Tetamu Kehormat...

February 1, 2012

Yang Tak Mungkin Kita Lupa...



AIDCNews -01/02/12 – Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.

“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.

‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).

Dalam mesyuarat ICG yang diadakan di Vancouver, Mac 2007, yang turut dihadiri Anwar,(lihat juga bukti video di sebelah kanan) badan itu mengesyorkan idea ‘two-state solution’ sebagai penyelesaian terbaik konflik Palestin-Israel.

‘Two-state solution’ bermakna mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, tetapi dalam masa sama Israel juga turut diiktiraf sebagai sebuah Negara Sah.

Menurut sourcewatch, ICG ditaja oleh yayasan-yayasan dana pro-Israel, termasuk Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang berbangsa Yahudi, George Soros.

Soros juga merupakan salah seorang ‘Executive Committee’ dan ‘U.S. Board Members’ ICG.

Anwar Ibrahim juga turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG, yang dilantik sekitar Jun 2006, ketika beliau menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK, sebuah institusi yang disebut-sebut di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.

Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah ! Sokong Negara Israel !

2 comments:

Adi Kencana said...

Apa lagi dalih Anwar lps ni?

APA AGENDA DAP MENENTANG PEMBERIAN PINJAMAN UNTUK PENGHUNI PPR & PERUMAHAN AWAM? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Anwar Ibrahim sudah menyatakan pendiriannya. Kita nak dengar penyataan dari Najib pulak.