Tetamu Kehormat...

February 28, 2012

Sorry Tun Mahathir...Bab Ini Memang Aku Tak Sokong

36 comments:

Anonymous said...

aku sokong mahathir. dia faham dan aku pun faham bab hudud ni

Anonymous said...

hiioudireve

Anonymous said...

sorry Azli, i know you penyokong umno, but this time you might not be right. mahathir is right. if you may know. my opinion and understanding, tak ada hudud dalam islam. yang ada hukum Allah swt yang banyak orang tak faham. really, mahathir is brave enough to highlight this thought, i have the same but dare not voice out sebab nanti orang akan salah anggap. but that is the fact. i know it is a bit confusing, but that is the truth. to add, aku pun orang umno and sokong perjuangan sama dengan kau.

Anonymous said...

mahathir..memang benar apa yang kau katakan, walaupun pahit untuk didengar oleh org2 yang perasan alim dan warak padahal mereka adalah jahil tukir..

Anonymous said...

aku bukan fanatik pada Tun..tapi Tun is rite..kebanyakkan kita melihat sesuatu isu dalam skop yg sempit..cuba kita buka mata dan minda, juga fahami apa yg di sampaikan oleh Tun..

Anonymous said...

Aku juga setuju dengan Tun, memang benar tiada hudud dalam Quran, yang ada hukuman Allah. Bila semua hukuman Allah yg dinyatakan dalam Al Quran di rangkumkan barulah di nyatakan hudud. Memang betul cakap Tun, dlm Al Quran banyak dinyatakan bila hendak menghukum, hukumlah dengan seadil-adilnya. Kalau aku salah tolong betulkan....

Cheguman said...

Aku tak layak untuk kata betul atau salah tapi tun ada hujah yang kuat.

Anonymous said...

Fahami betul-betul apa yang Tun cakap.
I tend to agree with him.
Yang ditekankan adalah keadilan.
Tun tak katapun dia menolak hukum Tuhan!

Anonymous said...

...pertamanya, kita kena faham ulama' tidak pernah maksum.. bukan bermakna TDM tak sokong perlaksanaan perlaksanaan hukum syariah termasuk hudud dalam kes jinayat... paling utama dalam islam ialah akidah individu yang diasaskan dalam rukun iman.... sesuai dengan kemampuan masing-masing, sifat nya, ianya bermaqam atau berperingkat, kemudianya rukun islam, juga serupa.. kemudian barulah peringkat masyarakat, jika Madinah di jadikan contoh, kita perlu ingat kebaikkan sahabat nya Saidina AbuBakar r.a sahaja lebih dari umat manusia sekarang... itu baru satu... dengan erikata lain.. kebaikkan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, tak sampai sekuku sahabat baginda.. cuba fokus sikit kedalam diri kita sebelum pergi kepada benda yang besar-besar... agak-agak dah sempurnakah majoriti diri kita sebagai muslim beriman dimalaysia sebelum kita lihat benda yang besar-besar .. misalnya sudahkan kita sampaikan dakwah kita kepada jiran-jiran kita yang bukan muslim yang jadi tanggungjawab kita yang pasti akan di tanya dalam kubur nanti... bukan setakat soalan yang standard tuh.... atas sebab terlalu sibuk kita cakap yang besar-besar dan abaikan yang di depan mata lah agaknya maka bala sedang menimpa umat islam dalam negara ini

Anonymous said...

Hukum Hudud PAS tiada dalam al-Qur'an dan tidak ada unsur2 keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hukum Hudud PAS hanyalah ciptaan ahli2 Feqah PAS. Hukum Hudud PAS dicipta kerana mereka sendiri was-was dan tidak yakin dengan Hukum Hudud Allah yang sebenar.

Anonymous said...

Hukum Hudud PAS tiada dalam al-Qur'an dan tidak ada unsur2 keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hukum Hudud PAS hanyalah ciptaan ahli2 Feqah PAS. Hukum Hudud PAS dicipta kerana mereka sendiri was-was dan tidak yakin dengan Hukum Hudud Allah yang sebenar.

Anonymous said...

Hukum Hudud PAS tiada dalam al-Qur'an dan tidak ada unsur2 keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hukum Hudud PAS hanyalah ciptaan ahli2 Feqah PAS. Hukum Hudud PAS dicipta kerana mereka sendiri was-was dan tidak yakin dengan Hukum Hudud Allah yang sebenar.

