Tetamu Kehormat...

April 7, 2012

Pak Samad Akhir Usia Emasnya Sebagai Pengkhianat

KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata “Pak Samad” telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita.

“Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.

Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang “malang” apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak.

“Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat,” katanya.

“Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam.

“Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno.

Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadao satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam.

Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama,” katanya. Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan.

“Tunggu Parlimen dibubarkan,” katanya.

Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu.

“Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih.

“Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?” katanya.

Tambah Pak Samad: “ Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam.” Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan.

Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera.

Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.

13 comments:

Anonymous said...

kesian pak samad, semakin kacau jiwanya di akhir penghujung usia....

usin said...

cuba sapa2 tolong check jamban kt umah pak samad ni "bersih" ke tidak. cuba sedekahkan pisau cukur untuk pak samad mem"bersih"kan wajahnya.

Hope said...

Usin,
Kalau ye pun nak komen, jangan la sampai mengaibkan orang. Why don't you give a constructive criticism instead of saying all those nonsense.

Anonymous said...

penulis pn sama juga menghabiskn usia dgn menabur fitnah..ketuk dulang paku serpih,kata org ,awak pulak yg lebih..bawak2 la sedar diri..melayu..melayu

Anonymous said...

sememangnya malang sekali, akal pembangkan dan bersih hanya berkisar dengan agenda menghuru-harakan negara, adakah kalian begitu bodoh sehingga masih belum dapat memikirkan tindakan yang terbaik demi menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat?

ADAKAH DEMI AGENDA POLITIK KALIAN DAN 'POPULARITI' SANGGUP MENAFIKAN PERJUANGAN MEREKA YANG TELAH BERKORBAN, HARTA, NYAWA DAN TENAGA DEMI MENCAPAI PENUBUHAN MALAYSIA YANG AMAN DAN SEJAHTERA, SEKARANG KAMU MAHU MENGGADAIKAN NEGARA KEPADA 'IDEA-IDEA' 'FOREIGN' DAN IMPORT KALIAN?

MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA KALIAN MEMOHON KERAKYATAN 'NEGARA' ITU DAN NYAH DARI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA!

CINTA DAMAI

Anonymous said...

orang tidak membuat apa-apa kepada kemungkaran yang berleluasa seperti kalian lah penghianat. Dalam usia lanjut Pak Samad masih berazam menegakkan kebenaran

Anonymous said...

Kebenaran apa yang mau ditegakkan... cer cite cer cite mai.

Anonymous said...

UMNO pengkianat sebenarnya.

Anonymous said...

UMNO pengkianat sebenarnya. Bukan orang ini.

NFC 250 juta
Kapal selam 144 juta

pandai umnmo curi wang rakyat

Anonymous said...

Cuba tanya Anuar berapa billion duit rakyat dia da sapu...cuba tanya.."cuba tanya.Jangan jadi tuli la bro

Anonymous said...

masa muda pun dia pengkhianat. sbb tu masa tua jadi mcm tu.

sama mcm anwar, masa muda kaki jubo, dah tua jubo juga yg dicari.

Anonymous said...

anwar kawal master account bernilai 3 billion mcm SD dato murat. masa jadi menteri kewangan duit bank negara lesap 40billion. hahaha....

sapa punya keje tu.... anwar some more??? hehe... sorry....

Anonymous said...

samad said ni konon nak tiru pramoedya anantatoer kat indonesia tu. padahal taraf pramoedya tu jauh lg tinggi dr sasterawan hampeh mcm samad said.

jentayu