Tetamu Kehormat...

May 22, 2012

BBC Dakwa Hanya 25 Ribu Sahaja yang Sertai Bersih 3.0 Bukan 300 Ribu

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2012 - Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam. Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
 
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
 
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
 
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
 
Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
 
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar. Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya. Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
 
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.
 
"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau.

10 comments:

Cheguman Waadat said...

Anwar rasa seolah sokongan mcm 1999. Dia lupa masa berlalu dan majoriti yg pernah menyokong dah berpaling.

Anonymous said...

Dana utk bayar pendemo lesap.. sikit je dapat bayar. lain2 dana kena balun dek bos2 PKR & PAS

Anonymous said...

Rais saja nak sedapkan hatinya sendiri, fakta bahawa walau sudah dilakukan pelbagai halangan utk menghalang peserta Bersih 03 dari hadir di Dataran Merdeka sehingga dicipta peraturan yg sangat tidak adil kepada sebahagian rakyat onamun peserta dari pelbagai kaum, yg muda2 pula tu tetap hadir, Polis diperalatkan utk memghadapi rakyat yg hanya mahu duduk dan bantah. Ini apa punya sistem demokrasi, sistem ini hanya boleh difahami oleh puak senget Umno/Bn setelah mereka jadi pembangkang, jika tidak, mereka akan terus mendabik dada kononnya sistem demokrasi di Malaysia adalah yg terbaik.
Tak pe insyaalah selepas PRU 13 nanti mereka jadi pembangkang, baru mereka akan faham.

kluangman said...

Ada logikinya sebab kalau ratusan ribu,sudah tentu KL jadi padang jarak padang terkukur akan amukan BERSIH 3.0.

Ada logiknya hanya junmlah yang kecil sahaja mampu dileraikan oleh water canon.

Tapi secara jujurnya juga Rais kena hebahkan pula berapa jumlah yang hadir di ulantahun UMNO dan hari belia di putrajaya.

Ada berani?

Anonymous said...

Mengaku je lah. Nak putar belit pulak. Ramai Bersih lagi dari sambuatn ulang tahun UMNO.

Anonymous said...

Ayooo... BBC pun kata 25,000 orang je. Kalau ABC (Anwar Bin Cibai) mesti mau up lebih sikit, gandakan dengan sepuluh... takkan mau kalah punye. 16 september pun boleh cong hidup-hidup pencacai2 dia, inikan pula kehadiran BERSHIT, tu sebab dia tak berani nak buat kat stadium, lebih banyak bangku dari peserta beruk kuning...

Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

baik kita konform dgn mahashit mungkin dapat pula dikonform dgn drebar dsai.

Anonymous said...

Nak tahu kehadiran ulangtahun UMNO amende yang susahnya. Dah tahu dah kan Stadium Bukit Jalil boleh muat 100,000 orang yang duduk. Atas padang lagi boleh muat 40,000 yang berdiri. Kira je la bangku dan ruang yang berisi tu.

Tak berapa cerdik matematik penyokong2 Bersih ni rupanya.

Anonymous said...

Jumlah kat stadium boleh kira dengan mudah. Sebab tu pun penganjur Bersih takut nak guna stadium. Hahaha. bagilah alasan macam-macam, konon tak real lah apa lah. Padahal takut nampak 25,000 orang je yang datang.

Anonymous said...

PENCACAI PR NAK DENGAR KENYATAAN DARI PIHAK DIORG JER.FAKTA2 SELAIN DARI TUE TIDAK AKAN DILAYAN.ANON 11.45 TAHU X KAT SINGAPORE KUTUK PM PUN DAH KENA TANGKAP.BERSIH 3.0 NI SIAP MERUSUH LAGI,PUKUL POLIS.MUSNAHKAN HARTA AWAM...