Anonymous said...

Hukum Hudud PAS tiada dalam al-Qur'an dan tidak ada unsur2 keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hukum Hudud PAS hanyalah ciptaan ahli2 Feqah PAS. Hukum Hudud PAS dicipta kerana mereka sendiri was-was dan tidak yakin dengan Hukum Hudud Allah yang sebenar.ycly arcelv

tokpakirkd said...

Salam,

Persepsi Tun DrM ini berkisar kepada Feqah. Feqah bagi Tun DrM adalah ciptaan manusia dari pendapat mereka bukannya lansung dari Qur'an. Tafsiran ahli feqah tak boleh dijadikan hukum untuk menghukumi seorang pesalah. Pada Tun DrM Qur'an hanya beri contoh2 yang kemudiannya boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja selama mana ianya dikira adil pada realitinya masakini.

Jadi, dari jalan berfikir di atas kita dapat mengesan satu jenis perspektif yang dipegang oleh Tun DrM. Beliau sebenarnya tidak menerima wujudnya kesepakatan atau ijma' yang diambil dari ahli-ahli yang dipanggil Ahli Feqah yang sepatutnya diterima sebagai mereka yang adil dalam mengeluarkan hukum. Tambahan lagi ianya perlu pula diijmakan pula. Prosesnya hebat sehingga ianya boleh bertahan sampai 1,400 tahun.

Cuma jika kita lihat sekarang seolah_olah macam ada ruang lompang kerana hukum yang adil yang diijma oleh ahli feqah ini sudah tidak dilaksana selepas jatuhnya Khilafah bahkan lama sebelumnya. Ada cabaran-cabaran baru yang spt dinyatakan Tun DrM yang memerlukan kesepakatan semula para ahli fiqih ini.

Ijma atau kesepakatanlah yang menjadi isunya.

Jika Tun DrM mungkin menolak ijma yang belum dapat dimuktamadkan untuk cabaran zaman ini maka sebenarnya mereka yang cuba mempromosikan hudud juga menolak keijmaan hal-hal lain yang mungkin tidak dianggap penting oleh mereka walaupun hal itu ditekankan dalam Qur'an. Contoh, keijmaan dalam aqidah Ahl Sunnah, kewajiban menegakkan khilafah dsbnya. Seolah_olehnya semacam ada masaalah telur atau ayam kah yang datang dahulu.

Jika kita fahami perspektif begini maka isu paling besar ialah mengembalikan ahli feqah kepada fungsi mereka yang sebenar-benarnya sehingga ijma mereka boleh diterimapakai dan tahan diuji oleh kesemua lapisan masyarakat. Dan syarat paling penting ianya tidak boleh diklaim sebagai hak kepartaian tertentu dalam sistem demokrasi tapi merupakan satu kehendak dari ummat.

Sehingga kita mencapai tahap ini kita masih boleh berbaik sangka dengan perspektif yang dibawa oleh Tun DrM. Tun DrM bercakap berdasarkan pengalaman praktikal yang sebenarnya yang sudah dan sedang beliau lalui dimana hukum dijadikan bahan pancingan undi dan bukannya untuk mencari keadilan. Manusia yang mempromosinya pula adalah ahli feqah yang dilantik secara ijma para pengundi dan bukan keijmaan mengikut erti yang sebenarnya.

WAllahu a'lam
TokPakirKD

melayu muslim said...

Hukum hudud tiada dalam nas al-Quran?
Hudud hudud ditokok tambah oleh orang agama? direka2 oleh ulamak fiqh?
Hukum hudud x adil kalau laksana pada orang Islam shj?
Hukum Islam xadil sbb lepaskan/menghukum pendakwa yg xbawa 4 saksi?
Hukuman Islam (hukum qazaf) tidak adil dan direka orang agama??

Allahuakbar!!!..kenyataan ini menunjukkan seolah2 ILMU Allah itu bersifat lemah...seolah2 Allah xtahu kenapa disyariatkan hukum tersebut..seolah2 hukum Allah tidak releven utk akhir zaman!....maha suci Mu ya Allah!!!!

Inilah akibatnya apabila yang tidak faham agama, yang bukan dari kalangan agama mahu mengulas hukum agama..astaghfirullah!!!

