Tetamu Kehormat...

July 12, 2012

Zunar Dibidas!


SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca. Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. “Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. 

Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi. Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad. 

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu. Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing. “Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok. "Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN

4 comments:

Anonymous said...

Budak zunar ni tak boleh disalahkan. Kalau mak dia dengar cakap bai kapet yang membunting dia dulu supaya budak dalam perut digugurkan, taklah keluar budak bangsat tu... Takebeer.....

Anonymous said...

kahkah..tanda-tanda umno di hujung hayat...

Dulu Tun Razak takutkan Komunis...
Kini anak nya Mat Najib takutkan Kartunis....

Kahkah..kah ..kah...kah..ketawa lah sebelum ketawa pun kena mohon permit

stone said...

dari dulu lagi aku kata zunar ni wayar putuih. Katun dia mesti aku langkau. Takdak talent langsung. Sejak sibok dgn pakatan ni baru nak melonjak. Wayar putuih!

Anonymous said...

Anonymous 7.56AM

Saya berpendapat adalah tidak lucu utk mengatakan dulu Tun Razak takutkan Komunis.
Sila lah mencari ilmu, belajar sejarah Komunis di Malaysia amnya dan didunia khususnya. Barulah kita akan tahu kenapa komunis ini perlu diperangi.
Ada benda yg kita boleh jadikan bahan ketawa dan ada benda yg kita tidak boleh kompromi. Yang penting, sebagai umat Islam, akal yg Allah kurniakan kepada kita, perlu digunakan sebaik baiknya agar membawa kebaikan kepada diri sendiri, keluarga, dan ummah.