Tetamu Kehormat...

May 30, 2012

PRU Ke-13 : September Pilihan Najib?

Maka, jelaslah sudah bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan selepas Belanjawan 2013. Teka-teki berkenaan tarikh sebenar PRU Ke-13 semakin rancak ditilik dan diramal sejak awal tahun ini, tetapi hampir semua bomoh dan tok pawang politik gagal mencapai kata sepakat. Ada yang mendakwa PRU bulan Mac, ada yang cakap confirm bulan Jun, tapi hari demi hari, ia berlalu begitu sahaja, tanpa apa-apa yang diharapkan. Namun demikian, berita di bawah ini mungkin membolehkan kita mendapat sedikit gambaran sebenar bilakah PRU Ke-13 bakal diadakan. DS Najib tidak akan tergesa-gesa mengikut rentak pembangkang, mungkin DS Najib akan menerima cadangan Tun Mahathir..sebaik-baik PRU adalah hujung tahun 2012...Wallahualam.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini. Perdana Menteri berkata, Belanjawan 2013 akan terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan berkualiti dan seimbang serta kebajikan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan mendengar pandangan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembabitan rakyat secara menyeluruh dalam merangka belanjawan berkenaan. Katanya, kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO dan industri bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dilakukan secara berkesan dan bersifat inklusif.

“Adalah penting untuk kita bersama-sama memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi cabaran dan isu semasa, khususnya yang membabitkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya berucap pada pembukaan sesi Konsultansi Belanjawan 2013 bersama wakil NGO, pegawai kanan kerajaan dan swasta di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.

Sesi perundingan belanjawan itu bertemakan ‘Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.’

Najib berkata dalam perundingan belanjawan itu, kerajaan menerima 84 memorandum daripada pelbagai pihak dan memberi jaminan akan mempertimbangkannya sebagai input dalam Belanjawan 2013. Beliau berkata, sesi perundingan itu adalah proses berterusan yang akan turut membabitkan isu penting yang bakal dilaksanakan menerusi perbincangan kumpulan fokus yang lebih kecil kemudian.

“Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Kita sudah mencapai banyak perkara dalam tempoh pendek itu, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

“Justeru, setiap belanjawan perlu menyumbang dan membawa kita lebih dekat ke arah mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan perlu menyediakan peluang yang saksama untuk pendidikan dan sektor lain selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi. Katanya, usaha transformasi juga menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lalu, ekonomi berkembang 5.1 peratus disokong oleh permintaan domestik yang menyaksikan pelaburan swasta meningkat daripada RM95.9 bilion pada 2010 kepada RM111.8 bilion tahun lalu.

2 comments:

Anonymous said...

jika dikaji & diteliti, sekiranya PRU berlangsung awal, kemungkinan ada beberapa negeri tidak akan membubarkan DUN serentak dgn Parlimen... maka, saya merasakan sekiranya DS Najib ingin mengelakkan perkara itu berlaku, pastinya beliau akan membubarkan parlimen di saat penggal pemerintahan betul2 menghampiri expiry date. jadinya, saya yakin PRU 13 hanya akan berlangsung menjelang Mac 2013.
di samping itu, pembentangan bajet 2013 kemungkinan akan membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan DS Najib. selain itu, 2 bln pertama tahun hadapan sebagai perlaksanaan sebahagian daripada bajet mampu mempamerkan kesungguhan kerajaan BN dlm melaksanakan manifesti PRU akan datang.

-pengundi bebas-

Berita dari gunung said...

Ada keadaan yang selesa, tenang penuh kesyukuran selepas ibadat puasa dan musim raya puasa yang penuh dengan kemaafan.

Itu waktu yang sangat sesuai untuk pilihanraya....... September!!