Tetamu Kehormat...

June 4, 2012

Rabu Ini Kebenaran Akan Muncul Juga!

Rabu ini InsyaAllah akan terjawab segalanya, propaganda, provokasi dan penipuan fakta pembangkang, khususnya yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada media asing dan rakyat di negara ini. Baca berita ringkas di bawah : 

KLUANG: Orang ramai boleh menonton visual perhimpunan BERSIH 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai Rabu ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata rakaman visual itu sudah siap dan akan dimuat naik ke laman web kementerian untuk dinilai sendiri orang ramai.

“Niat kita supaya masyarakat dapat membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif lebih luas. Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media. - Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) “Sekarang kita terbuka mahu rakyat membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit yang menjurus kepada perhitungan tertentu,” katanya selepas melancarkan buku Antara Kasih dan Naungan: Program Dian Desa Perkampungan Orang Asli Parlimen Sembrong di Sekolah Rendah Ladang Mutiara, Kahang dekat sini, semalam. Ditanya sama ada kementeriannya bersedia berdepan pihak yang akan mempertikai kesahihan video itu, Hishammuddin berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan.“Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media,” katanya.

2 comments:

LKTP1436 said...

Siarlah apa pun, hakikatnya jika kerajaan jujur di dlm melaksanakan tuntutan demokrasi maka pasti tiada masaalah, kekecohan berlaku kerana larangan terhad berkumpul di dataran merdeka, apa perlunya larangan ini ?

Tengok perhimpunan hijau di Kedah, tiada masaalah pun jika polis bertindak secara professional, jadi kesimpulanya perhimpunan bersih 03 akan tiada masaalah jika polis bertindak professional juga.

Tetapi yg jelas polis terlibat dng politik BN dan bukan menjaga keamanan negara......itulah hakikatnya .

Anonymous said...

Itulah pasalnya kerajaan suruh buat dalam STADIUM...himpunan UMNO pun tak de kecoh2...BANGANG...POLIS dah profesional la tu...selepas dimaki hamun,kalau tak profesional kau agak2, berapa ramai yg dah mati agaknya ha?...lg satu jujur bukan isunya disini...tapi puak2 ni mahu KERAJAAN Mengikut apa yg mereka kehendaki...senang cerita,org mcm kau ni sebenarnya bangang,tapi mengaku pandai...kebenaran dah terbentang luas,tapi kau tetap tak nak mengakui..