dalam pas. tak gitu..?
Wahai ahli2 PAS, ko sedarlah diri ko org. Akhlak org PAS mmg busuk lagi membusukkan jika tidak dipulih. Terutama presidennya yg mengeluarkan pelbagai fatwa yg menyongsangkan dan memporak perandakan masyarakat dan muslim di Malaysia terutamanya org melayu sendiri..lihatlah sendiri perihal dirinya.

Anonymous said...

alah..hang tau dak, ikan kalau membusuk bermula dari mana, dari kepalanya..
Samalah ngan PAS, parti tu jadi busuk sebab kepala dia haji hadi dan nik ajis yang makin membusuk. Maka sebab tulah satu parti tu terus membusuk hingga tak terhidu bau busuk perangai ahli2 dan sumalah yg ada dlm pas tu..

Anonymous said...

Dapig: "aji, lu kina tulong same wa...kalau tak wa abis munye..."

Pasik: "bulih, no ploblem...anyway tulong apa nye?

Dapig: "itu gulayu ciakap talak boleh sokong sama wa kelana wa 'kapeerr haprak'..ini macam lu pun bulih mungkus sama, kan?

Pasik: "itu hat wa sulah kasi setel...wa munya olang sulah spin ciakap lu mukan kapeer haprak."

Dapig: "apa lu munya alasan...kalu tarak alasan nanti olang talak picaya maa..."

Pasik: "woi apek...ini nigala sikular, mana ada kapeer haprak dalam nigala sekular...hah! kan dah setel tu?"

Dapig: "apa lu ciakap? ini mukan negala isler? selama ini wa ingat negala isler sebab lu juga ciakap mahu buat hulut, sebab itu wa mati-mati picaya ini negala isler..jadi selama ini lu tipu sama wa, makahai lu"

Anonymous said...

SIAPA LU NAK COMPARE ILMU DENGAN HARUN DIN? SETAKAT JADI CYBERTEROMPAH TAK PAYAHLA

Jebon Tua said...

SIAPA LU NAK COMPARE ILMU DENGAN HARUN DIN? SETAKAT JADI CYBERTEROMPAH TAK PAYAHLA

August 14, 2012 12:52 PM
--------------------

Haron Din manusia gak, dia bukan nabi pun, tak maksum. Belajar betul2 jangan taksub goblok.

Ramai yang respek Haron Din tapi kena tanya dia balik, awat Datok tak komen Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO? Relevan ke masa tu nak mengkafirkan UMNO sesama islam.

Kecewa aku dgn Haron Din.

Anonymous said...

Berhati hati Umat Islam di Malaysia khusus Selangor dan Bangi..........

Harun Din telah hilang kelayakan untuk membicarakan hal Islam kepada orang ramai... sebab kecacatan Mizan nya yg terserlah.. melampaui juga adakala memilih mengurangi..dalam haq Allah.. serta bersyariatkan yg serai mahluk halus dan sebangsa dgn nya...( Walaupun berlaku dizaman Nabi Sulaiman..tetapi Syariat teraknhir yg di finalisekan..perlu pembersihan..dan terhalang antara hamba Allah yg nyata dan yg ghaib.. no urusan.. at all..semua hanya Allah semata untuk meminta tanpa berkait yg lain....

