Tetamu Kehormat...

February 29, 2012

Video Badrul Amin Mengenai Tanggungjawab Seorang Isteri



Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat. Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut. Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat. Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan. Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden (Baca di sini).

3 comments:

Anonymous said...

MAKSUDNYA 'isteri isteri hanya berperanan di rumah,jgn kerja di pejabat. Pejabat/Jabatan hanya utk suami sahaja.Mintak Nik aziz keluarkan fatwa,perempuan haram bekerja di pejabat

Cucu-cicit Bani Jawi said...

Salam Tn.Azli,
Paku alam.

Anonymous said...

Patut tambah satu lagi ayat :

'Isteri2 yang bermasaalah patut mendapat kaunseling dari ostad2 yang berwibawa.., tak kiralah jam berapa. Jam 6 petang ker., jam 8 malam ker.., jam 3 pagi ker. Kalau ingin dapatkan nasihat, talipon saja ostad tu, dan pergi jumpa dia segera.., tak kira di surau ker., d pejabat ker., di depan traffic light ker., di hotel ker..'