Anonymous said...

setuju dgn bro..
kalau salah kita nyatakan salah...terang2 hukum hudud disebut dalam quran..

apa pun, tun M. bukan maksum, jangan hina dia, dekatilah dia..

http://www.zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/869-isu-sebat--jawapan-kepada-tun-dr-mahathir.html

Anonymous said...

Salamkum,
Tun M memang berani cabar minda kaum2 MeLaYU.Fikirlah secara optimis n rasional.Ahli2 feqah adalah manusia saperti kita juga.
Apabila kamu hukum,hukum lah dgn ADiL.Quran sudah lengkap hanya manusia shj yg pandai2 mngolahkn utk kepentingan masing2.
Kita tidak ada KONTRaK dgn mana2 mazhab.

wawa

Anonymous said...

"Quraan bukan semata-mata untuk dihafal tapi yang lebih penting mesti difahamkan"
kupasan disini - http://kassimahmad.blogspot.com/2011/10/salah-faham-tentang-hukum-hudud-oleh.html

Anonymous said...

kesian umat islam 1400 tahun masih mencari identiti. Bila tertiup arus pembohongan samaada niat tertentu, tiada faham, masih berhijab dgn aura Barat, akan ujud mahadajjal yg trus menerus mempersoal hukum hudud Allah. Mana boleh tiada hukum hudud Allah "Hududdullah". Jangan kita disebabkan sifat sekular menebal terus mencipta istilah hudud pas dan sebagainya. Soal pokok spt hukum ptg tangan utk pencuri tetap, tiada tapi tapi lagi. Yg menimbulkan lebih perbahahasan adalah spt bab Kalifat jika ianya lebih kpd perbincangan cabang atau ranting. Dalam hal ini jgn sesekali kita mengikuti dajjal kelak meneraka negeri kekal abadi.

Gapodio said...

mahathir will always be mahathir.

soalan ditanya kenapa some of the state tak implement hudud kan? kelantan la kan apa lagi. jawapan dia tak lari langsung dengan surat yang dia tulis pada tahun 1994 to nik aziz.

dia komen dalam konteks soalan yang ditanya. which is in my opinion very very very correct. Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan yang tu yang dia komen. yang tu yang dia kata tak folo ajaran al-quran. sebab tu dia suruh depa ni refer al-quran balik. dia suruh "ahli-ahli feqah" ni kaji balik ayat al-quran.


yang aku faham berdasarkan penerangan dia tu la.

Anonymous said...

Nampak ramai kagum dengan kebijaksaan TDM dlm mengaplikasikan ajaran dlm Al-Quran sehingga ahli-ahli fekah yg bertahun belajar ilmu usul fiqh nampaknya kena belajar balik semula.
Ilmu logik dan pragmatisma yg ada itu memang menjadi trademark TDM selama ini 'my way'.
Kalau boleh kita minta TDM terus mengulas bab-bab dosa besar yg dinyata Al-Quran sebagai penceraham utk kita lagi.Kita mula dgn baba rasuah atau arak.

Anonymous said...

Apa yg cuba di ketengahkan oleh TDM ialah hukum potong tangan dan rejam bukan hukum dari Allah. Ini adalah ciptaan ahli fekah kata TDM walau pun amat terang dan nyata termaktub dalam Alquran tentang hukum2 ini. Apa yg diutarakan TDM adalah soal teknikal perlaksanaan tu tetapi dalam masa yg sama TDM sealiran dgn orientalis Barat yg menyataan hukuman itu terlalu dahsyat ketinggalan zaman. Jika ada perasaan terdetik dihati umat islam tentang hukum hudud ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk atau dizaman moden ini, sila banyak mengucap mudah2an Allah dpt memaaf kejahilan kita. Patutlah umat islam mundur dengan berbagai gejala sebab kita mengambil hukum yg hanya nampak untung pada kita padahal kita telah merosakkan agama kita sendiri.

Anonymous said...

hukuman arak dan rasuah berat dikkkkkk!!! tapi hukuman yg Barat pakai agak ringan iaitu jika rasuah 6 juta penjara 10 bulan jika curi seluar penjara 2 tahun. Ini dikira adil diantara pesalah yg kaya dan berpengaruh dan pesalah yg miskin hina dina. Logok benar pemikiran TDM, pemikiran ahli feqah kena belajar lagilah.

Anonymous said...

Wa tabik lu lah azli nampak bonar ekau ada iman tak seperti mereka yg bersorak setelah dengar ckp TDM.

