Tetamu Kehormat...

February 11, 2012

Kalau Kena Batang Hidung..Semuanya Fitnah

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang didakwa terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor mengaku menerima bayaran daripada Double Dignity Sdn Bhd (Double Dignity) atas kapasiti sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei mengaku menerima enam kali pembayaran elaun untuk tempoh Jun hingga Disember 2009, manakala ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari menerima tiga kali pembayaran untuk tempoh Oktober hingga Disember 2009.
Suhaimi berkata, dia dipelawa pemilik syarikat Double Dignity, Adnan Abd Mokhtar untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat yang menumpukan aktiviti perladangan di Sabah dengan dijanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan buat permulaan pada Mei 2009.
Beliau yang mengakui menyiasat syarikat itu terlebih dulu kemudian menyerahkan dokumen dan maklumat untuk menyempurnakan pelantikan sebagai lembaga pengarah pada Jun 2009 sebelum sekali lagi diminta Adnan untuk mengenal pasti calon sesuai mengisi kekosongan pada September 2009.

“Saya memperkenalkan Amiruddin yang kemudian bersetuju dilantik sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity dengan segala butiran pelantikan diserahkan pada September 2009,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Hadir sama, Amiruddin yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Raja Petra dalam artikel yang disiarkan portal berita Malaysia Today, kelmarin mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka. Laporan itu juga mendakwa Mat Suhaimi meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010 antaranya RM35,000 untuk perbelanjaan Ramadan, RM10,000 untuk jamuan Hari Raya dan RM50,000 untuk kegunaan pilihan raya.

Mat Suhaimi berkata, semua bayaran diterimanya atas kapasiti sebagai lembaga pengarah kecuali RM10,000 yang diterima pada 30 September 2009 adalah sumbangan derma untuk aktiviti jamuan raya yang ditawarkan Adnan. Bagaimanapun, katanya, pemberian RM50,000 pada 5 Januari 2010 adalah pembohongan besar yang cuba memfitnah dirinya sedangkan ia pinjaman untuk membantu rakan dinamakan A yang memerlukan wang segera untuk membayar kontraktor bagi kerja ubah suai pusat asuhan kepunyaan A.

“Kali terakhir saya menghubungi Adnan ialah pada 23 Jun 2010 bagi mengembalikan pinjaman sebanyak RM50,000, tetapi Adnan tidak muncul, sebaliknya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang datang ke pejabat pada 28 Jun 2010.

“Adnan tidak dapat dihubungi hingga kini dan wang berkenaan masih tersimpan dalam akaun syarikat milik pegawai khas saya, Azmin Karim,” katanya.

Mat Suhaimi mengecam cubaan mengaitkan fitnah itu dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui perbualan telefon yang disiarkan Raja Petra berhubung permohonan kontrak Double Dignity yang didakwanya tidak wujud.

“Perbualan itu adalah rekaan putar belit dan diselang-seli dengan perbualan sebenar yang mungkin dirakam,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, mencabar Mat Suhaimi dan Amiruddin membuat laporan polis dan menyaman Raja Petra jika dakwaan tidak benar.

“Perkara ini perlu dilakukan segera bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam skandal rasuah pasir yang membabitkan integriti dan nama baik mereka,” katanya.

9 comments:

Anonymous said...

ada berani ke depa tu? PAS/PKR/DAP semua jenis pembelit penipu pembohong huhu..

Anonymous said...

SPRM x boleh diharap?

anti bohmau said...

jika rpk yg keluarkan isu2 sensditif dulu, puak2 pr cepat2 report ke polis. kini rpk keluarkan isu pasir, kenapa tidak ada report polis yg dibuat

Anonymous said...

MANA BOLEH PINJAM RM50000 DENGAN CLIENT.....MENYALAHI UNDANG2 BAB KEWANGAN....FINANCIAL IMPLICATION.
CUBA FIKIRKAN ADAKAN ORANG MAHU MEMBERI PINJAMAN PADA SASAORANG TANPA MENDAPAT FAEDAH.YOU WILL CERTAINLLY BE OBLIGATED RIGHT?

RPK DAH HABIS CERITA BAB KEBURUKAN BN SEKARANG PEKONG PAKATAN MUNCUL SATU PERSATU.ALLAH MAHA BERKUASA KEBENARAN AKAN MENJELMA JUA.

Anonymous said...

Kalau pemimpin pembankang SPRM buat tak nampak je... cuba kalau pemimpin BN tak semapt siang dah siap laporan... Taj adil

Anonymous said...

Kata mengata dlm perang politik umpanan tembak menembak dalam perang sebenar. Apa yg nak heran asalkan berani kerana benar. Jika ianya fitnah lawan dengan saman. Jika ianya benar lawan dengan spin & twist.
Tapi dlm perang politik dlm padang tidak rata ini, the might is truth. Itu yg susahnya sampai tahi lembu pun boleh ditutup elok, malah dihias dgn icing jadi macam kek enak dimakan.

seligisukan said...

Nampak muka pun mcm penyamun...

Anonymous said...

Berkata benarlah.Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Anonymous said...

tak jd ahli Lembaga Pengarah mana bolih dpt projekkn..??