Tetamu Kehormat...

June 28, 2012

"Kami Tidak Terima Hudud" - Lim Guan Eng

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya. "Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju. "Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya. (Sambung baca di sini).

Di atas merupakan kata-kata Lim Guan Eng tentang hukum Hudud. Maknanya DAP 100% tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Soalnya sekarang bagaimanakah PAS mahu kekal berkompromi dengan DAP bagi mengaut undi kaum Cina dan pada masa yang sama mahu menjaga hati para pengikutnya? Jawapannya mudah...kalau dah susah sangat untuk PAS menukarkan pendirian DAP...cara paling pantas lagi mudah..tukar aje hukum Hudud daripada hukum yang wajib dikenakan ke atas seluruh umat manusia..kepada hukum yang hanya dispesifik dan dikenakan ke atas orang Islam semata-mata..abis cerita. Betul, salah belakang kira..janji dapat kuasa..jual agama Allah..yang penting UMNO tumbang. Hukum Hudud boleh dimanipulasikan..dulu hukum Hudud wajib dikenakan kepada semua manusia, tidak mengira agama..tetapi sekarang demi kuasa dan undi orang Cina. Hukum Hudud hanya untuk umat Islam sahaja..Begitulah senangnya agama Allah dipermain-mainkan.

7 comments:

Anonymous said...

Yang kau sibuk pasal Pas kenapa, Umno nak buat hudud ke.....

Anonymous said...

Lim Guan Eng DAP tak terima hudud tidak mengapa kerana dia bukan seorang Muslim. Yang pelik nya orang mengaku Muslim dan mengaku beriman dengan A-quran tidak menerima hukum hudud yang termaktub di dalam Al-quran.
Malah lagi pedih apabila Presiden Parti UMporno 22 tahun yang juga penyokong Dr Kasim Ahmad (anti hadis) berkata hudud adalah ciptaan Ahli fekah.
Cuma kita terfikir apakah kita sebagai orang islam akan menyokong parti yang memerintah kunun nya pejuang agama Islam tetapi setelah 54 tahun tidak mampu melaksanakan hukum hudud?...

herbalife malaysia said...

Info yg bagus...T kasih

Anonymous said...

@anon 5:22pm Hang dah makam ubat ke belum?....

Anonymous said...

Lim Guan Eng DAP tak terima hudud tidak mengapa kerana dia bukan seorang Muslim. Yang pelik nya orang mengaku Muslim dan mengaku beriman dengan A-quran tidak menerima hukum hudud yang termaktub di dalam Al-quran.
Malah lagi pedih apabila Presiden Parti UMporno 22 tahun yang juga penyokong Dr Kasim Ahmad (anti hadis) berkata hudud adalah ciptaan Ahli fekah.
Cuma kita terfikir apakah kita sebagai orang islam akan menyokong parti yang memerintah kunun nya pejuang agama Islam tetapi setelah 54 tahun tidak mampu melaksanakan hukum hudud?...///

...........//cuma kita terfikir apakah patut yg nak buat hudud tu berkhalwat dgn parti yg berulang2 menyatakan tak akn terima hudud,

/cuma kita terfikir setelah 20 tahun lebih memerintah kelantan masih nak salahkan umno kenapa hudud tak dijalankan di kelantan, malhn masih nak salahkan org setiap kali nak pilihanraya sbg pancing undi,
/ cuma kita terfikir gila babi ke apa penyokong2 pas ini??

Iqra' Percuma said...

Belajar Iqra’ online percuma http://www.youtube.com/channel/UCO7px4dUEcRYayY6UYNNLDw?feature=results_main

Amer said...

kita umat islam... jgn la permainkan hukum Allah SWT..orang kafir tau apa???

klu kita tak cukup ilmu jgn memandai nak cerita pasal hukum Allah.. tanya lah dgn orang yang lebih arif...

bukan apa.. takut akidah boleh terpesong jika kita salah cakap pasal hukum Allah ni... nau'zubillah

HUKUM ALLAH TETAP HUKUM ALLAH...tak ada seorang pun yang boleh pinda-pinda dengan hukum Allah...

senang cerita... tanya diri kita..kita ni agama apa? saya sendiri orang islam...pastinya saya tetap memperjuangkan ajaran Islam..