Tetamu Kehormat...

July 3, 2012

Wan Azizah Salahkan SB!

Wan Azizah mula menunjukkan kemarahannya terhadap SB (Polis Cawangan Khas) kerana banyak melakukan intipan politik. Jawapan kita mudah, memang itu kerja SB, jika SB tak buat kerja intipan politik, sampai sekaranglah kita menyangkakan Anwar Ibrahim itu manusia suci. Tidak dinafikan SB banyak membuat intipan ke atas kegiatan politik, antara sebab utamanya adalah kerana terlalu ramai ahli politik macam Anwar Ibrahim. Depan orang ramai bukan main warak dan bersih, tapi di belakang rakyat, hanya Allah sahaja yang tahu. Kak Wan kena faham masalah ini. Sebab itu Kak Wan kena banyak belajar cara untuk mengintip perangai sebenar Anwar Ibrahim, barulah Kak Wan tahu bertapa pentingnya SB kepada negara tercinta ini.

PETALING JAYA, 3 Jul — PKR mahu polis menyelesaikan masalah jenayah dan bukan mengintip aktiviti politik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Presiden PKR itu mendakwa pasukan Cawangan Khas (SB) telah menyediakan kira-kira 733,000 laporan terhadap kegiatan politik penduduk dewasa Malaysia pada tahun 2010. Wan Azizah (gambar) berkata kadar jenayah yang berlaku akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Minggu ini ada dilaporkan berlaku kejadian pecah rumah Tan Sri Thamby Chik, ATM di Carrefour Wangsa Maju dicuri — RM1.2 juta lesap dan satu keluarga Melayu Singapura yang keretanya dirampas dan diculik di Johor. 

“Kerajaan memilih untuk mengatakan kadar jenayah semakin menurun tetapi pihak pembangkang mendakwa keadaan membuktikan sebaliknya. “Laporan Bajet 2012, dalam tahun 2010 sahaja terdapat 382,000 laporan dari Special Branch tentang kegiatan politik rakyat, dan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat,” kata bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu. Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212,000 fail jenayah, kurang 30 peratus daripada pasukan Cawangan Khas. 

Untuk menangani masalah ini, Wan Azizah menambah, polis haruslah melaksanakan tugas-tugas polis yang utama iaitu membanteras jenayah. Penjenayah kini semakin terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Kejadian jenayah ini, kata Wan Azizah lagi membuatkan rakyat takut untuk menjalani kehidupan mereka. "Sehubungan dengan itu kami mencabar kerajaan memastikan 90% dari aktiviti Special Branch ini difokuskan kepada aktiviti mencegah jenayah. "Jika kerajaan tidak melakukan perkara ini, rakyat haruslah menamatkan pemerintahan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang demi keselamatan rakyat", kata Wan Azizah lagi. Beliau bagaimanapun tidak menolak fungsi SB dalam soal keselamatan negara, tetapi mahu SB menfokuskan aktivitinya untuk membanteras jenayah dan bukannya mengintip rakyat. - Malaysia Insider

4 comments:

Anonymous said...

Toksah dok dengor cakap Wan Azizah niee...! dulu kami respect dan simpati gak kak wan..lama2 dah berlebih lebihan pulak COver laki dia...jatuh meluat ler pulak !

spam spam said...

1 orang meluat, 1000 orang akan bersimpati. apa adahal

Anonymous said...

camne plak dengan Jenayah Politik?

takkan nak tutup mata aje? cait...

Anonymous said...

Ape de hal...jenayah yg ada..pihak jabatan siasatan jenayah la yg buat...so sb buat la yg bukan jenayah..narkotik selesai masalah dadah..komersil pun ada..biar la sb buat kerja depa..klu kak jijah takut sgt jgn main politik..br dgr report sb dah menggelabah..hahaha..tanya la polis sb tu..mesti ada report pasal laki kau..