Tetamu Kehormat...

March 20, 2012

Daim Ramal BN Tumbang PRU Kali Ini?

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

17 comments:

Anonymous said...

betul tu. najib terlalu demokratik didlm umno. kalau dlm BN demokratik boleh paham. kalau sebagai PM amalkan demokratik boleh paham. tapi dlm UMNO kenapa kene berlembut. najib kene tegas pada pasukan yg dia percaya. lepas tu baru boleh move on.

Anonymous said...

pada akhbar melayu daim kata BN boleh menang.....????

Anonymous said...

Saya memang berharapkan UMNO/BN kembali kuat seperti dahulu. Kalau diikutkan dari congakkan Daim, mmg risau jadinya.

Anonymous said...

Azli,

Apa yang saya nampak sokongan Melayu mula beralih ke arah UMNO. ada dua kumpulan yang dulunya menolak UMNO kini sudah menerima UMNO kembali.

Mereka ialah ahli PAS dan PKR( yang Melayu) . Sokongan Melayu pada PAS juga merosot teruk. UMNO kini dilihat lebih islamik dari PAS.

Saya rasa Daim agak tersasar. Di perak, saya yakin UMNO akan berkuasa semula.

Di Selangor pula, banyak kerusi yang dulunya dimenangi PAS dan PKR akan kembali pada UMNO. Contohnya Parlimen Shah Alam, Bangi, Ampang.

Yang saya risaukan Najib masih tak dapat terima hakiat majoriti orang Cina sudah menolak UMNO walauun diberi bulan dan bintang. Kerana lebih untuk mereka mengundi PR kerana PR dikuasai DAP.

Satu satunya parti yang kini jadi halangan DAP untuk laksanakan cita citanya membentukl "cina malaysia" ialah UMNO.

Tumbangnya UMNO akan menyaksikan kedudukan Melayu sama ( sebijik) seperti kedudukan Arab selepas tumbangnya empayar osman. Malangnya Melayu walaupun lebih dikenali sebagai pemurah( terutama terhadap bukan Melayu) juga ada kelemahan nyata iaitu hanya mahu dengar apa yang mereka suka.Kenyataan pahit akan ditolak.

Berkali kali diingatkan bahawa UMNO melambangkan kuasa Melayu( islam) namun mereka enggan terima hakikat ini. Serba serbi tak kisah.

Anonymous said...

Maksud Pak Daim tu

1. Jangan terlalu bergantung kepada undi Melayu, tp ambil kira undi cina dan India sbb ianya penentu kemenangan mutlak BN. Sbb tu 3 negeri tu dijangka menang mudah. Kerana 3 negeri ni nampak lebih bersatu.

2. Perlis, Terengganu dan Sabah boleh menang besar tapi masing-masing kena bersatu dan tidak berpuak - puak kalau tak susah nak dpt 2/3 majoriti.

3. Kedah dan Selangor sepatutnya boleh menang tp kena tonjolkan siapakah tokoh MB yang sesuai serta adun - adun berkaliber. Orang Kedah ni pemikiran dia lain sikit, dia boleh swing bila2 masa jer mengikut keadaan tak kira dia org PAS atau UMNO sbb diorg ni pangkah ikut calon yg diorg suka.

4. Negeri 9 dan Perak ni kena kerja keras sikit kalau nak menang 2/3 terutama kawasan majoriti cina. Tp still boleh menang.

5 P.P dan Kelantan ni susah sikit sbb masing2 kubu kuat DAP,PKR dan PAS. P.P ada Cina tu yg susah nak baca pemikiran mereka manakala Kelantan ada org Kelantan di luar Kelantan yg akan menentu parti mana yg berkuasa. Walaupun dapat pujuk yg tinggal kat kelantan tp yg luar kelantan pemikiran diorg lain, sentimen kesusahan hidup kat KL akan dibawa balik ke Kelantan sbb tu sampai skrg BN tak menang2.

rizal said...

sapa daim..nak ramal kalah menang...menang pru 2008....adalah kebetulan...bkn..dabbkan ramalan daim...itu semua adalah ketentuan...ALLAH....kita tgk nanti...insyaalah..BN pasti menang.....daim zainudin syirik....tahu kah anda dosa...ramalan tilik nasib dilarang dlm islam

Anonymous said...

betul tu sy setuju ngan Tun Daim..kesian PM..DSN hanya sorang je...menteri lain mmg tak membantu hanya utk kepentingan sendiri..sy amat berharap DSN dapat kenalpasti mrk mrk yg mampu bersama jatuh bangun ngan DSN je...sbb yg lain hanya nak amek kesempatan jer!

Kadirpokya

Pengundi Baharu said...

Anggap komen TUN DAIM ini untuk kita terus bekerja kuat yakinkan rakyat BN terbaik untuk dipilih.

Tok Mu said...

@Rizal. Apahal tuduh orang syirik pulak ni? Tun Daim cuma membuat kenyataan berdasarkan analisis politik semasa bukannya tilik nasib seperti 'Tukang Tilik Nasib' di lorong dan kaki lima tengah bandar KL.

