Tetamu Kehormat...

July 4, 2012

Lain Kali Luluskan Dulu..Baru Buat Pelancaran...

KOTA BHARU 2 Julai - Walaupun projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai masih belum diluluskan mesyuarat Exco, Kerajaan Pas Kelantan telah meminta rakyat negeri itu menghulurkan derma bagi membantu pembinaan projek tersebut. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Beliau mengakui ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco pada 4 Julai ini dan kerja-kerja awal untuk membina lebuh raya tersebut bermula sebaik sahaja pelan yang diukur oleh juru ukur bertauliah diluluskan. 

Menurutnya, sehingga kini hanya 30 kilometer daripada 78 kilometer jajaran untuk membina lebuh raya tersebut siap diukur dan akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco Rabu ini.
"Hari ini mereka (juru ukur) masih bekerja di dalam hutan, 30 kilometer yang pertama telah siap diukur dalam tempoh dua minggu. "Insya-Allah ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco pada 4 Julai ini. Kalau Exco luluskan, ia akan berkuat kuasa serta-merta, insya-Allah kita boleh mulakan terus kerana empat mesin telah berada di sana sejak tarikh pelancaran. "Kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah RM100,000 setiap bulan, duit yang membazir tidak termasuk kos insurans dan pasukan keselamatan. Kalau Exco boleh izinkan, ia akan berkuat kuasa dan dilaksanakan serta-merta pada 4 Julai ini," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Hassan Mohamood (Pas- Tawang) yang bertanya bilakah kerja-kerja awal pembinaan lebuh raya tersebut akan dimulakan. Pada 28 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meletakkan batu asas pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Felcra Mek Nab, Berangan, Machang. 

Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, sekali gus bakal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim perayaan. Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri itu tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai. Sementara itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan Pas Kelantan yakin mampu membina fasa pertama lebuh raya tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM800 juta melalui royalti daripada bijih besi. Katanya, sehingga kini, sebanyak 40,000 tan bijih besi telah dieksport melalui Pelabuhan Tok Bali dan dianggarkan jumlah keseluruhan bahan mineral itu di negeri itu mencecah lima juta tan setahun.
"Pengeksportan bijih besi melalui pelabuhan ini telah menjimatkan kos kontraktor.

Sebelum ini kos untuk mengeksport bijih besi melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan adalah sebanyak RM45 satu tan tetapi melalui Pelabuhan Tok Bali ia hanya RM25 satu tan. "Jawatankuasa kami mencadangkan supaya royalti dikenakan RM10 minimum ke atas tiap-tiap tan yang dieksport. Kini dianggarkan terdapat satu juta tan pengeluaran bijih besi di negeri Kelantan setiap tahun dan dijangka meningkat sehingga lima juta tan. "Hasil daripada bijih besi ini sudah cukup untuk menampung pembiayaan lebuh raya ini sebanyak RM800 juta sehingga 2015," katanya.

7 comments:

SKR said...

Mohon buat pautan blog:

http://rizuwankini.blogspot.com

Terima kasih

Anonymous said...

Tahniah kerajaan Negeri Kelantan kerana membina sendiri lebuh raya rakyat. Tanpa bantuan dari Pusat. Lebuh raya tanpa Tol utk rakyat

Pembinaan ini jelas menunjukan pentadbiran tok guru mendahulukan rakyat.

Paling terbaik ialah sumbangan derma orang ramai untuk bersedekah bagi pembinaan lebuh raya ini. Bayangkan Pahala yang bakal di perolehi oleh org yang bersedekah ini. Pahala yang tiada putus-putus selagi Lebuhraya ini di lalui oleh orang ramai.

Ingatlah apabila mati anak adam itu terputuslah amalan nya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yg manafaat dan doa anak soleh.

Ini lah kelebihan Islam yang nyata di perjuangkan oleh Pas bukan untuk kebahagian di dunia sahja malahan di bawa ke Akhirat.

