Tetamu Kehormat...

June 19, 2012

Wajah Lain Kebenaran!

Kebenaran itu berat untuk diterima. Kita lebih selesa menerima cerita fitnah dan prasangka. Inilah yang berlaku dalam isu Lynas. Walaupun sudah dijelaskan oleh pakar sehebat mana sekali pun, puak-puak yang degil ini masih buta mata hati mereka.

 KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan. Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini. "Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju. "Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini. Che Rosli sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul. "Lynas perlu buat 'lapscale' dari awal, macam mana nak simpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa," jelasnya. - UTUSAN

5 comments:

Anonymous said...

Siapa MP ni??? Cakap dia tarak kredibel la..!!!! Cakap pemimpin lulusan SRP lagi 'BAGUS' dari cakap MP ni... Kasi buang je la dia ni dari parti Isle. Buat menyusahkan orang lain je....

Kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

La lbih credible drpd mp kuantan...org mcm kite nak...yg betul sokong...jgn suka main politik emosi

Anonymous said...

Salam tuan.

Terima kasih kerana pautkan www.thekl-chronicle.blogspot.com di blog tuan.

Akan lakukan yang sama.

Salam perjuangan.

Anonymous said...

Anon June 19, 2012 5:44 PM... aku hanya memberi komen sinis je. Biar mengkarung-mengkarung hijau baca komen tu. Mereka ingat mereka ade PhD, Master, title Prof, Ir dan lain-lain boleh buat kenyataan mereka tu diambil berat oleh pencacai-pencacai bongok Fuckatan ke??? Yang mereak nak dengar hanya kenyataan dari pemimmpin taraf SRP yang cetek akal je....!!!!

Kah kah kah kah kah

-dari anon 5:19 pm.

Anonymous said...

Pemimpin pembangkang melawan arus menentang Tok Guru Haji Hadi, TGHH kata kalau nak tahu fasal kelapa sawit, tanya lah pakarnya, jangan tanya pakar getah.

Jadi Dr MP tu kata, lynas selamat..dia mengaku di bulan puasa lagi dia di arah tutup mulut agar pemimpin lain dapat menipu rakyat.

Jadi, kenapa pemimpin2 pembangkang lawan TGHH? Mungkin mereka pun tahu TGHH pun sama dengan mereka kot... hahaha.

Golongan profesional dalam pembangkang ditutup mulut, buat apa masuk parti mereka...