Tun Daim hanya memberi amaran bahawa kita tak seharusnya berasa overconfident dengan sokongan padu masyarakat umum terhadap parti komponen BN khususnya kepercayaan kembali orang-orang melayu ke pangkuan Umno. Sama seperti kenyataan Tun Dr.Mahathir yang lalu di mana meluahkan kegusaran tentang kemerosotan pengundi cina terhadap BN ekoran politik berasaskan kaum.

Unknown said...

Satu perkara yang tidak disentuh adalah pengundi India.

Margin majoriti mereka yang menyokong BN lebih banyak daripada Melayu.

Kerusi campuran yang ditandingi BN Insya Allah akan menang disebabkan undi orang India seperti di Ijok (kawasan YAB MB Sgor), Sri Andalas, Meru, Kapar, Teluk Kemang,Sungai Siput.

Di N.9, analisis lebih terperinci perlu dibuat.

1) Keputusan PRU-12 : BN - 21 (19 UMNO) ; PR - 15 (11 DAP, 3 PKR, 1 PAS)

2) Kerusi Melayu yang kalah - 3. Dan keyakinan untuk menang adalah dua di Sikamat dan Ampangan. Paroi kena kerja keras sedikit.

3) Manakala 2 lagi kerusi yang PR yang dimenangi oleh India boleh ditebus balik (1 DAP, 1 PKR). kerana kalah dengan majoriti tipis.

4) Kawasan UMNO yang tidak selamat ada 2 - Rantau dan Lenggeng.

5) Kwsn DAP yang tidak selamat di kwsn Jempol dan Bahau.

6) DAP hanya boleh dianggap menang di Parlimen dan DUN didlm Seremban dan Rasah sahaja.

7) Ramalan PRU-13 ; BN - 25 kerusi, DAP - 11 kerusi termasuk 1 org Melayu.

8) BN bentuk kerajaan dengan 2/3.

Shamshul said...

Azli,

Ada beberapa perkara yang buat sokongan Melayu pada UMNO agak terencat.

1) Perihal MAS dan air asia.

2) Sikap Najib yang terus mebnerus memberi jawatan Menteri pada MCA walaupun sokongan cina merosot teruk.

Najib mesti ingatkan masyarakat Cina atau Melayu sekalipun bahawa kedudukan Menteri adalah berdasarkan sokongan kaum itu. sekarang ini masyarakat cina anggap buat apa sokong MCA kalau tanpa sokongan Cina pun PM akan lantik Menteri dari MCA.

3) zaman dimana MCA dan Gerakan dibenar bertanding di kawasan Melayu sudah sepatutnya berakhir. Orang melayu kini mahu Melayui dikawasan masjoriti Melayu. Sebab itu Nizar menang di pasir panjang dan Khalid di bandar Tun Razak serta Fuziah d Kuantan.

Dengan tidak letakkan MCA di kawasan Melayu, maka tiada peluang lagi untuk DAP fitnah bahawa MCA menang hanya kerana undi melayu. MCA akan lebih dihormati bila mampu tewaskan DAP di kawasan Cina.

4) Jangan lantik pemimpin kalah sebagai senator. Ini hilangkan hormat pengundi pada mereka.

5) sesetengah pemimpin seperti Bung Mokhtar dan Nazri tidak disukai. Dan Hishamuddin nampak terlalu "lembek".

Anonymous said...

mesej tun daim mudah. semua tempat yg dinyatakan tu kwsn campuran. daim tujukan pd mca & gerakan. mca & gerakan wajib kerja keras. jgn sambil lewa shj.

Anonymous said...

cina xkan sesenang tu kasi balik negeri yg dia rampas. tgk la.

kira nasib baik kalau kita dpt amik balik.

worst case scenario kita akan menyaksikan negeri2 ni jadi penang no 2.

worst kalau chinese comunity dlm mca ugut umno utk beri kerusi byk kt kawasan yg bn penah tumpas.

jgn lupa penang tu mca atau dap sama saja. akibatnya kene halaula melayu.

sokong anon 11.33.
pemurah melayu biar bertempat. sampai bila nk sabar org persoal hak kita x habis2. tambah lagi melayu liberal yg dh senang2 nk lupa perjuangan nenek moyang dulu utk masa depan kita?

Anonymous said...

Saya sokong pendapat 11:33 PM. Saya ragukan motif Daim cakap demikian. Atau slant akhbar yang melaporakn berita itu.

Anonymous said...

Light & Easy, don't worry. BN will win. Silent majority is still there.
BN will win..BN will win..relax and cool.

Adik Sayang said...

semua komen hanya nak menyedapkan hati. Senario 1999 dan 2008 akan berulang. Hanya generasi tua bersama. Generasi dah x minat politik. Perjuangan mereka tipu2 belaka.

Anonymous said...

pirahhhhhh....macam2 komen..UMNO lebih islamik la..UMNo tunjang melayu la.. tumbangnya umno iabarat tumbang kerajaan islam uthmaniyah la..

kalau parti islamik awat rasuah sana rasuah sini. kalau kata semua rasuah ni fitnah..awat yang tiap kali pemilihan umno ketua bahagian ada kena tindakan displin dari parti.. POLITIK WANG tu natang mendeee????

ni baru cara bab POLITIK WANG aka RASUAH, belum cara bab SONGLAP lg.