Tetamu Kehormat...

June 13, 2012

Dosa Tidak Terampun!

Setelah hampir 14 tahun mengunci mulut, akhirnya pada Mac 2012, Senator Datuk S Nallakarupan mula buka mulut. “Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini. 

“Saya juga akan beritahu ‘hasil’ yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini,” katanya dalam sidang media di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, 28 Mac. Shamsidar, wanita yang disebut Nalla itu adalah merujuk kepada Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Ummi Hafilda, adik bongsu Azmin yang turut hadir dalam sidang media Nalla itu berkata beliau pernah mengintai Nalla membawa Anwar dan Shamsidar pada pada 30 Jun 1997 dari Bangsar Shopping Complex ke Tivoli Villa. 

“Saya pergi mengintai Datuk Nalla, 30 Jun 1997, (di mana Nalla) menaiki kereta Daimler WBV 37. Saya rakamkan semua gambar-gambar tersebut. “Saya cabar Anwar, Azmin, Shamsidar saman saya”, katanya. Nalla mengesahkan kebenaran kata-kata adik Azmin Ali itu. “Ummi Hafilda sudah jadi camera man..dia tangkap gambar di Tivoli Villa, bila saya angkat Anwar di dalam kereta”, katanya. “Saya ikut Datuk Nalla daripada Bangsar Shopping Complex..dua jam saya tunggu Anwar dan Shamsidar dalam kondo (Tivoli Villa), 5.30 petang hingga 7.30.. Magrib”, sambung Ummi Hafilda. 

Untuk memahami episod bersejarah yang bermula pada 30 Jun 1997 hingga membawa kepada pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO dan terpaksa bergelut di mahkamah pada tahun 1998, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam popular masa kini yang dilantik Nalla mewakilinya berkata anak guamnya akan melakukan pembelaan kebenaran untuk melawan saman fitnah Anwar.

 “Beliau (Nalla) akan timbulkan pembelaan justifikasi ataupun pembelaan kebenaran bahawa apa yang beliau cakap itu adalah benar. “Dengan itu injunksi (menghalang Nalla bercakap tentang isu ini yang dipohon Anwar) akan runtuh dengan sendiri. Mana-mana mahkamah pun tidak akan terima injunksi jika ada pembelaan yang sedemikian” katanya. Katanya, kes ini bukan kes peribadi sebaliknya melibatkan kepentingan awam. 

“Isu ini bukan isu peribadi di antara seorang dengan seorang yang lain, tetapi ini adalah satu isu di mana masyarakat ada hak nak tahu. “Sebab ia melibatkan pemimpin, bakal pemimpin (Perdana Menteri), rakyat mesti tahu, apa kebenaran yang sebenarnya”, katanya. Berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla, Shafie yakin beliau boleh menang dalam kes ini. “Yang saya yakin kita boleh menang (kes ini), kalau saya boleh sebut istilah dalam Bahasa Inggeris, Datuk Nalla ini akan bercerita dari ‘horse’s mouth‘ (satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi).

 “Mengikut beliau (Nalla), beliau ada di mana-mana tempat, bukan satu, dua tempat,”, katanya. Kehadiran YB Zulkifli Noordin dan Anuar Shaari mengukuhkan lagi hubungan akrab Nalla dan Anwar sekitar tahun 1990-an, di mana tempoh masa hubungan sulit Anwar-Shamsidar berlaku. Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan berkata Nalla sering datang ke pejabatnya untuk menemui Anwar tanpa perlu membuat temu janji. Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes 1998 mengesahkan lagi hubungan rapat Anwar-Nalla di mana beliau pernah dilantik sebagai peguam pemerhati kepada Nalla yang ketika itu masih berpihak kepada Anwar.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Rakyat Pakatan said...

Kalau di takdirkan tuan atau anak tuan akan bernikah, silalah panggil Datuk Nalla menjadi saksi pernikahan tersebut kerana pada permahaman saya tuan sangat setuju jika si fasik dan kafir adalah layak menjadi saksi dalam Islam. Wallahualam.

Anonymous said...

kalau org islam jadi saksi pun korang bukan percaya juga..saiful org islam datuk k org islam...semua dah bersumpah..ada korang percaya? babi la korang nie

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)

Anonymous said...

tolong bagi tau pada kami yang jahil, 4 orang saksi tu dalam keadaan yang macam mana? adakah dua orang yang sedang berzina mesti ada 4 orang yang nampak, baru boleh percaya? kalau dia buat maksiat di hotel yang sah tertutup bagaimana pulak? kami ni jahil, tolonglah puak pakatan terangkan.

Anonymous said...

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).


( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –
Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )

Anonymous said...

Justeru itu,berhati-hatilah dalam membuat pertuduhan 'zina' pada seseorang muslim.Sekiranya saudara yakin pertuduhan itu benar,maka datangkanlah saksi mengikut apa yang disyariatkan oleh Islam.
Sekiranya tiada,lebih baik kita bersikap 'berlepas diri' kerana kita pasti akan bertemu dengan kebenaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. di padang mahsyar kelak.
Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, “Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu”. Rasulullah juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat.”

Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nur 24: 19)

Anonymous said...

Syariat yang di gariskan dalam Islam bukanlah untuk sengaja mencari dan menghukum manusia,namun adalah sebagai 'medium pencegahan' yang bersesuaian dengan fitrah manusia.Hayatilah kisah sahabat berikut dan reaksi yang ditunjukkan oleh junjungan besar,Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap si pesalah tersebut.
“Ma’iz bin Malik Al Aslami pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, karena aku telah berzina, oleh karena itu aku ingin agar anda berkenan membersihkan diriku.” Namun beliau menolak pengakuannya. Keesokan harinya, dia datang lagi kepada beliau sambil berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun beliau tetap menolak pengakuannya yang kedua kalinya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk menemui kaumnya dengan mengatakan: “Apakah kalian tahu bahwa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak beres yang kalian ingkari?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu pikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih sehat akalnya.”

Untuk ketiga kalinya, Ma’iz bin Malik datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membersihkan dirinya dari dosa zina yang telah diperbuatnya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun mengirimkan seseorang menemui kaumnya untuk menanyakan kondisi akal Ma’iz, namun mereka membetahukan kepada beliau bahwa akalnya sehat dan termasuk orang yang baik. Ketika Ma’iz bin Malik datang keempat kalinya kepada beliau, maka beliau memerintahkan untuk membuat lubang ekskusi bagi Ma’iz. Akhirnya beliau memerintahkan untuk merajamnya, dan hukuman rajam pun dilaksanakan.”

Anonymous said...

AKU MALAS LA BAB POLITIK NI..TP PESAN AKU..BAB AGAMA JANGAN PERTIKAI..KORANG UMNO KE PAS KE PKR KE...ISLAM TETAP AGAMA..KALAU KORANG XLEH NAK IKUT AGAMA JANGAN KUTUK ORANG BUAT..BERCAKAP LA SUATU YANG KORANG ADA ILMU..KALAU XDE ILMU DIAM JE..JANGAN PANDAIX2 KOMEN ...APA YANG KITA CAKAP AKAN DISOAL BILA MATI NANTI...LU PIKIR LA SENDIRI..JANJI MELAYU BERSATU !

Anonymous said...

apasal susah mau sumpah? mai tokong hindu atau cina atau church suruh anwar sumpah laaa....