Tetamu Kehormat...

May 3, 2012

"Anjing" Tangkap Penculik?

Polis dilabelkan dengan pelbagai gelaran selepas cuba menyuraikan penunjuk perasaan di Dataran Merdeka beberapa hari lalu - perkataan "anjing", "sampah", "budak suruhan UMNO", "kaki samseng UMNO" dan pelbagai lagi ungkapan yang hanyir lagi jijik dilemparkan kepada seluruh anggota Polis PDRM. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang tergamak menghalalkan darah seluruh warga kerja PDRM untuk dibunuh. Saya bimbang kepada mereka yang bercakap celupar dan tidak berfikir panjang ini, mungkin satu hari nanti anak atau cucu mereka sendiri yang bakal menjadi anggota Polis - tergamakkah mereka menggelar anak sendiri sebagai anjing atau sampah? Walau apa pun, berita di bawah ini wajib kita renungi...bagaimana sekiranya anak kita sendiri diculik? Apakah kepada anjing atau sampah yang hendak kita lapor?

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Keluarga Nayati Shamelin Moodliar berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat danmemberikan sokongan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu diculik dari perkarangan sekolahnya di sini. Sham dan Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka berkata anak mereka berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan insiden tersebut. 

“Kami bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami walaupun kejadian itu pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun begitu, dia dalam keadaan yang baik sekarang ini. “Kami tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya dan terpaksa mengharungi kejadian berkenaan. 

“Kami telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari seluruh dunia. “Kami tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan tanda terima kasih kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga kami,” kata Moodliars dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The Star Online hari ini. Nayati ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari in dan disatukan semula dengan keluarganya. 

Keluarga berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terua menetap di sini walaupun insiden penculikan ke atas anak mereka itu. Kenyataan tersebut turut menyatakan keluarga Moodliar turut bersyukur dan terkejut dengan sokongan padu, termasuk dari luar negara, walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga kadangkala wang ringgit tanpa mengharapkan balasan. Keluarga itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan mereka atak kepulangan Nayati. 

“Mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapnya,” katanya. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan duta mereka  Paul Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang dihulurkan kedutaan terbabit.

3 comments:

Abang Sayang said...

Utusan Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5
6~BUKTI 6

Jangan segan2... Utusan Pasti Boleh Buat!!

Abang Sayang said...

Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4 (new)
5~BUKTI 5 (new)
6~BUKTI 6 (hot)

Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Ke-7 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Hope said...

Abang Sayang,

I don't think this is a place to do that. Kalau nak comment pun, biar la relevant.