Tetamu Kehormat...

February 12, 2012

Hassan Ali Terlalu Sukar Ditewaskan...

Kepimpinan tertinggi PAS terlalu memandang rendah tentang keupayaan dan pengaruh Dr Hassan Ali - mereka membuat perhitungan yang silap dan tersasar apabila mendakwa kononnya pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS, sama sekali tidak mengundang sebarang musibah kepada parti tersebut. Pelbagai hujah dikemukakan agar rakyat tidak terpengaruh dengan Dr Hassan Ali. Tetapi, lagi dilanyak Dr Hassan Ali ini..makin kuat pula jadinya. Kelam-kabut dibuatnya. Para pemimpin tertinggi PAS terpaksa bersilih ganti menjawab dan menangkis segenap tuduhan yang dikemukanan oleh Dr Hassan Ali dalam siri jelajah peneranganya.

Dulu, mereka kata jangan dipedulikan Dr Hassan Ali, dia ini tidak berguna dilayan, tetapi kali ini, mereka juga yang terpaksa buat beberapa kali sidang akhbar dan yang lebih parah "para parasit" ini terpaksa pula menulis bersiri-siri kisah "mengarut" bagi menunjukkan kononnya Dr Hassan Ali begitu terhegeh-hegeh kemarukan jawatan Menteri Besar Selangor. Sudahlah mereka pecat Dr Hassan Ali..lepas tu tabur paku dan kaca fitnah dengan prasangka buruk yang amat jijik terhadap Dr Hassan Ali. Tiada fakta, tiada carta, tiada sandaran - semuanya adalah prasangka buruk. Inikah yang dinamakan sebagai saudara seIslam? Kita mahu segala dakwaan Dr Hassan Ali dijawab dengan fakta, dan bukan menyerang peribadi beliau melalui persepsi dan sangkaan buruk yang hanyir lagi kotor. Baca berita di bawah :

IPOH 11 Feb. - Gelombang kuasa ketiga yang dicetuskan Datuk Dr. Hasan Ali semakin kuat apabila lebih 15,000 orang hadir mengikuti ceramah beliau di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, di sini malam tadi.

Jumlah tersebut jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kehadiran sekitar 6,000 orang semasa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berceramah di Langkawi, Kedah dan 5,000 orang di Kangar, Perlis beberapa hari lalu. Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.

Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh. Pada program 'Selamatkan Akidah Umat Islam' itu, Hasan berkata, sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.

Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas," katanya. Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR.

"Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja," katanya.

13 comments:

Anonymous said...

ini lah dia,pencacai islam yang sebenar.tuan guru kita dah kata orang ini tak senonoh.Tuan Guru Nik Aziz jauh lebih hebat dari semua ulamak yang ada di malaysia ini.Hanya PAS yang Memperjuangkan Islam.

Anonymous said...

to ano 1.42 am

keluarlah dari kepompong ..lihat lah dunia sebagai khalifah untuk bekalan akhirat

undsiege said...

Benar. saya sikong anon di atas tu. Inilah dia pencacai Islam sebenar, bukan nik Aziz bukan Hj Hadi. Mereka berdua sudah tidak lagi layak dipanggil pencacai Islam. Mereka adalah pencacai Anwar dan DAP.

Saya juga suka jika boleh menjadi pencacai Islam. Bukan pencacai angkat najis DAP dan PKR.

Anonymous said...

anon 1.42 munafik buta mata hati perut mcm bos2 dia yg berserban berjubah itu juga, dikuasai syaitan bertanduk dah

Anonymous said...

kah kah kah...

Apabila Ds Najib pergi Batu Cave untuk menyambut Thaipusam, yang mana perbuatan tersebut menggadai akidah dan perbuatan itu sebagai syirik.... Di mana kah Hassan Ali.

Hasan Ali tidak menegur kehadiran Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor ke Batu Cave untuk menyambut perayaan keagamaan Thaipusam....

Ini menunjukan Hassan Ali Hipokrit..Kalau yang pergi itu Anwar Ibrahim atau orang PAS ..pasti dia akan menyalak lebih daripada wolf..

Tetapi bila Presiden AMENO yang pergi di senyap menikus...mungkin dia fikir ORANG UMNO ini menganut faham sekular merasakan tidak menjadi kesalahan untuk hadir ke tempat-tempat begitu.

Atau mungkin dia fikir puak umno ini tak mengamal Islam kut sebab tu dia tidak tegur.

Macam tuan Punya bLog juga dia tak berani siarkan berita Mufti Perak Harussani Zakaria menegur perbuatan Najib yg jejas menggadai akidah dan perbuatan itu sebagai syirik.....

Anonymous said...

