Tetamu Kehormat...

May 21, 2012

Benarkah Ada Syarat Kerjasama PAS dengan DAP? Jika Ada Apakah Syaratnya?

Agak menarik soal Tun Mahathir kepada Nik Aziz, barangkali menyebabkan beliau terpaksa menggaru kepala untuk sementara waktu. Soalan Tun Mahathir mudah apabila menyentuh kehendak Nik Aziz yang meletakkan tiga syarat sekiranya UMNO berhajat untuk bermuzakarah dengan PAS, iaitu apakah pula syarat yang ditetapkan oleh Nik Aziz bagi "bekerjasama" dan berganding-bahu dengan DAP dan PKR? Itu pun jika ada? Nik Aziz menjawab dengan ringkas iaitu, “Dia (Dr Mahathir) mana tahu kita ada syarat tertentu apabila mengadakan hubungan kerjasama politik dengan DAP,” katanya. Jawapan Nik Aziz ini seolah-olah mahu membuktikan adanya "syarat" rahsia antara PAS dengan DAP sebelum kedua-dua buah parti politik itu membuat kerjasama. 

Soalnya, apakah syarat-syaratnya? Mengapa mesti dirahsiakan? Apakah syarat-syarat tersebut menguntungkan Islam atau sebaliknya? Mengapa takut atau bimbang untuk mendedahkan syarat-syarat kerjasama antara PAS, DAP dan PKR? Apakah yang cuba disembunyikan oleh Nik Aziz? Kalau dengan UMNO sangat lantang meletakkan syarat, mengapa dengan DAP, Nik Aziz tiba-tiba merahsiakan syarat-syarat yang sudah dipersetujui. Kita mahu tahu apakah syarat-syarat itu, biar rakyat menilai, sama ada ia syarat-syarat yang membeli kelebihan kepada Islam atau sebenarnya lebih menguntungkan kaum kafir. Hakikatnya, memamg tidak ada apa-apa syarat pun yang ditetapkan oleh PAS untuk "bertahlul siyasi" dengan DAP. Jelaslah politik PAS hanyalah untuk berkuasa dan bukan untuk agenda Islamisasi.

KOTA BAHARU, 21 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata cadangannya untuk bermuzakarah dengan Umno adalah ikhlas walaupun bersyarat. Justeru, Menteri Besar Kelantan itu hairan dengan sikap sesetengah pihak yang meragui keikhlasannya untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Umno. “Mereka yang menyatakan sesuatu atas dasar Islam kemudian tidak ikhlas adalah orang munafik,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan kilang sawit tapis antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLST), milik anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Modipalm Engineering Sdn Bhd, di sini, hari ini. 

Ketua Eksekutif PKINK Mohd Sabri Yusoff mewakili SLST manakala Modipalm Engineering Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Lim Chai Beng. Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK mengulas kenyataan sesetengah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempersoal keikhlasan PAS dalam isu muzakarah itu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam, menyarankan supaya PAS tidak meletakkan syarat jika mereka ikhlas mengadakan muzakarah dengan Umno. Ditanya mengenai sesetengah pemimpin atau penyokong PAS yang tidak bersetuju dengan cadangannya itu, Nik Aziz berkata “itu bukan anggota PAS dan tidak mamahami dasar Islam sebenar”. “Soal siapa yang akan menjadi anggota panel muzakarah, masa, tempat dan caranya, ia terserah kepada jawatankuasa yang dilantik nanti, pokoknya kita bersetuju adakan muzakarah itu,” katanya. 

Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan persepakatan politik antara PAS dan DAP juga ada syarat-syarat tertentu, namun ia tidak diketahui umum. Nik Aziz turut membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahukan PAS tidak meletakkan sebarang syarat apabila ingin mengadakan muzakarah kerana parti itu tidak mengenakan sebarang syarat apabila bergabung dalam pakatan pembangkang dengan DAP. “Dia (Dr Mahathir) mana tahu kita ada syarat tertentu apabila mengadakan hubungan kerjasama politik dengan DAP,” katanya. — Bernama

No comments: