Tetamu Kehormat...

March 1, 2012

Sekarang Bukankah Dah Susah? Buang Sahaja Parasit-Parasit Tu..

KUALA LUMPUR, 1 Mac — PAS menegaskan hanya akan melantik mereka yang beragama Islam bagi memegang jawatan tertinggi dalam parti Islam berkenaan dan cadangan pelantikan bukan Islam mengisi jawatan tertinggi parti berkenaan mustahil untuk dilakukan.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dipetik Sinar Online berkata pelantikan bukan Islam bagi mengisi jawatan tertinggi dalam parti memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.

“Jika Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan PAS.

“PAS tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam,” katanya.

Menurut beliau, individu bukan Muslim harus memeluk Islam dan menjadi ahli PAS sebelum diberi jawatan berkenaan. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menjelaskan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu hanya sekadar teori dan sukar dilaksanakan pada masa sekarang.

“Saya kira PAS patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang,” katanya.

Kekangan perlembagaan jelasnya menjadi halangan bagi melaksanakan syor berkenaan, tetapi tidak boleh meramalkan apa yang boleh berlaku pada masa hadapan.

“Kalau tanya saya sekarang, ia tidak boleh. Jika bukan Islam berminat dengan PAS, mereka disyorkan menganggotai Dewan Himpunan Penyokong PAS, tetapi tetap tidak boleh memegang jawatan timbalan presiden,” katanya. Dr Dzulkefly dalam wacana Sinar Harian bertajuk ‘'Mengapa Undi Melayu Pecah?’' kelmarin menyatakan PAS bersedia menerima timbalan naib presiden PAS daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

10 comments:

Anonymous said...

pas selalu ambil sumber luar untuk kuatkan partinye... tapi sumber luar selalu ambil kesempatan terhadap pas... contoh nuar & dap... dalam buku jingay perjuangan pas diletakan ditepi jamban... bila bersama bn dia dikatakan kena tipu dan bila bersama pk pun kena tipu juga... kalau cerdik tak le kena tipu selalu...

Anonymous said...

Tinggalah beberapa kerat ulamak yang mahu diguna pakai .. Presiden .. ulamak .. Timbalan Juhalak Naib pun juhalak ... AJK pusat pun hancur dengan golongan parasit penganut fahaman anwarisma al juburi ..

Bangunlah PAS, kesianlah kat kami yang jadi penyokong setia berpuluh tahun ini .. yakinlah dengan pertolongan Allah bukan mengharap simpati undi musyrikin !!!

Selamatkan Nik Aziz dari jangkitan kronik anwarisma .. saya masih ada sedikit harapan dgn Haji Hadi..janganlah kecewakan kami !!!

Anonymous said...

Phahrolrazi gagal mempengaruhi Azizan di Kedah..., sehingga kerusi Azizan sendiri sedang digoncang oleh puak Anwaris..

Nik Aziz selamat di Kelantan kerana dia ikut Husam.

Islam macamana..? Lainkali kita kira...

Politik..!!

Cucu-cicit Bani Jawi said...

Sudah tiba masanya untuk Melayu Islam di Malaysia memulakan 'Penstrukturan Semula'. A TOTAL "re-structuring", Full revamp!

Anonymous said...

get rid of those Parashit , the anwariyun ....get em out of PAS

Anonymous said...

get rid of em all , get rid of those parasit paraSHIT pelesit and anwariyuns

Seketeriat Hari Belia said...

salam satu malaysia...
saya mewakili pihak Himpunan Hari Jutaan Belia ingin meminta emel / nama blog/ no telefon dan nama empunya blog dan dapat disegerakan ...hantar ke emel saya seketeriat2012@gmail.com..

harap maklum ... sekian terima kasih

Adik Sayang said...

Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
(Saya ada bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Hope said...

Terlalu banyak percanggahan di dalam PAS. One person said one thing, and another does not agree, and they cannot even agree on their own perlembagaan.

Macam mana la nak jadi pemimpin kalau parti yang sekecil PAS pun tak boleh nak dipimpin.

adzuliza said...

mcm2 hal skrg bila dh dkt pru 13. semoga bijak memilih.