Tetamu Kehormat...

June 14, 2012

Surat Khas untuk Nik Aziz : Hijau Pudar Warna

Assalamualaikum,

Saya tidak merujuk kepada semua mesjid dan surau di Kelantan. tetapi majoriti mesjid dan surau dalam kondisi yang amat mengecewakan.

Saya memohon maaf atas tulisan ini, niat saya tanpa prejudis memohon agar Rumah Allah diletakkan pada tahap penghormatan sebenar sebagai rumah Allah.

Mohon sangat-sangat PAS sebagai pemerintah di Kelantan memandang serius tentang status kebersihan dan kemudahan MASJID dan SURAU di Kelantan.

Kelantan dikenali sebagai SERAMBI MEKAH, bertahun-tahun di tadbir oleh Parti Islam namun sayangnya tiada agenda khusus untuk menjaga "rumah Allah"dengan teratur dan sempurna.

KELANTAN mesti menunjukkan satu tekad dan usaha menunjuk contoh
bahawa mereka juga adalah penjaga dan pengendali rumah Allah yang sangat luarbiasa.

5 tahun travel di seluruh Kelantan teramat menyedihkan keadaan kebanyakan mesjid dan surau.

Tersangat elok kerajaan PAS menubuhkan unit khas mengendalikan penyelenggeraan mesjid dan surau secara profesional.

jika tidak maka kita akan berjumpa di mana-mana
seluruh Kelantan mesjid dan surau yang:

1. Karpet dan sejadah nya lunyai dan busuk
2. Pelikat wakafnya hapak dan telekung bertahi lalat
3.Tandasnya rosak, busuk dan kotor
4.Kawasannya bersampah sarap dan ditumbuhi rumpai
5. pagar2 nya yang tumbang.
6.papan tandanya yang usang , dan tidak informatif

Kalau nak diharap pada penduduk tempatan, tak tahulah bila mereka mampu memiliki disiplin dan kasih sayang sempurna terhadap rumah Allah.Menjaga dengan semangat super bersih.

Justeru penubuhan unit khas memantau mesjid dan surau secara istiqamah bakal membina ketakjuban yang mendalam dalam diri pengunjung khususnya mereka yang datang dari luar Kelantan.

Barulah sesuai nak digelar Kelantan Serambi Mekah.
Biarlah ada kenangan manis dan kagum pada setiap pengunjung
betapa uniknya Kerajaan kelantan menjaga semua rumah Allah.

Kalaulah dengan keadaan sekarang, imej Kelantan sebagai negeri Islam
agak tercemar.Islam itu adalah amalan, BUKAN cakap semata-mata.

Dinegeri lain keadaan pun 2 x 5 di setengah tempat tetapi cadangan diajukan kepada Kelantan yang dibangga2kan dibawah pemerintahan
Islam.

Wallahualam. Tanda cinta Allah ialah cinta pada rumah Allah. (Sumber klik di sini).

15 comments:

TOKGURU86 said...

Blog tuan juga sudah dipaut. Terima kasih.

Anonymous said...

nak fitnah pun agak2 ler, xtakut neraka ke..

Anonymous said...

anon - June 14, 2012 10:21 PM

itu bukanya fitnah tapi kebenaran. aku sendiri pun berpengalaman singgah untuk bersolah samada dimasjid maupun disurau sepanjang perjalanan ke kota baru dari selatan. biar aku tambah sedikit dengan keadaan lantainya yang berpasir (disurau) dan lantainya yang becak (dimasjid) semasa menunaikan solat jumaat.

aku tak heran dengan pencacai pas yang telah biasa menerima kebenaran dengan kebatilan. lihatlah menerusi diri kamu untuk membolehkan kamu melihat yang benar.

Anonymous said...

bro kt June 14, 2012 10:21 PM, hahaha....lu mmg hebat ar...gua tau la lu tue salah seorg setan dlm parti anak setan...tp yg gua pelik, lu tau jgk surga neraka...bkn parti anak setan nie surga dia bawah kain neek najeeis ker?x pun dlm kain atas kepala neek najeeis? lu belajar dulu mcm mana nk msk Syurga yg sebetulnya baru bleh nk tarbiah org psl neraka...ops silap....lu smpn gmbr neek najeeis kt mana?kalo kt pelir lu kompem msk surga tahap tggi nyer ngn neek najeeis tue....lu mmg bodo ar bro sbb taksub ngn neek najeeis...hahaha...ops bukanlu sorg, parti anak setan pun...hahahaha...

Pakcu Rantau Panjang said...

Satu pandangan yang bagus dan perlu bersikap positif. Kalau terlalu banyak ceramah pun tak guna jika surau dan masjid karpetnya lapuk. Baru orang kata berpadanan dengan semangat yang berkobar-kobar tu.

Surau Pakcu pun karpet dah "botak". Pernah YB PAS datang ceramah agama, bila tanya bila nak ganti karpet baru....dijawabnya Insyaallah..sampai sekarang karpet BN dulu yang dok pakai hampir 2o tahun...daaah

Anonymous said...

