Tetamu Kehormat...

March 22, 2012

Mengapa Lim Guan Eng Bersunguh-sungguh Mahu UMNO Dimusnahkan?

Saya agak hairan, mengapa DAP, khususnya para pemimpin kanannya sangat galak melaungkan slogan "Hapuskan UMNO" atau "Musnahkan UMNO"? Mengapa tidak sahaja disebut hancurkan sahaja BN, atau hapuskan sahaja MCA, MIC atau GERAKAN? Mengapa mesti "penghapusan" harus dirujuk kepada UMNO semata-mata? Dan mengapa mesti dilancarkan gerakan "Asalkan Bukan UMNO" sebagai agenda utama perjuangan demokrasi Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini? Kenyataan terbaru Lim Guan Eng yang mahu UMNO "dimusnahkan" perlu diperhati melalui mata hati dan kejujuran- kita harus faham, bukan UMNO yang hendak dihapuskan oleh mereka, sebaliknya yang hendak dihapuskan itu ialah segala sistem, pelindungan dan hak-hak yang selama ini melindungi Islam, Melayu dan Raja Melayu.

Semua ini adalah agenda sulit dan terancang - UMNO tidak perlu dimusnahkan, kerana ia merupakan sebahagian daripada tuntutan demokrasi - yang perlu dihapuskan ialah para perasuah yang masih bertenggek di dalam UMNO, itu sahaja! Ia mesti dibezakan antara entiti organiasi dengan masalah individu. Masalah Shahrizat bukan bermakna UMNO wajib dihapuskan - ia tidak ada kena mengena. Masalah moral Anwar Ibrahim adalah hal yang berbeza dengan kewujudan PKR. Sekali pun Anwar Ibrahim melakukan pelbagai kesalahan moral, sama ada meliwat atau berzina - ia tidak bermaksud PKR wajib dibubarkan! Maka jelaslah jika ada pihak yang bersunguh-sungguh mahu menghancurkan UMNO, itu tandanya kejahatan mereka sudah wajib dihalang dengan apa-apa cara sekali pun.

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN. Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN. Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.

Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib. Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.

Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah. Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."

12 comments:

Anonymous said...

Sebab dia kesian kat orang MELAYU!!!! asyik kena tipu je.....

Anonymous said...

Kali ini dia nak tipu orang2 melayu di Malaysia macam mana ...PAP lakukan nya di Singapura.

Anonymous said...

MELAYU KENA TIPU TARA MANA LAGI HANG NAK KATA KAT UMNO??? TAKDAK UMNO HANG PUN TAK IDOP LA KAT NEGARA AMAN NI.. NTAH2 JADI PENCACAI KAT NEGARA SENDIRI..

Adik Sayang said...

Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

wlofowitz said...

adik sayang adalah gay kunyit

Anonymous said...

Betapa taksubnya anon 2:13 PM. kepada umno sehingga berkata TAKDAK UMNO HANG PUN TAK IDOP LA KAT NEGARA AMAN NI.. NTAH2 JADI PENCACAI KAT NEGARA SENDIRI...

Hang ni memanglah biol, umno la ni bukan macam umno zaman Tun Razak, pemimpin umno la ni menjadikan umno sebagai ladang mereka dan mereka melantik kroni mereka sebagai AJK di semua peringkat.

Kalau umno mampos pun tak dak masaalah, Pas ada, PKR ada, malah lebih baik umno mampos supaya menjadi satu pengajaran dan iktibar .

Selepas umno mampos barulah munkin umno boleh dipulihkan kembali.

Anonymous said...

Apa nak heran dengan Lim Guan Eng. He is BASTARD

Anonymous said...

HAHAHA ANON 5.26... PAS??? PKR??? SATU PER SATU ALLAH DOK TUNJUK TAK NAMPAK2 LAGI KA??? ALLAH ITU ADIL... HANGPA KATA KAT UMNO LAST2 KENA BALIK KAT DAHI SENDIRI.. LUDAH KE LANGIT JATUH KE MUKA.. LUDAH KE TANAH JILAT BALIK.. ERGGGHHH... BUKAN NAK MENGATA.. TAPI HAKIKAT DI DEPAN MATA.. UMNO TAK PERFECT TAPI TAK SEMESTINYA KENA PERFECT BARU ADA KEBAIKAN.. YANG PERFECT HANYA ALLAH DAN YANG MAKSUM HANYA NABI MUHAMMAD..

akmy said...