Lepas ni Hassan Ali boleh lah cadangkan kpd Raja Nong Chik agar Hard Rock Cafe kat Jln Tun Ismail tu hadkan minuman yg x beralkohol shj dan mengasingkan antara pompuan dan lelaki di Zauk, serta disko bercirikan Islam. Dalam PAS suatu ketika dulu hanya Hassan Ali sahaja yg tahu serba serbi selok belok agama Islam. Nik Aziz, Hadi Awang, Ahmad Awang, depa tu tak reti apa satu berbanding Hassan Ali. Hassan Ali akan kempen kembalikan hak raja yg telah diragut oleh Tun M, memancung kepala Anwar Musa yg pernah menabalkan Sultah Kelantan yg baru di Ketereh.Hassan Ali akan desak Kerajaan Persekutuan agar ambil tindakan menutup Kilang Arak di Sg Way dan Batu 3 yg dibina ketika pentadbiran Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Mula-mula Dr. Hassan Ali kata PAS tersasar dari perjuangan Islam, aku percaya. PAS tunduk kepada liberalism PKR dan DAP, aku percaya. Tapi, bila dia kata PAS dan PR nak jadikan Malaysia sebuah negara republlik dan hapuskan perkara 153, aku baru tersedar bahawa Dr. Hassan Ali memang meroyan.

Anonymous said...

askm,

1. Kalau benar 15ribu yg hadir, mana gambar program sebagai buktinya, jgn cerita aje tapi bukti xde. Atau sekadar nak sedapkan cerita aje..

2. Kalau ramai hadir dan iman meningkat, alhamdulillah, tapi kalau sekadar dapat dengar umpatan, fitnah dan kejian, balik bawa dosa, emmm.... entahlah... biarlah berjuta yg datang ke ceramah beliau takpe, Allah tahu yang terbaik untuk Islam...

Anonymous said...

ANON 9:36 ALLAH TAHU YANG TERBAIK IALAH ORANG YANG MEMPERTAHANKAN AKIDAH MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH BUKAN ORANG YANG BERKAWAN DENGAN SETERU ALLAH YANG MENGANGGAP PLURALISMA,LIBERALISMA SAMA DENGAN ISLAM .ANON BODOH ,KAU MENGHARAP KERIDHAAN DAP MUSUH ISLAM NO 1 DI MALAYSIA.KERIDAHAAN ALLAH KAU LACURKAN .ALLAH AKAN HUMBAN KAMU SEMUA KE NERAKA JAHANAM .KAMU BERCAKAP TENTANG ALLAH TAPI KAMU TAK TAHU ALLAH ITU APA?.BERKAWAN DAN BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI ITU MENGESAKAN ALLAH KE.SEBAB APA ORANG PAS JADI BEGINI SEBAB DIA MERASA YANG BANGGANG ITU IALAH PAS,DAN TIDAK ADA ORANG SEBANGGANG PAS .MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA YANG BAHARU .UGAMA PALING SUCI IALAH ISLAM ,ALQURAN DAN HADIS SUMBER KITA ,UGAMA LAIN TAK DIIKTIRAF ALLAH .JADI BILA PAS SETUJU DENGAN FAHAMAN LIBERILSMA DAN PLURALISMA BAWAAN ANWAR.APA AKIDAH ORANG PAS .KAMU TELAH SESAT DAN AMAT MENYESATKAN.BERTAUBATLAH .PATUTLAH SATU ORANG MANUSIA DARI PAS TAK PERNAH DAPAT MURAQABAH DARI ALLAH PUN .FAHAMFAHAMLAH

Anonymous said...

Hassan Ali betul-betul pejuang Islam jika dia juga menegur MCA yg sinikal dgn ajaran Islam, media massa perdana yg mesra maksiat dan juga bagi komen sikit fasal meraikan thaipusam itu.Jika tidak, imej hipokrit dan meroyan pasti menjadi persepsi kuat utk dirinya.

Mat Kelubi said...

Hassan Ali hanya menceritakan pengalaman dia di dalam Pas parti yang dia ikuti sebelum dipecat. Kalau dia nak fitnah ke rekacerita ke berbohong ke dia kena jawab la dengan Allah Taala nanti.. kita yang hidup ni berfikir la dengan waras mana yang betul dan mana yang tak betul..

Anonymous said...

Hassan Ali kata mahu jadi kuasa ketiga untuk syiar Islam. Asbab musabab syiar memerlukan medium kuasa dan media. siapa yg menguasai mandat dan media terbesar. Sebab itu, dlm fiqh siasah dan awaliyat, pejuang Islam ada kriteria utk menilai mana manhaj perjuangan yg lebih tepat dlm situasi semasa, lebih-lebih lagi dlm gerakan Islam bermula selepas kejatuhan khalifah othmaniah melawan kuffar barat & musuh tradisi dan nafsu syaitan dlm diri sendiri.

Anonymous said...

Sekarang sudah nyata Anuwar kote bengkok lagi teruk..dia sanggup dicalitkan kat kepala masa menyambut perayaan orang agama Hindu..Dato Najib tak pergi tempat kawasan sembahyang depa pun..hanya kat dewan..alah..lepas tu orang PAS/PKR buat superimpose..hahaha..tapi kantoi