Pendedahan terbaru Dr Hassan Ali diyakini bakal merimaskan lagi kepimpinan ulama PAS. Sebelum ini, pucuk pimpinan PAS kelihatan tidak senang duduk apabila Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi didapati berbohong berhubung kenyataannya yang mendakwa Karpal Singh seolah-olah sudah bersikap lembut dalam isu pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam. Dan kali ini pula, Dr Hassan Ali mendedahkan niat PAS yang sebenarnya kemaruk untuk berkuasa, walaupun terpaksa menggandaikan Islam.
KUALA LUMPUR 28
Julai - Pas yang sanggup menukar matlamat perjuangan daripada menubuhkan
sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan didesak menyatakan
pendirian mengenai tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia yang mahu
semua agama bebas disebar tanpa sebarang sekatan undang-undang. Ini kerana sebagai komponen dalam pakatan pembangkang, Pas perlu
menjelaskan sama ada bersetuju melaksanakan tuntutan tersebut atau tidak
memandangkan persekutuan berkenaan menyeru penganut Kristian memilih
parti yang menawarkan kebebasan itu pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas
Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas perlu menjawab tuntutan yang
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan itu kerana seruan
sedemikian melibatkan kuasa memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) nanti. "Saya ingin lontarkan persoalan apakah Persekutuan Kristian Malaysia
menganggap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sekian
lama tidak mampu memenuhi tuntutan mereka dan hanya pembangkang yang
lebih bersedia untuk melaksanakan segala tuntutan berkenaan? "Apakah pakatan pembangkang juga bersetuju dengan tuntutan tersebut?
Saya tidak mahu tanya DAP mahu pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana
jawapan kedua-dua parti itu sudah dapat diduga. Sekiranya itu yang
dipersetujui, saya mahu tanya Pas. Apakah parti itu setuju untuk
melaksanakan tuntutan tersebut? "Tuntutan itu bukan sahaja bertentangan dengan semangat Perlembagaan
tetapi boleh mencetus suasana huru-hara serta bakal menggugat keutuhan
Islam sebagai agama Persekutuan dan ini perlu dijawab segera," katanya
pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Pada 18 Julai lalu, Persekutuan Kristian Malaysia menyeru penganut
agama itu memilih parti yang mampu menawarkan kebebasan agama merangkumi
kebebasan menganut, mengamal, menyebar dan dibenar berkembang tanpa
batasan undang-undang, penegahan atau larangan. Tuntutan itu bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Malaysia
yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan serta melarang agama
selain Islam disebar kepada umat Islam, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai oleh penganutnya di negara ini.

11 comments:
Pas pasti cakap boleh asalkan undi bagi pada Pas lepas tu nak sebarkan ke atau nak murtad kan org islam dibolehkan... mcm yg berlaku baru2 ni lah..betul tak Pas..takebeerr
Pas semakin hancusss songsanggg
Gua tarak hairan dengan kata2 orang kapir seperti karpal, lim kit siang atau lim guan eng.
Tapi gua heran sangan dengan umno/bn yg memerintah selama 55 tahun, belum sedikit pun bercita2 menegakkan undang2 Islam.
Kesianya... kerana masih ada Rakyat Malaysia yang masih tak tahu undang2 ISLAM telah lama terlaksana diMalaysia, jangan masalah agama dirujuk kepejabat parti.. tanyalah masalah agama dipejabat AGAMA ISLAM.
Saya sokong, memang telah lama Malaysia mengamalkan UNDANG2 ISLAM, yang hampa dok garit sangat nak ubah undang2 sekarang buat apa?. kalau tak Islam... tak usah ubah. Mengaji tinggi tapi sijil jadi selipar jepun.
Saya sokong usaha YB DT HASSAN ALI.
TERUS MARA... JIHAD ....
Umno harap Pas, tapi pas dok sebok pusing serban.
PAS ingat perintah Malaysia ni macam mereka perintah Kelantan, Kedah atau seperti mereka perintah Terengganu dulu. 90% muslim, disitu bolehlah PAS berkokok garang.
Tapi cuba PAS muhasabah lihat pemerintahan singkat mereka di Perak atau betapa kerdilnya suara mereka di Selangor kini. Setakat bertanding kurang 70 Parlimen dan kurang 300 DUN PAS akan jadi hampas jer. Cuba bertanding 145 Parlimen dan 450 DUN dan menang besar. Insya Allah baru boleh dikatakan PAS kuat. Ada berani?
aik.. bukan dulu Hassan Ali nak cabar dedah video murtad dalam tempoh dua minggu sejak dua bulan yang lepas? Apa cerita video tu..sonyap ajo! jangan menipu.. akhirnya orang tak percaya.. heeeee apo2lah hassan jati oiiii.
Ada orang dok hantam ambik tanah air kita sana sini tapi korang tak abis2 sibuk. Sibuk yg penyokong UMNO asyik hantam PAS, yg PAS dok asyik hantam UMNO.....ni la keja orang melayu, menang sorak ja lah
Anony July30,2012 5:51am... Mencuri kena hukum penjara tu hukum islam ke?? minum arak kena denda bayar duit or jailed tu hukum islam ke?? aku rasa ni hassan ali tulis sendiri ni..megat alam gempita..kalu PAS tanding semua kerusi pun ko mesti takkan pangkah PAS nye kan..sbb hati ko dah gelap.. serupa UMNO ler.. bukan tanding semua kerusi pun.. PRU 12 nasib baik sabah & sarawak ada.. PRU 13 ni tengok lah.. boleh bertahan lg ke tak..
pru13 sabah dn srwk bkn pro bn dh..tukar krjnlh jwbnya
hasa ali mulut busuk macam hati busuk sama dengan nasaruddun muke senget hati sengek
Post a Comment