Tetamu Kehormat...

July 1, 2012

Mimpi Indah Hadi Awang

Dengan jumlah 80 kerusi parlimen yang ingin ditandingi oleh PAS, ia masih terlalu jauh untuk berharap bagi menguasai Pakatan Rakyat. Tanpa "restu" Anwar Ibrahim dan DAP, hajat ini hanyalah angan-angan Mat Jenin. Sekali pun DAP dan Anwar Ibrahim mengizinkan PAS bertanding di 80 kerusi parlimen, tetapi percayakan separuh daripada jumlah kerusi tersebut merupakan kawasan-kawasanj yang tidak mampu dimenangi PAS. Akhirnya..PAS tetap melukut di tepi gantang. Menagih simpati kuasa, berlutut dan menyembah DAP untuk melaksanakan hukum Hudud, walaupun Hudud yang bakal dilaksanakan itu nanti tidak menepati syariat Islam yang sebenar. Tiada gunakan PAS meminta 80 kerusi untuk ditandingi, jika kawasan yang diberikan kelak, merupakan kawasan yang tidak boleh dimenangi oleh PAS sama sekali. Eloklah PAS lebih awal memohon 80 kawasan yang "confirm" menang daripada DAP dan PKR (itu pun kalau Karpal tak bising) - bagi memastikan agenda Islam mereka bersinar kembali. Jika tidak..lupakan sahaja. PAS harus faham, yakni faham dengan sefaham-fahamnya bahawa, Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Guan Eng sama sekali tidak mahu, bahkan 100% tidak mengizinkan PAS menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat - itu perkara yang sudah jelas! Walau dengan apa-apa cara sekali pun, PAS tidak diizinkan menerajui Pakatan Rakyat, semua orang tahu. Jangan jadi bodoh, dan bermimpi mahu mengetuai Pakatan Rakyat. 

Agenda Islam tidak langsung disebut, walaupun sebaris ayat dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat! Membanteras rasuah dan memperjuangkan keadilan yang disebut  di dalam Buku Jingga bukanlah mewakili takrifan Islam yang sebenar. Cara Islam melihat keadilan dengan cara Karpal Singh atau Lim Kit Siang melihatnya sangat jauh berbeza. Mana mungkin sebagai orang Islam kita sanggup menyamakan agenda Buku Jingga selari dengan kehendak Islam yang diperjuangkan oleh PAS?

No comments: