Tetamu Kehormat...

July 5, 2012

Berdoalah kepada Allah..Kamu Semua Dizalimi. Semoga Allah Menghancurkan Kerajaan DAP Pulau Pinang..

BALIK PULAU 4 Julai - Pemilik tanah di Kampung Genting di sini yang diarah berpindah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan sebuah universiti awam berikrar akan terus mempertahankan tanah warisan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Genting, Rosman Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendapat surat daripada kerajaan negeri pada 29 Jun lalu tidak mempunyai kediaman lain jika terpaksa menyerahkan tanah mereka. 

“Saya faham kerajaan negeri berhak mengambil tanah ini melalui undang-undang iaitu Akta Kanun Tanah 1960 tetapi bagaimana dengan nasib penduduk kampung. “Lagipun sudah banyak kolej swasta dan pusat pengajian tinggi di sini, mengapa mahu buat di tempat ini lagi? Ini sahaja tanah yang kami ada," katanya hari ini. Beliau ditemui selepas mengetuai perhimpunan aman oleh kira-kira 50 pemilik tanah terbabit di hadapan Masjid Jamek Kampung Genting bagi membantah pembinaan universiti berkenaan. Demonstrasi itu juga agak beremosi apabila ada dalam kalangan mereka menghamburkan kemarahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa cuba ‘menghilangkan’ kampung yang telah wujud lebih 50 tahun dahulu. 

Difahamkan sebanyak 12 lot tanah milik orang Melayu dan Cina serta lima lot tanah kepunyaan syarikat swasta dengan keluasan keseluruhan kira-kira 64.2 hektar terlibat dengan projek untuk membina universiti awam antarabangsa iaitu Asian Women Leadership University (AWLU). Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad. Rosman memberitahu, meskipun bantahan serupa pernah dibuat dua tahun lalu di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri, namun kerajaan negeri tidak memberikan sebarang reaksi mengenainya. Katanya, penduduk kampung juga telah bertemu Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, namun rayuan mereka langsung tidak diberi perhatian. 

Sementara itu, seorang pemilik tanah, Hamdan Jaafar, 45, menjelaskan, mereka terpaksa keluar dari bahagian pulau jika diarahkan berpindah kerana tidak mampu membeli rumah di situ. “Saya tidak mampu hendak tinggal di Balik Pulau lagi selepas tanah diambil kerana harga rumah di sini sangat mahal iaitu mencecah RM800,000. Mana hendak cari duit sebanyak itu? “Apabila saya maklumkan kepada ibu yang sudah berusia lebih 70 tahun, dia memang sedih dan menasihatkan saya supaya tidak tertipu," ujarnya. Katanya, dia berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak memperbodohkan penduduk kampung lagi. Seorang pesara guru, Aishah Budin, 75, berkata, selagi terdaya dia akan mempertahankan tanah itu daripada diambil kerajaan negeri.

 “Saya tinggal di sini sejak kecil lagi dan ibu bapa membesarkan saya hasil daripada tanah pertanian ini. “Saya membantah keras pembinaan universiti itu yang menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah," katanya yang memiliki kira-kira 2 hektar tanah. Seorang lagi penduduk, Koay Chew Weng, 77, berkata, dia juga berat hati untuk menerima tawaran itu kerana sudah lama menetap di situ. “Saya tidak setuju tetapi kalau terpaksa juga saya harus mengalah, namun berharap mereka membayar pampasan sewajarnya," jelasnya.

4 comments:

Anonymous said...

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Untuk Fitnah ini akhabr milik UMNO Utusan Meloya di arah membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Ini adalah kemenangan kedua Lim Guang Eng ke atas Akhbar Milik umno itu yg menfitnah beliau.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

Baca FITNAH UTUSAN "DAP Usir penduduk Kampung Genting di Balik Pulau...

Anonymous said...

itu mahkamah dunia la bro..belum abis lagi..ada rayuan

Anonymous said...

puji ajelah korang DAP sebagai terbaik di dunia tanpa ada retak sikitpun...baguihlah anonymous kat atas tu...kalau letak anjingpun sokong nye janji DAP

Anonymous said...

Ingat org kafir tak akan tolong kita...