Tetamu Kehormat...

June 18, 2012

Datuk Murad Kembali : Berakhirnya Kepalsuan

Datuk Murad dijangka akan kembali memberi keterangan sekiranya pihak berkuasa memerlukan sebarang maklumat daripadanya. Apakah semua ini petanda bahawa kebenaran semakin hampir ke penghujungnya? 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa. "Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki." Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

caya dato murat, kasi sumbat anwaq liwat dlm penjara. kasi bongkarr.

Anonymous said...

klu lah dt murad buat u turn berdampingi nuar bila hampir pru13..apakah agaknya situasinya?.....

Adi Kencana said...

Tahniah Murad!!

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Habis Anuar, ditambah lagi dengan bukti-bukti baru dari Ummi. tapi malangnya isu-isu recycle macam ini dah tak masuk kepala. klau dato murad tersalah cakap, hanya jadi bahan ketawa dan maki hamun penyokong PR. lagipun murad pernah berjumpa Anuar memohon maaf atas segala fitnah yang dilemparkan kepadanya. Tak tahulah yang terbaru ada hujan duit dari langit..