Anonymous said...

tu dia 3 komen terakhir bab kondem memang hebat...

sebab tu lah TDM minta ahli fekah pikirkan balik kaji balik...apakah logik kalau kita dok hebah mari kita laksanakan hudud hoha hoha...tpai bila kita tanya apakaha kategori2 yang akan terlibat dan apakah2 hukuman2 yang akan diberi bagaimana implikasi2 setelah pelaksanaan ini semua takder sorang pun dari PAKATAN HARAM YANG MAMPU JAWAB TERUTAMA PAS YANG KONONNYA DAH 20 TAHUN MEMPERJUANKAN UNTUK HUDUD NI...

dan yang aku heran sangat kalau bab tdm dan bn semuanya korang nampak bila sampai bab PAKATAN HARAM semuanya buta mana janji nak hapuskan arak di selangor di kelantan di kedah????? cakap tak serupa bikin tok....

cuba taya sikit kat diri korang bertiga atau diri KO tu apa citer hudud kelantan yang najib dah bagi lampu hijau untuk perlaksanaan di kelantan APA CERITANYA????? ahli jawantakuasa samapai sekrang pun tak cukup ni kan pulak nak pelaksanaan...implikasi hukum kesalahan sekiranya melibat orang bukan islam pun belum dikaji nak GAH TEPUK DADA konon...

PAKATAN HARAM DUK SIBUK HAK ASASI SANA HAK ASASI SINI bila bab hudud tak abis2 salahkan bn padahal hakikatnya PAKATAN HARAM SENDIRI TAK MAMPU LAKSANAKAN APA YANG DI JANJI....

HUJAH YANG KUAT DAN BERFAKTA TAK NAK DENGAR KATA2 ANWAR YANG DAH MEMANG TERANG2 MENIPU BOLEH DI DENGAR...

tak habis2 dabel standard dabel standard wal harami segala berkaitan bn wal halali segala berkaitan PAKATAN HARAM WALAUPUN MENJALANKAN KAUNSELING PUKUL 3 PAGI.

Anonymous said...

Masalah teknikal perlaksanaan hudud tidak sama dengan masalah tidak percaya hudud dari Al-Quran. Dua perkara yg berbeza. Kena faham isu pokok di sini.

Anonymous said...

Anon 3:31PM. Saya setuju dengan anda. TDM bukan menolak hudud al-quran tetapi sekadar mahu menjelaskan bahawa hukum hudud yang diuar-uarkan masakini masih perlukan masa dan ruang untuk dikaji dan diperhalusi sebelum dilaksanakan bagi menjamin keadilan untuk semua orang iaitu yang beragama islam dan bukan islam. TDM hanya mengatakan pendapatnya manakala kita semua perlu berfikir sedalam-dalamnya secara rasional, bukan membuta-tuli menolak hingga membuat tanggapan yang salah terhadap TDM apatah lagi dengan mencaci dan mencarut.

Soalan cepu emas: Hukum hudud kepada orang yang suka mencaci dan buat fitnah apa yaa?

Anonymous said...

Tidak semua jenayah dan salah-laku dikenakan hukum hudud termasuk kes rogol.
Seperti hukum berpoligami, sepakat ianya dibenarkan dlm Al-Quran tetapi teknikal perlaksanaannya memang kompleks dan nampak bercelaru spt perbezaan dlm enakmen syariah ikut negeri-negeri.
Tapi, kalau satu NGO tu, poligami itu musuh no. 1 ikut fahaman feminisma.

Anonymous said...

Sdr. Azli. Tajuk video klip 'Hudud Tiada Dalam Al-Quran & Tidak Adil' telah memberikan tanggapan negatif seolah-olah Tun Dr. Mahathir menolak hudud yang terkandung dalam syariat islam sedangkan yang sebenarnya TDM hanya menyangkal hudud ciptaan ahli fekah yang mana boleh dipertikaikan atau dibahaskan oleh para cendekiawan islam.

Apa yang diutarakan oleh TDM adalah aspek keadilan yang menjadi perkara asas dalam menentukan setiap hukuman ke atas umatnya tanpa menidakkan hak seseorang itu untuk mendapatkan keadilan yang sebenar-benarnya.

