Tetamu Kehormat...

June 13, 2012

PRU-13 Memang Tahun Hadapan..So Ada Masalah Ke?

Tidak perlu buat tuduhan yang bukan-bukan, kalau PRU-13 tahun hadapan pun apa salahnya? Bukankah masa masih panjang. Dan DS Najib juga mahu membuktikan segala transformasi yang sudah dirancangan akan berjaya sepenuhnya. So, tunggu sahaja la..nak kecoh pasal apa. Masalahnya sekarang Anwar bimbang berhubung isu rasuah "lamanya" sudah mula dikorek kembali..bersiap-siaplah Anwar.

KUALA LUMPUR - Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2013 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses ‘pemantapan’ serta ‘pemulihan parti pemerintah itu. Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka’, kata Anwar. Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan.

Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran. Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangka masa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini.

3 comments:

Anonymous said...

Mcm2 si pembangkang dr longkang neh hahahahahaha

Anonymous said...

Kalau kita bagus bila bila pun orang akan undi kita.

What's the problem?...no problem lah.

Anonymous said...

Najib main dengan tarikh PRU.. PAS yg gelabah.. Hudud kata bulan Mac beres 2012.. Stadium Pasir Puteh bulan MAC 2012 juga..semuanya gara2 PAS dok rasa PRU bulan 11 tahun 2011.

Kalu Nuar kata pembangkang best dan kuat, kenapa pas arah ahli dia tangguh haji?

Ini dipanggil TERDESAK!