Orang kelantan patut malu kepada orang.2 melaka, johor dan NS. Islam mereka bukan berada pada ceramah, percakapan, berpakaian dan semangat semata2. Biar pada pandangan umum, mereka tidak begitu kuat beramal (mungkin ikhlas) tapi amalan maufakat, kejiranan, dan yang penting kebersihan adalah terbaik. Mungkin kita akan kat, islam bukan semata2 kebersihandan keselesaan, tapi asas iman adalah bersih. Di Melaka dan NSembilan, anda tak perlu risau jika terlepas satu surau atau masjid, anda akan dapati surau lagi hanya beberapa ratus meter dihadapan. Kalau kat kelantan dan kedah, tiada keadaad spt itu, itulah kenyataannya.

Anonymous said...

Apa la orang PAS ni...tengok orang UMNO ..masjid & surau sentiasa baru..jemaah ramai sangat ...sampai tak nampak orang...Orang UMNO tak pandai buat Fitnah...mcm kes kapal selam, LEMBU, tu semua FITNAH...mana ade orang UMNO makan rasuah...HARAM..
UMNO semua baik-baik BELAKA...

Anonymous said...

Anon June 14, 2012 10:21 PM bukalah minda sikit. Sikit-sikit fitnah...sikit-sikit fitnah.
Ini teguran membina bukan cemuhan atau fitnah. Sebab tu kena buka minda, jangan selalu dengar ceramah yang tak berfaedah yang menyebarkan fahaman fitnah. Mencampurkan agama dengan politik.

Anonymous said...

Anon - June 14, 2012 11:05 PM

Diperhebatkan lagi dengan lembaga masjid dan surau yang terlatih. Diberikan kursus kursus berkenaan pengurusan, perakaunan, computer dsb. Tabung masjid yang lumayan dan tak payah nak tuggu YB sponsor sekiranya diperlukan untuk menggantikan karpet dan kerosakan kecil. Untuk memberikan kebajikan kepada rakyat, seorang pekerja pembersihan ditempatkan disetiap masjid dan surau. Pekerja tergolong dari balu balu atau orang orang yang susah dan perlukan bantuan. Di Melaka, sebagai menegakkan syiar Islam, kebersahan ditempat tempat ibadah sangat sangat dipraktikkan.

org johor said...

Orang Kelantan = KOTOR,... walaupon bukan semua tetapi kebanyakkannya la... comment base on pengalaman sejak jadi student lagi... Diaorang boleh sampai tahap kencing dlm tong sampah sbb malas nak pegi toilet kat hujung kolej yang tak sampai 20 meter dari bilik kolej diaorg...kesian pakcik yang pungut sampah petang2...bertamadun sikit boleh tak?

Anonymous said...

Aku orang Perak..bg aku semua tempat sama..aku g Johor..masjid besar..tp waktu subuh ada 5 orang je...orang Johor ramai yang dari Indon..

Anonymous said...

bila cakap pasal kebersihan timbul bab parti. pasal kapal selam, pasal lembu,macam2 lagi.kenapa,tak bolih terima kebenaran ke?kalau orang kata MASJID DAN SURAU KOTOR terimalah hakikat sebenar.kalau bab lembu, bab k selam sedang dalam siasatan itu tandanya ada perhatian untuk menghukum orang bersalah. apa,orang kedah, selangor dan kelantan 100% bersih dari raswah....bagitu.tapi kalau buat raswah dia orang segera tudung rapat2 . peeeerah, nak tadbir masjid dan surau pun tak reti - ada angan2 nak duduk kerusi PUTRAJAYA. BANGKRAP MALAYSIA jadinya..........

Anonymous said...

Anonymous June 14, 2012 11:05 PM

Melaka,NS Kubu BN...guna duit rakyat dari Pusat buat Masjid besar (Projek ketua bahagian dapat tender) tp sayang dua tiga kerat je g masjid yang besar...sebab tu bersih xde orang g...xbanyak pondok atau tempat pengajian agama di Melaka,NS..yang banyak karaoke...BANYAK PEMIMPIN BESAR CORPORAT ATAU NEGARA DATANG DARI UTARA..SO PIKIR SENDIRILA..

Anonymous said...

PEMBINAAN MASJID SELALUNYA DILULUSKAN APABILA ADA PERMINTAAN MAKSUDNYA JEMAAH KAWASAN TERSEBUT SEMAKIN RAMAI.KAT KELANTAN PUN KERAJAAN PUSAT YG BINA MASJID NAK HARAPKAN KERAJAAN NEGERI...HAMPEHLAH..CUMA DIHARAPKAN KERAJAAN NEGERI MENGURUSKAN SURAU ATAU MASJID YG TELAH DIBINA..TUE PUN X MAMPU KER???MACAM MANA ORG KELANTAN BOLEH SOLAT DALAM KEADAAN SURAU YG KOTOR??CUBA CITER CIKIT

Anonymous said...

bukan pemerintahan PAS je..semasa pemerintahan PKR pun nasib surau tak terbela,yang repair surau adalah penduduk tempatan sendiri yang pro kepada UMNO, sedangkan imam surau (orang PAS)berkenaan sibuk berceramah sana sini buat duit dan pakai mercedes.tak bertanggungjawab langsung sebagai imam..