Lim Guan Eng sebenarnya bersungguh-sungguh mahu Melayu dimusnahkan. Caranya ialah dengan memecah-belahkan dan melaga-lagakan sesama Melayu sehingga Melayu tidak boleh berbincang/sentiasa bermusuhan sesama sendiri. Melayu bererti samalah juga merujuk kepada orang Islam. Sebab itu dalam PAS pun, DAP pastikan dengan memberi bantuan kewangan agar pemimpin yang kurang Melayu/Islamnya menang dalam pemilihan. Bayaran bulanan 12 ribu kepada mat sabu melalui JBA Pulau Pinang tu untuk apa? Dulu masa diusahakan agar PAS/UMNO sama-sama mentadbir Perak, DAP sanggup bayar kepada bos PAS perak hingga boleh pakai mercedes. Macam mana syarikat cina dari singapura yang banyak dapat projek tebang hutan untuk ladang rakyat hingga pemimpin PAS kaya raya. Hasilnya, apa sahaja yang kafir harbi DAP/guan eng buat, walau menghina Islam sekali pun, akan tetap disokong para ustaz pas. Nik aziz juga adalah penentang utama perpaduan Melayu/Islam antara PAS dengan UMNO. Begitu jugalah PAS lebih rela membuang pemimpin sendiri seperti Hassan Ali demi menurut kehendak kafir harbi DAP. PAS sanggup sesat demi kafir harbi dengan membuang perjuangan negara Islam dengan hujah sesat bahawa ianya tiada dalam al-Quran. Apa lagi yang hendak diharap dari PAS.

Anonymous said...

Musnahkan UMNO baru, hidupkan UMNO lama. UMNO baru dah busuk macam tahi lembu feedlot.

Abang Sayang said...

Kuasa Ketiga Akan Tawan Putrajaya - Tawaran Hebat Untuk Generasi Muda Dan Generasi Baru
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33042
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65608
3~http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28173.html

WellFX Forex System 2012 said...

Anda Pastinya Ingin Menghasilkan Pendapatan Forex Yang Lumayan dan Berterusan
Dengan Keuntungan Pada Hari Pertama Lagi.Namun Anda Buntu Untuk Mencari jalan bagaimana Untuk Mengekalkan Keuntungan yang berkekalan
Sepanjang Masa Dengan Forex.Kini,Jalan Penyelesaian kepada pencarian anda Berakhir disini.
Memperkenalkan Kepada anda satu pakej lengkap Forex Yang Hebat!

PAKEJ WELLFX FOREX SYSTEM 2012!!

APAKAH YANG SAYA SEDIAKAN DI DALAM PAKEJ INI??

saya menyediakan kepada anda satu sistem Forex yang Cukup Hebat!
Malah,Sistem ini juga amat sesuai untuk semua golongan walaupun anda seorang pemula(Newbie)
Dalam Forex.Saya tahu dan memahami tidak ramai yang pandai dalam forex,ada yang masih lagi
belajar dan ada yang langsung tidak tahu bagaimana untuk menghasilakn pendapatan dalam forex.
namun,Di Blog saya ini,anda tidak perlu risau lagi.ini kerana Pakej Lengkap yang saya sediakan
ini merupakan satu sistem baru Forex pada tahun 2012 di mana saya pasti
dan memberikan jaminan pada anda semua (Walaupun anda seorang newbie) yang anda mampu untuk
menghasilkan pendapatan Forex yang Hebat dan Keuntungan yang berkekalan.

Apakah Yang saya Sediakan di dalam Pakej WellFX Forex System 2012?
Saya bukan sahaja menyediakan Panduan Forex dan Ebook,Saya Juga Menyediakan kepada anda
Sebagai Tambahan Extra Di Dalam Pakej Ini Iaitu

WellFX Forex System Templates
WellFX Forex System Autotrader!

Saya Juga Menyediakan Kepada anda....
Panduan Penuh Pemasangan WellFX Forex System Templates dan Autotrader yang Lengkap!
Panduan Penuh Penggunaan WellFX Forex system Templates Dan Autotrader yang Lengkap!

Apakah Kelebihan WellFX Forex System Templates dan Autotrader?

- Di lengkapi Dengan Sistem Analisis Dengan Ketepatan Sehingga 99.99%
- Trade Forex Selama 24jam 5 hari tanpa henti
- Trade yang di buka Oleh Autotrader adalah Automatik! (Open Position & Take Profit Auto)
- Mampu Tahan Impact News
- Saya Lengkapkan Dengan Setting Sesuai Mengikut Modal (Panduan)
- Saya Lengkapkan Juga Dengan Masa Trade yang Sesuai!
- Amat Sesuai Dengan Pelbagai Jenis Akaun Forex (Daripada Mini Sehinggalah Akaun Standard)
- Hanya buka 1 jenis posisi sahaja ( Jika Analisis yang di keluarkan adalah buy= maka trade yang di buka adalah buy dan jika analisis adalah Sell maka trade Sell Akan Di buka. Tanpa HEDGING )
- Short Term Trade (Fast Profit)
- Stoploss Setting Di Remove (Jaminan Tiada Kerugian)

Anda Juga Boleh Melihat Performance dan Testimoni daripada beberapa Pelanggan yang
telah memiliki Pakej WellFX Forex System Di laman Blog saya.(100% Profit)

Milikilah Pakej WELLFX FOREX SYSTEM sekarang Kerana Pastinya anda akan merasai
nikmat Keuntungan dalam Forex yang berterusan dan berkekalan.
layari http://wellfxsystem.blogspot.com