Tetamu Kehormat...

July 6, 2012

Uncle Seekers Positif Dadah Morfin

JOHOR BAHRU 6 Julai - Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu. Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ’Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Patut lah tulis merapu.Tengah sedap kena Morphin. Power Rangers rupanya.

Mighty Morphin Power Rangers.

Main drug dolu dolu kot kot kalau polis tak leh kesan. Anak pertama candu.

HalalSurf.Com said...

Masyaallah

yogibear's season said...

Masa kes Saipul dulu tkda pulak laporan air kencing?

Nie buat musykil nie???

Walau apapun tuduhan/tohmahan yg dibuat oleh Saiyid Abdullah Al Attas, sangatlah berat bg pihak istana Johor, KDN, KPN, KP Johor dll.

Allahuma aarini haqqa haqqan warzuqnit tiba'ah, wa aarini bathila bathilan warzuqnij tinabah.

Wallahua'lam.