Tetamu Kehormat...

June 28, 2012

Besarnya Dosa Fitnah yang Ditanggung oleh PAS dan PKR

TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.
b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia

8 comments:

Anonymous said...

Sekarang dah terjawab semua persoalan.Kalau nak tuduh apa2 pun di lain kali mestilah dengan bukti yang sahih dan lengkap. Apa guna buat fitnah, menyusahkan dan buang masa saja. Tapi ada lagi orang yang masih kata , kerajaan sembunyi fakta raswah yang berlaku.Apa nak heran, kalau taksub kepada puak tertentu beginilah jadinya.Siang malam fikir macam mana nak godam kerajaan memerintah. Otak pun dah busuk macam budu berulat.

Anonymous said...

Bila sibodo berbicara serupa ginih la..pe yg xda fakta nya??? kes kapal selam sudah dibuka dan bakal dibicarakn di perancis.Hakim sudah dilantik tuk mengadili kes ini. Kalo ko terer sgt, ko cuba la citer sikit psal altantuya..siapa dia ni? betul ke dia xda kaitan dgn kes kapal selam? mna Razak Baginda? huh, penat bckp dgn org bodoh.

Anonymous said...

Bukan yg berbicara tu bodoh tapi yg mendengar tu yg sebenarnya bodoh beberapa tingkat. Org dah bagi penjelasan dan penerangan masih jugak tak faham2. Itulah bebal namanya !!!

Anonymous said...

Tulisan raja Petra pasal Rasuah Anwar Ibrahim di percayai dan di jilat habis oleh UMPORNo. Jika begitu harus juga percaya tulisan raja petra tentang Altantuya yang di bunuh...

Kes yang di buka di Perancis bukan kes bunuh, tetapi kes Rasuah. Mcm Dr kasim kata kalau BN buang semua pemimpin rasuah maka BN akan tiada pemimpin.

Rasuah di Malaysia sangat teruk di bawah pemerintahan UMPORNO.Dan negara kapir perancis yang makan babi akan tolong bersihkan rasuah Pemimpin No.1 negara yng kunun nya Islam...

Anonymous said...

DUIT Lembu pun UMNO nak sebat ..inikan Duit Kapal Selam

Anonymous said...

Jawapan standard gomen. Biarkan la buat siasatan atas perkara ini secara terbuka. Apa yang nak di takutkan kalau tak ada penyelewengan.
macam jawapan budak sekolah.

nonbal said...

bagaimana pula dengan mamat 3B @ anugay? tak nak jawab sama ke?, tak nak komen ka anon-2? ataupun kes tabung memali? tak ada komen ke?. oooo yea, mana boleh komen, sebab tu adalah kes pekung sendiri, nanti dikira mengumpat pulak kan?. yang org lain boleh pula mengumpat? Allah tahu apa yang ada didlm hati yang paling sunyi.

Anonymous said...

Tapi yg pasti nya fitnah QAZAF dah berlanjutan berbelas tahun, entah berapa ramai orang telah tercalit fitnah ini, entah bila akan tamat.