Tetamu Kehormat...

June 13, 2012

Rafizi Kamu Jangan Yakin Sangat! InsyaAllah Kamu Akan Tewas..

Berita di bawah ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya yakin terhadap ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Jika tidak, mana mungkin mereka secara tiba-tiba begitu yakin kononnya boleh memperoleh 105 kerusi Parlimen? Tetapi, izinkan saya untuk mengingatkan Rafizi agar jangan terlalu yakin dengan angka yang diramalkan itu. Selalunya ia tidak menjadi seperti yang diharap. Dalam keadaan kononnya mood rakyat sedang memihak kepada Pakatan Rakyat - apakah itu hakikat yang akan diterjemahkan dalam bentuk undi? Atau pada saat-saat akhir, rakyat yang ada otak akan kembali berfikir secara waras. Saya menjangkakan Barisan Nasional akan menang, tetapi bukan menang kerana kebijaksanaan para pemimpinnya tetapi kerana dibantu oleh Allah. PKR akan tewas kerana beberapa sebab yang tidak logik di bawah ini. Saya percaya, ramai yang akan mentertawakannya. Tetapi terpulang..itu hak masing-masing. PR tewas disebabkan...

1. Anwar Ibrahim sudah ditakdirkan bukan Perdana Menteri Malaysia.

2. Penderhakaan Azmin Ali kepada ibunya.

3. Kerjasama PAS dengan DAP yang merosakkan Islam.

4. PAS menolak perpaduan dengan saudara seIslamnya UMNO.

5. PAS menutup kemungkaran yang berlaku di dalam PKR, tetapi lebih gemar membuka keburukan musuh politiknya iaitu UMNO.

6. Masalah moral Anwar dan Azmin yang terlalu jijik.

7. PR terlalu yakin boleh menang.

Pakatan Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah. "Saya rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin) tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.

"(Jumlah) 105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi. Beliau juga berkata, untuk 105 kerusi Parlimen tidak menjadi masalah dan PKR sememangnya membuat perkiraan dengan teliti mengenai perkara ini.

Pakatan sekarang mempunyai penguasaan 75 kerusi dalam parlimen berbanding BN sebanyak 137 dan bebas 10 kerusi. "Katakanlah ada lima hingga enam kerusi yang boleh bertukar tangan sebab menang tipis dahulu... tolak kerusi yang mungkin akan bertukar tangan, campur kerusi yang mungkin akan dapat balik. Jadi tak sukar untuk pertahankan 80 hingga 85 kerusi di Semananjung kecuali Johor," jelasnya.

Menurut Rafizi lagi, tiga negeri utama yang menjadi tunggak kemenangan BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai peluang untuk Pakatan peroleh separuh daripada kerusi yang ada. "Katakanlah kita menang sembilan (kerusi Parlimen) daripada Johor... sembilan Sarawak... dan Sabah lima. Ini semua bahaya dan akan jatuh ke tangan Pakatan.

"Ada ura-ura di Sabah ada gelombang tokoh politik tempatan mahu berpisah daripada BN. Kalau itu berlaku, paling kurang (Pakatan dapat) 110 (kerusi). "Ini semua jumlah paling konservatif. Paling minima untuk Pakatan. Kita tak boleh lari daripada angka ini semua. Untuk dapat 100 hingga 105 kerusi Parlimen tidak mustahil. Soalnya sekarang, macam mana nak dapat 10 lagi kerusi untuk majoriti mudah. "Kalau mereka panggil minggu depan (pilihan raya) kita lebih daripada bersedia," katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

BONGKAK TAK SANGGA RAFIZI NI PUNYA STATEMENT. PERGHHH GILA BABI TAHAP CONFIDENT. AGAKNYA SELAMA NI GANG DEPA NI DOK KIRA KERUSI JE KUT. TU YANG BOLEH YAKIN MENANG DENGAN KERUSI YANG BANYAK PADA HAL KERJA SATU TAK BUAT. YANG TAU MEROSAKKAN AGENDA DAN PROGRAM KERAJAAN SEDIA ADA JE. AKU DOA SANGAT LAH PR TERLINGKUP ATAU TERUS BUNGKUS DALAM PR13 NI. DAH MUAK TENGOK MUKA GANG DEPA NI SEKOR2. MELOYAKAN DENGAN KES2 JIJIK YANG TAK SUDAH2. SEMOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN UMNO/BN. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU APA DAN KERAJAAN MANA YANG TERBAIK UNTUK BUMI BERTUAH INI. INSYAALLAH

Anonymous said...

Salam Saudara Azli,
Saya setuju dengan sebab2 yang saudara tuliskan itu. Kalau kita tengok sejarah pemerintahan kerajaan BN selama lebih daripada 50 tahun macam2 fitnah dan dakyah ditohmahkan oleh PAS terhadap UMNO termasuk melabelkan kafir. PM yang sehebat Tun Mahathir tidak terlepas drp cacian dan makian. Bahkan Tun Hasmah yang tidak berdosa itu juga mereka ejek. Hari ini saya lihat perkara yang sama berlaku kepada PM Najib dan keluarganya. Saya amat yakin bahawa ALLAH akan memberi kemenangan yang besar kepada BN kerana kesabaran dan keikhlasan pemimpinnya. InsyaALLAH.