Tetamu Kehormat...

June 27, 2012

Kalau Tanya Orang PAS..Ini Lakonan

TANAH MERAH 25 Jun - Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah, telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini, bertindak menyertai UMNO. 

Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi. 

Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang.. Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini. 

Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela. "Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini. "Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya. Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1. Jelasnya, hanya UMNO yang mampu membela nasib rakyat dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara dengan lebih berkesan.

"Saya yakin akan ada lebih ramai lagi ahli Pas menyertai UMNO selepas ini, memandangkan rakyat kini sudah tidak mempercayai perjuangan Pas," katanya. Dalam pada itu, Ikmal Hisham ketika ditemui percaya ahli dan penyokong Pas terlibat menyertai UMNO atas kesedaran bahawa hanya parti tersebut yang mampu memperjuangkan nasib mereka. Katanya, mereka kini mula menyedari UMNO sahaja yang mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding Pas yang hanya mementingkan politik. 

Komitmen UMNO itu jelas beliau, dapat dilihat melalui kesungguhan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pemimpin-pemimpin bahagian yang sentiasa cakna kepada rakyat Kelantan. "Tiada sebarang desakan ataupun janji-janji diberikan kepada 137 orang yang menyertai UMNO itu. Mereka sertai UMNO atas kesedaran dan keinsafan sendiri," katanya. Menurut Ikmal Hisham, UMNO Tanah Merah akan terus membela nasib rakyat di sini demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

7 comments:

mesut ozil seremban said...

sukanye.. masuk UMNO lom tentu pangkah dacing tuan.. pangkah tu yg penting..

YB Raz said...

dorang keluar pas tu sebab xnk syorga nik aziz ke..x takut ke kena sumpah pecah perut atau kena sumpah jadi highway hehehe

Anonymous said...

Aku hanya bagi cadangan.....sila ambil perhatian untuk orang UMNO..kalau rasa nak menang di kelantan,jgn sesekali kutuk Tok Guru dengan benda tak masuk akal. Lepas tu jgngan sesekali bersekongkol dengan brahim ali. Kalau korang buat juga benda ni...maka takyah mimpi nak ambil kelantan. aku jenis atas pagar,ahli umno,pernah undi Umno,dan pernah undi pas...jadi ambil iktibar 2 perkara di atas...

Anonymous said...

kenapa tak leh kutuk nik najis? dia maksum ka? dia wali ker? kalau ambik kata2 Al-Juburi (gelaran yg diberikan oleh Mat Sapu), wali terompah.

Nik Najis kutuk orang tak per? Dia kafirkan org tak per? Dia lantik menantu jadi CEO PMBK tak per? Dia pergi haji dgn tajaan beratur ribu itu bukan rasuah? Tak per kalau Nik Najis buat... ?

Org Kelantan dah lama tertipu dgn watak warak dia. Fatwa dikeluarkan ikut suka hati dia jer. Pendapat ilmuan islam antarabangsa ti dak langsung dipandang atau dihargai... ulamak ker mcm tu?

Hanya Parti Ajaran Sesat saja yg hanya anjung Nik Najis nie... sanjung membuta tuli... seoalah dia tu maksum...tiada satu pun salahnya...

Kalau dulu dia mengatakan TunM sudah lama jadi PM. Skrg nie, adakah dia rasa dia blom puas jadi MB?

fikirlah wahai rakyat kelantan yg rasional.... jgn sanjung membabi buta...

Sekian. Terima kasih

-PIE-

Anonymous said...

Ni susah manusia..orang bagi cadangan tak boleh terima ,yang benar atau tidak. korang nak kutuk atau tak ,bergantung la. Tapi implikasingya pada pRU13 nanti,korang akan tengok. aku ahli Umno. Datuk Pa memang akau sanjung,akau puji,akau suka. Kalau aku mengundi di kawasannya gerenti parlimen akau undi datuk PA,dun akau undi pas. Tapi disebabkan akau kawsan lain,maka akau akan undi PAS semuanya.

Anonymous said...

mapu gi tok guru sesatmu tuh....mapuh dgn mu mu skali, mcmlah tok guru tergaru2 dio tu maksum, HEH NATTE GILO BABI, NGUCAP SMULA

mesut ozil seremban said...

org yg beriman x kan tulis mcm ko ni... ni mesti totok UMNO belajar sampai darjah 6 jer..