Para ulama dan cendekiawan seharusnya tidak melenting tetapi mencari penyelesaian bagaimana hukum hudud perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh pembuktian sesuatu kes pada masa kini oleh pihak forensik dapat dilakukan melalui cap jari, DNA dan kamera litar tertutup CCTV.

Cheguman said...

Ramai yg dok berhujah berdasarkan tajuk je... Bagus le...

Anonymous said...

Oleh kerana Al-Quran diturunkan semasa zaman belum ada CCTV, DNA maka setengah ayat Al-Quran itu sudah tidak praktikal atau realistik utk diamalkan, seperti hukum hudud dikatakan tidak berpijak di bumi nyata hari ini dlm masyarakat majmuk lagi kontemporari, begitu ?
Maka dgn itu Kalamullah tidak lengkap dan sempurna dengan sifatNya Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, begitu ?
Ayat ini seiras dgn dakwaan hukum menutup aurat kerana bumi arab masa itu ada ribut pasir disamping lelaki Arab kuat syahwat. Seiras janggaut disimpan kerana tiada pisau cukur, walhal di zaman Rom yg jauh lebih lama dari zaman Rasulullah ramai yg dah bercukur licin segak.

Anonymous said...

oh.. nanti boleh la suh anak kau bukak kilang arak lagi la ye tun mahathir

Anonymous said...

Anon 5:58PM. Kalu tak ada pendapat bernas baik nkau payah tulih apa2. Tak ada idea nak komen lebih baik diam je drpd mencaci orang lain.

kak rosmah ku sayang said...

tu dia banyak orang yg jahil ttg hudud sibuk wat tafsiran pasal hudud
....cube tgk ulaan fathul bari pasal isu ini dlm youtube....taip je akan kluar.....mmg jahilUMNO....anyway isu ini akan jadi modal pakatan...kalau tunjuk comment ni kat rakyat mau marah depa kat penyokong mahathir...bukan penyokong umno ye

Anonymous said...

Saya menyokong hudud lebih-lebih lagi ianya adalah syariat islam yang wajib dilaksanakan. Bagaimana pun saya masih musykil tentang cara perlaksanaan hukum hudud sepertimana yang TDM persoalkan dari aspek keadilan.

Sebagai contoh seorang wanita telah dirogol oleh seseorang yang dikenalinya tetapi tiada saksi yang dapat menyokong dakwaannya itu kecuali air mani tertuduh yang terdapat dalam alat sulitnya. Apakah si tertuduh akan dilepaskan begitu sahaja dan bebas melakukan perkara yang sama terhadap bakal mangsa yang lain? Harap para ulama dapat memberikan penjelasan.

Anonymous said...

assalam semua,
benarlah masyarakat kita malas membaca dan mengupas isu pokok tapi lebih gemar mengulas tajuk yang tidak adil malah tidak menggambarkan isi topik sebenar. dan al-quran itu hanya dijadikan perhiasan atas almari tidak difahamkan melain dijadikan bacaan merdu utk diperdengarkan sahaja. maksud tersurat dan tersirat kalam allah hanya di dengar secara taklik buta dari manusia berkepentingan dunia bertopeng agama. sedangkan allah menjamin yang mana quran itu 'lengkap, mudah dan jelas' dan perlulah dibaca dengan berfikir menggunakan akal(disebut berkali2). al-quran itu sendiri adalah undang2 dari allah utk manusia gunakan sbg pedoman dlm menjalani kehidupan dan perlu disesuaikan sepanjang zaman hingga khiamat.cctv dan komputer juga adalah ilmu dan rahmat allah utk manusia akhir zaman. kenapa perlu semua teknologi2 ini dipandang serong dan dianggap tidak menepati hukum quran? bukankah semua ini milikNYA?dan hanya sedikit sahaja ilmu2 ini yg dipinjamkan utk kita manusia akhir zaman? saya percaya setiap individu diwajibkan allah membaca dan memahami al-quran. maka bacalah dengan ikhlas dan menggunakan akal yang dipinjam, dan percaya yg kita akan dipertemukan kepada pencipta. insyallah dilapangkan dada utk kefahaman. dan sesungguhnya diri kita sendirian akan menjawab perhitungan allah nanti, bukan tdm, azli shukri, ulamak pas atau ualamak2 terdahulu menjawab bg pihak diri kita kecuali syafaat dari junjungan kita Muhammad SAW.
jazaakAllaahu khairan.
assalam.
.... mamu ampang.