Tetamu Kehormat...

June 21, 2012

Di Manakah Wang Berjuta Itu?


HULU LANGAT 19 Jun - Pas tidak layak bercakap mengenai hasrat menubuhkan negara berkebajikan sekiranya nasib serta masa depan 14 keluarga yang terlibat dalam peristiwa Memali masih belum mampu dibela sehingga kini. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kubur yang menempatkan jenazah mereka yang terbunuh dalam peristiwa itu juga terbiar dan tidak terjaga. Malah, apa yang lebih menyedihkan katanya, tabung Memali yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit bagi menjaga kebajikan balu-balu di Memali tidak sampai kepada pihak sepatutnya. 

"Perkara ini didedahkan sendiri seorang aktivis Pas yang dipanggil Cikgu Non atau nama penuhnya Zainon Ismail atau juga dikenali dengan nama pena, C.N Al-Afghani. "Beliau pernah mengarang sebuah buku bertajuk Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali, namun buku ini dihalang penjualannya oleh Pas berikutan pendedahan yang dibuat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Debat Rakyat: Menentang Amalan Jahiliah di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, malam tadi. Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh Pas.
Akibatnya, seperti ada arahan rasmi buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010. Menyentuh isu sama, Zulkifli turut mempersoalkan taraf mati syahid yang dianugerahkan pemimpin Pas ketika itu kepada Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang terbunuh dalam peristiwa tersebut. Katanya, ekoran pengiktirafan 'mati syahid' itu, jenazah Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang lain tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Sedangkan tambah beliau, Ibrahim Libya turut membunuh anggota polis yang seagama dengannya dalam peristiwa tersebut. 

Dalam perkembangan lain, Zulkifli meminta rakyat menolak kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri. "Seperti saya katakan sebelum ini, Anwar merupakan penyokong fahaman pluralisme yang mana ia jelas bertentangan dengan Islam serta pendirian Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam. "Anwar juga sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Ia menjadi sebab mengapa saya menentang beliau dan kemudian terus dipecat daripada parti," katanya. Berdasarkan fahaman pluralisme, Zulkifli berkata, Anwar pernah menyatakan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama. "Kenyataan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada agama lain yang boleh mengatasi Islam dan itu jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis. "Agama di sisi Allah SWT hanya Islam sahaja," katanya.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.

Adi Kencana said...

Dah masuk tembolok pemimpin PAS ke?

NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

anonymous 7:50 kami setuju..mohon juga tuan postkan komen tuan itu di dalam semua blog pembangkang, terutamanya harakah, malaysiakini..dll itu semua portal pembohong dan suka berprasangka buru

Aloq Laloq said...

Mr blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq

Anonymous said...

Di manakah Wang Beratus juta itu?
RM250 juta - Feedlot Lembu

Adakah sudah di makan lembu?

Di manakah Wang Beratus juta Komisen pembelian kapal selam. kapal yang tak berapa boleh nak menyelam.

Adakah ada di dasar laut?

Anonymous said...

woi anon 2;16 sapa ckp x brp bole menyelam...ko ni mmg bodo, nk bukti pegi ke military of malaysia..hrp lps ni tbukak sikit mata ko tu . ni la hasil taksub kat pakatan rosak..

Anonymous said...

Woi pencacai umno yg bengong...pempimpin haram jadah ko rembat duit rakyat ko x bising plak..citer diatas ni tiada bukti..setakat mamat zul tu kencing ko percaya, nampak sgt org2 umno ni bangang...kah..kah..kah

Anonymous said...

Selagi seorang tu bernafsu ada2 saja orang yang buat salah terutama dalam bentuk wang ringit dan betina. Umno kalau bersalah dan kena tangkap semuanya terima kenyataan dan berundur. Tetapi puak sial lagi satu tu, tunjuk bukti macam mana pun tetap kata tak bersalah, konspirasi la, itu kerja Umno la dan lepas tu ceramah, kutuk, fitnah dan keluar fatwa menghalalkan cara. Orang ni kalau dah gila kuasa + gila sex akan buat apa saja, walau bini sendiri kena gadai. Jadi yang pekak dan tolol ni pun ikut percaya dengan lakunan ala boliwood mereka, maka takbir pun bergema. Apa yang aku tulis ni Allah tau, dan di padang Mahsyar kelak aku akan barjumpa Allah. Amar makruf nahi mungkar...itu perjuangan aku....

Anonymous said...

rase2 ade tak org umno makan rasuah?minum arak?kaki pelacur?bagi peruntukan rm300.masuk poket sndri rm200.balance bru buat ikut peruntukan?eem..pikir sekejap..berdakwah la kamu utk mpertahankn islam agama kamu.jgn jd org yg xde agama.xde arah tuju.jgn dikejar dunia yg sementara.kejar pahala dan bhikmat kepada manusia.30% dunia 70%akhirat.hidup sebenar adalah akhirat.semua manusia akan mati termasuk aku.Allah swt tahu segalanya..

Anonymous said...

rase2 ade tak org umno makan rasuah?minum arak?kaki pelacur?bagi peruntukan rm300.masuk poket sndri rm200.balance bru buat ikut peruntukan?eem..pikir sekejap..berdakwah la kamu utk mpertahankn islam agama kamu.jgn jd org yg xde agama.xde arah tuju.jgn dikejar dunia yg sementara.kejar pahala dan bhikmat kepada manusia.30% dunia 70%akhirat.hidup sebenar adalah akhirat.semua manusia akan mati termasuk aku.Allah swt tahu segalanya..