Tetamu Kehormat...

May 30, 2012

Sayang Sekali Raja Petra...Ini Sudah Terlalu Lewat!

Sayang seribu kali sayang, sudah terlambat wahai Raja Petra...pendedahan yang begitu penting ini mungkin tidak lagi berbisa dan mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kebenaran bahawa Anwar dan Azmin sememangnya manusia tidak berguna untuk negara ini. Pendedahan ini memang benar dan tepat, tapi ia tidak lagi bermakna apa-apa dalam keadaan sekarang. Walaupun orang ramai tahu kejahatan Anwar dan Azmin..tetapi rakyat sudah boleh terima semua kejahatan mereka. Pendedahan ini tidak lebih sekadar menyambung fitnah jahat kononnya UMNO "membeli" Raja Petra...syabas Tuan Petra!
 
KUALA LUMPUR 29 Mei - Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali. Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu. Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London. 

Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta. Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom. "Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995. "Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini. 

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang. "Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja. "Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin. 

Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi. Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya. "Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. 

Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini? "Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.

7 comments:

Anonymous said...

BAGI SAYA TIDAK ADA YG TERLALU LEWAT,SEKURANG KURANG NYA RAKYAT SUDAH TAHU RASIONAL TERHADAP SEMUA DAKWAAN TERHADAP AZMIN SEBELUM INI.IMEJ ANWAR DAN AZMIN TERJEJAS TERUK.SEMOGA RAKYAT MALAYSIA BIJAK MENGUNDI NANTI

Anonymous said...

apabila video pun di anggap besi apa jadah nya pembongkaran dari seorang budak MCKK, yang main kriket dan squash yang mengaku separoh Melayu yg liberal..yang red wine, roast beef and pies , yang truly English, scones and afternoon tea ini...wahai sesiapa Melayu terutama Melayu pakai ketayap poteh dan Melayu yang anak pinjam PTPTN, jangan kamu percaya ini semua UMNO..kerana UMNO lebeh pandai dar MOssad, dari CIa, dari MI5, dari SB Spore..semua UMNO yang buat sampai tsunami dan gempa bumi kat jepun pun adalah perihal UMNO!!!

Anonymous said...

Gua sudah lamak tau sape itu dua olang. Itu pasai sampai sikalang gua tatak pecaya sama bakal pemimpin yang :
Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki liwat, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki bermuka-muka, kaki tiada muka, kaki menyamar, kaki rasuah, kaki songlap, kaki himpun, kaki merusuh, kaki provoksasi, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki wahhabi, kaki pluralisme, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki fitnah, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki khawarij, kaki maki, kaki hamun, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri.

Anonymous said...

Tuduhan rasuah salah guna kuasa terhadap DSAI dulu betul rupanya. Ramai yang mati matian anggap semua itu konspirasi UMNO. Tapi bagi aku semasa Tun M pecat DSAI dari IMNO, aku tetap sokong Tun M. Sebab dia Presiden UMNO. Aku sokong sebeb UMNO. UMNO tetap terbaik.

Anonymous said...

Ramai sedara mara aku yang bermatian matian sertai reformasi suatu ketika dulu kini diam seribu bahasa. Ada yang tak mengaku lagi. Bukan itu saja, lebih dari 40 org pemimpin PKR yang sama- sama berjuang di era reformasi dulu telah keluar beramai-ramai dimulai Chandra, Ezam, Fairus, Zul Noordin, Ruslan, Nalla, Chee Keong dan ramai lagi. Tapi masih ada sak bakinyang terus sokong peliwat negara tu, buka apa dah terlanjur sokong. Nak kembali kpd UMNO malu beb.

Anonymous said...

AI YOYOYO SEKALANG BARU GUA TAU APA ITU DUA OLANG BUAT MAU SARE BINI NANTI BILA JADI PM BOLEH SHARE KAH HIDUP SUSAH MATI PUN SUSAH MAMPOS PKR

Anonymous said...

Petra ni .. bisness Information Saving Centre... siapa tak bayar ditak akan simpan Informasi yg default payment......sebab tu infor dapat lambat...sebab dia ni missionary of Dollar.....

Bolih swing mana mana...