Ini lah kerajaan dan Parti yang perlu kita sokong...

Ayuh rebahkan Bee END

Anonymous said...

Tak perlu minta derma kalau niat ikhlas. Dan apa yang lebih penting sekarang adalah air yang bersih, penembatan banjir dan rumah-rumah orang miskin diperbaiki serta kesihatan rakyat,inilah yang rakyat ingin nikmati dari lebuhraya yang hanya boleh dilalui oleh mereka yg punya kenderaan. Banyak projek terbengkalai dan tak berjalan semacam batuk ditangga, Rakyat Kelantan berpusu-pusu datang berhijrah kawasan Kerajaan Pusat, mencari kerja dan itu pun pahala Kerajaan Pusat dapat kerana teramat besar sekali dapat memberi pekerjaan buat rakyat Kelantan dari membina sebijik lebuhraya PREPAID, mula bina lepas itu kalau dah tak selenggara mcmana pula? Minta derma lagi ke?

Sesiapa pun boleh cakap, anda pun boleh cakap buat itu buat ini sebab nak seronok ambil hati orang keliling tapi bila masalah mula timbul maka sumpah seranah, tuduh menuduh mula timbul pendekata masa bercakap dalam keadaan riak cukup indah, bila titik hitam mula terpacar...oooo salah UMNO salah Kerajaan Pusat, walhal pusat sendiri depan mata pun tak nampak yang nampak nun jauh disana.

Anonymous said...

orang memungkiri janji adalah munafik..

Pemimpin UMNo adalah munafik apabila memungkiri janji yg di buat oleh kerajaan pusat di bawah Aruah Tun razak yang memberti hak Royalti 5% kepada setiap negeri yang minyak di jumpai di peraairan negeri tsb.

Ini lah contoh pemimpin yang menyiksa rakyat. tidak menghormati demokrasi, kerana rakyat mejority negeri tsb memilih PAS sebagai kerajaan pemerintah.Maka di siksa dengan zalim penduduk negeri tsb yang mejority nya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Apabila di bayar royalti, maka dengan duit tsb semua boleh buat....

Anonymous said...

baru sekarang baru nak bina?..itu pun dah nak dekat pru..nampak sgt nak pancing undi..perintah dah berpuluh tahun..sebelum ni kerja nya ceramah2 tak putus2..
ini bukan dulukan rakyat tapi memperbodohkan rakyat..

Anonymous said...

kaji dulu pasal kelayakan sesuatu negeri menerima bayaran royalti? tgk dulu undang2 bekaitan
perjanjian berkaitan

bagaimana sesebuah negeri layak menerima bayaran royalti sekiranya minyak di temukan dikawasan perairanya.. berapa jarak dari garisan pantai dan banyak lagi perlu di ambil kira..

tak perlua arr cakap munafik..

mak mentua den org kuat pas kt kelantan..dia siap pesan nak tgk anak2 dia aman.. pangkah pas baru terjamin masuk sorga.. tak kan mak mantua sy tu baca utusan oi..

nie tentu brainwash dulo2 kat dorg semua..

Anonymous said...

Jambatan rentas sungai kota bharu sebelah Tesco pun bertahun2 tak siap, tu pun bila dah masuk RMK-9 & 10 baru ada pergerakkan. rasmi batu asas, Tuan Garu N.Ajis, siapkan kerja Kerajaan Pusat pimpinan BN. nnt hiway pun sama la jugak, duit yg dh dpt derma tak diishtiharkan berapa dpt, takat anggaran. Kutipan Tabung masjid setiap kali solat jumaat pun di isytiharkan. klu ni tak isytiharkan, memang masuk poket sendiri la ye, takpe, Puok geng SORGA ni maksum, Suci. yang penting Masyukkk.. orang lain buat silap sikit teruk dicanang sana sini, puok diorang silap, banyak, disalahkan orang lain, dulu kutuk maki, Aljubri la, sekarang peminpin yang suci, ANUGayRah Tuhan ... APTB...