Tetamu Kehormat...

May 8, 2012

Mata Siapa yang Kabur?

Mata siapa yang sebenarnya kabur? Mata Nik Aziz, mata Majlis Fatwa Kebangsaan atau mata rakyat yang melihat sendiri keganasan yang dicetuskan oleh para pendemonstrasi Bersih 3.0 baru-baru ini? Kerajaan tidak menghalang untuk berhimpun, pergilah berhimpun seramai mana pun, tapi buat di Stadium Bukit Jalil! Ada faham? Perhimpunan Bersih 3.0 tidak akan menjadi haram di sisi Islam, sekiranya penganjur mahu mendengar arahan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Buat di stadium dan melalaklah dari pagi sampai malam, bahkan kerajaan sendiri bersetuju untuk menyediakan makanan dan minum untuk para peserta perhimpunan Bersih 3.0. Tapi, Ambiga, Nik Aziz dan Anwar berdegil! Mahu juga buat di Stadium Merdeka - Mahu menghimpunkan 100 ribu orang di dataran tersebut, mana muat! Pergi la ke Stadium Bukit Jalil, di sana selesa, besar dan ada banyak kemudahan, mengapa tetap memilih tempat yang sesak, kecil dan sukar untuk bergerak? Nak kata bodoh. marahlah pulak. Tapi, itulah hakikatnya. Jadi, pandai-pandailah kita fikir mata siapa sebenarnya yang telah rosak. Wallahualam.

KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram menyertainya. Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah rosak. Katanya, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi bukan Bersih 3.0. Beliau turut menyifatkan jawatankuasa berkenaan membuat keputusan hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur Bersih 3.0. “Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan, namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini (Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin). “Tidakkah disedari bahawa himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara,"katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini.

1 comment:

obat asam urat alami said...

semoga menjadi makhluk tuhan yang mulia dan dimuliakan :)