Tetamu Kehormat...

April 8, 2012

Himpunan Anti-Murtad dan Anti-LGBT 28 April Ini?

Saya cadangkan sempena kempen Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada hujung bulan ini di Dataran Merdeka, Moh kita pakat ramai-ramai turun bagi menggerakkan pula kempen anti-Murtad dan anti-LGBT, biar satu dunia tahu, di samping kononnya sistem pilihan raya kita tidak bersih, rupa-rupanya Islam dan budaya nilai murni rakyat Malaysia juga penuh dengan budaya kuning tajaan Pakatan Rakyat, perjuangan Islam entah ke mana, budaya sonsang diberi tempat dan gejala murtad dianggap remeh - yang utama lagi afdhal yang diperjuangkan oleh puak-puak ini hanyalah sekitar rasuah, kroni, dan demokrasi, seolah-olah itulah tuhan mereka.

Isu murtad dan gejala gay - itu bukan urusan PAS, DAP atau PKR. Pandai-pandailah rakyat Malaysia selesaikan. Jahanam negara kalau macam ini. Rasuah dilihat lebih besar dosanya daripada murtad dan kebebasan individu lebih utama daripada masalah LGBT. Semua orang lupa, baik dalam PKR, mahu pun dalam DAP dan PAS - mereka ingat gejala rasuah dan kroni tidak berlaku dalam parti-parti tersebut. Hanya orang bodoh sahaja yang percaya seperti itu.

KUALA LUMPUR, 8 April — Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks ‘songsang’. Perhimpunan tersebut akan dianjurkan di Dataran Merdeka seminggu sebelum perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlaku 28 April ini diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, perkembangan amalan biseksual dan homoseksual adalah “pergerakan terancang” oleh sesetengah individu yang bertolak ansur terhadap agama semata-mata pegangan politik.

“Kami bukan mendiskriminasikan individu yang dilahirkan sedemikian. Namun begitu, kami menentang kumpulan yang menggalakkan gejala ini.

“Kita harus menghentikan perkara ini ... ini adalah agenda sesetengah individu yang berniat untuk menghapuskan moral masyarakat dan ajaran agama,” katanya dipetik New Sunday Times (NST) hari ini.

Azwanddin juga menolak untuk disamakan perhimpunan JMM dengan perhimpunan Bersih 28 April ini, menegaskan “bukan seperi penganjur Bersih” perhimpunan anti LGBT ini adalah “protes untuk masa depan negara.”

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata kepada NST, walaupun setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka, gejala LGBT adalah bertentangan dengan norma masyarakat.

“Walaupun ini adalah perhimpunan aman, kami harap suara kami ini akan didengari dan amalan sedemikian tidak boleh dimaafkan,” katanya. Kumpulan sayap kanan dan parti politik tetap menentang amalan LGBT di negara ini. Pemimpin politik juga telah meluluskan usul untuk mendakwa mana-mana ahli politik yang mengamalkan amalan seks songsang.

2 comments:

Anonymous said...

"Rasuah dilihat lebih besar dosanya daripada murtad dan kebebasan individu lebih utama daripada masalah LGBT"

Komen:

Skandal rasuah wall-mart di Mexico membuktikan manusia dari negara yang paling bertamadun dan kuat laungan terhadap anti-rasuah rupa-rupanya retorik dan hipokrit belaka.

Anonymous said...

Pe-remp-it juga adalah insani. Mereka ada hak untuk memenuhi tuntutan naluri dan menjalani aktiviti yang digemari.

Namun, semua tuntutan dan hak berkenaan tidak akan dihalang dan dirintangi kalau ianya bersifat individu.

Tetapi, kalau remp-it mahu menjangkau keluar dari status individu, sudah tentu akan ada rintangan dan halangan.

Dalam konteks yang sama, analogi di atas juga terpakai buat L-B-G-T.