Dia perlu dirikan fitrah Mizan.. dan bertaubat .. kerana Allah akan membuat sesaorang itu bersangka ia benar..pada hal batil..malah dijauhi hidayah olih Allah diatas mereka yg pandai tentang ayat ayat Allah dan ambil peel memandai mandai... ini ada dalam firman Allah.
Apa kata di selesaikan kes lama yg dipenyapkan masyarakat Ahlul Pas..1. Duit Anak Yatim yg dirampuk olih gulongan dia..30 tahun lamanya..kes yg terlama didunia,
2.. kes memilih dan restu (sifatnya asst mursyidul) individu yg selengkuh ( kes jilat pant*t) 3.. Kes dgn bini orang digerabak ketapi..olih ahlulnya.
4. Kes koperasi khohilal.. apa sedahnya..
Tanggung jawab AssT Mursyidul Am Pas pon tak terpikul.. Sibuk nak pikul tanggung jawab Mufti mufti...
Kesimpulan..orang Islam yg beriman (benar) itu bijak dan beradab (tau batasan dalam tanggungjawaban) Tapi kalau ini tiada dan cacat..maka itu lah petanda aras Iman sesaorang...
Kalau berlaku pada orang jahil maka insyaallah...akan dapat jua perkenan hidayahNya Insyaalah..Tapi kalau berlaku pada orang Agama ..pandai lagi memandai... inilah yg amat ditakuti sebab dijauhkan hidayah..dan akan berterusan bersangka betul dia aje... inilah bahaya ulama dan yg berilmu...moka..nampak Alim.. baca an hafai.. magic ada.. pengikut ada... tapi Allah dan rasul jua tiada disana.. Sayang..hingga keakhir kalam... Subhanallah.. Alhamdulillah diatas pertujukMu jua..

Anonymous said...

ala..kalu harun din nie back up umno, sure org pertama yg kutuk adalah mamat anon 12.52..mcm zulkifli noordin kena, walaupun yb kulim tu bukan ulama, die byk berjuang utk menegakkan ISlam..semua pihak kene bantai..tp bile die start bantai PR, trus x iktiraf ,x bagus la ape la..kalau dlu ulama dlm kerajaan diselar kalau x tegur kesalahan kerajaan BN di panggil ulama bisu, harun din pun kite layak panggil ulama bisu pasal byk diam dlm isu2 penyelewengan agama oleh PAS

Anonymous said...

harun din....disini gua pecaya erdogan2 dlm PAS cuba brainwash dia untuk pru13 nih.. kalau x silap aku thn lepas harun sendiri pun dh declared ada kafir harbi kat negara ni masa kes kalimah Allah dulu... jadik pasaipa harun spin plak.. politik bhai...oqhang perlis tau la sapa harun din nih...

alahai said...

apa2 pun pada PRU13 akan datang ni BN wajib dihancurkan...wajib dihancurkan kerana telah banyak menyesatkan rakyat Malaysia.Ulama cari makan memang kerjanya menyesatkan manusia...

Pakcu Rantau Panjang said...

Inilah susahnya bila antara kita saling mencaci dan menghina maka rahmat Allah telah diangkat. Keberkatan sudah hilang...kasih sayang telah terburai...semuanya kerana inginkan pangkat, kemasyuhuran dan harta...apa lagi jika ingin menonjol dan meinta diri dicalonkan sedangkan Nabi pernah berpesan jangan sesekali minta untuk menjadi Amir (ketua) kerana amanahnya dan tanggungjawabnya berat dan akan di persoalkan..walahualam

Anonymous said...

Inilah sekor lagi ikan busuk pas..."alahai". Ko tu yang sesat sbenarnya. hati ko da hitam asyik diasah oleh nik najis dan hadi kapla. apa nak jadilah pencacai pas ni..mreka ni yg patut kena brainwash..guna klorok bagus. biar putih semula otak dia.Inilah org yg akan mengangkat dan mengibarkan bendera roket. dan jenis org mcm ni lah yang akan mempertahankan bermati2an bhai karpal tu...
Memang da jelas, mereka inilah yang akan mengundi dapig nanti, tak caya hang tengoklah nanti..manusia2 durjana yang menjahanamkan negara. Ptuuii..

Anonymous said...

Siapa lah kita nak compare dengan Harun Din yang boleh tangkap hantu!
Rupanya diapun cacat juga.
Sebelah matanya nampak dan sebelah lagi dia tak nampak.

Anonymous said...

Kepalsuan, Kezaliman & Kemungkaran Parti Umno Kerih xde nak banteras ke mangkok?!