Tetamu Kehormat...

January 8, 2012

Terbongkar! 10 Sebab Hassan Ali Dipecat

10 Sebab Dr Hassan Ali dipecat sudah dikenal pasti. Maka, bersaksilah, PAS sudah benar-benar memasuki lubang biawak sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta...Tiada hujah lagi yang boleh menyelamatkan PAS daripada terus dilabelkan sebagai tali barut DAP yang sememangnya jelas memusuhi Islam, dan kini PAS hanya menanti hukuman Tuhan. Ini sebab utama Hassan Ali dipecat :

1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP. Tindakan Hassan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.

2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.

3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hassan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.

4. Sangat tegas dalam soal akidah. Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.

5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut. Hassan Ali menongkah arus.

6. Hassan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.

7. Hassan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa. Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.

8. Secara amanah, Hassan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.

9. Hassan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya, kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.

10. Hassan Ali pernah berkata, ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS. Justeru itu, jika PAS melakukan kesalahan, beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.

16 comments:

Anonymous said...

begitu cekal tuan hasan ali kita berjuang untuk pihak pas tapi pas yg meme hampas ni tak berotak sebab lebih agungkan pakatan yang hanya akan membinasakan hak org melayu...

pejuang hamas...

Anonymous said...

10 sebab ini sewajarnya Hassan Ali bersama perkasa atau UMNO sendiri tanpa perlu dipecat.
PAS dah memang bukan gelanggang buat orang spt Hassan Ali.

Anonymous said...

Gunakanlah 10 alasan ni utk berjuang dalam Umno, aku nak tgk...
tgk lah dulu siapa yg naik tocang nanti... hahahah

Anonymous said...

of coz la semua la alasan ni semua mmihak kpd hassan ali sbbnya nk mmenangkan umno..kalau ikot prinsip berjuang dh salah tu..cuba la tuan tgh bperang dgn amerika ni..tp tuan boleh plak dok bgtau strategik malaysia kt amerika..??tuan ni masih lg xpandai berjuang..
lebih elok tuan pergi belajar agama dlu la..

Anonymous said...

anony 1208

begitu juga dgn umno...xcakap banyak nak hudud hari2..senyap2 berusaha ke arah itu...inilah strateginya..dan baru sekarang pas nak tiru

Anonymous said...

Apa yg Hassan ckp ni byk kebenarannya..tetapi dari segi politiknya merugikan PAS..Dia lebih takutkan Allah dari PAS..amin..

Anonymous said...

Dari FB Feriz Omar :-

PAS KINI SESAT KERANA MEM-POLITIK-KAN ISLAM : FAKTA SEBENAR KENAPA HASSAN ALI KINI PASRAH & DIPECAT !
1. Selain Hassan Ali, jarang-jarang kita temui pemimpin Islam dalam UMNO-PAS-PKR yang benar-benar berjuang melalui politik untuk Islam.
2. Ramai hari ini tidak kira UMNO-PAS-PKR lebih cenderung mempolitikkan Islam untuk masa depan kerjaya politik masing-masing.
3. Dari isu berkompromi untuk mengKRISTIANkan Islam; Isu penjualan ARAK berleluasa di Selangor; Isu laungan AZAN di Pulau Pinang dan di Taman Desa, Petaling Jaya; Isu perjuangan melaksanakan hukum HUDUD diketepikan dan banyak lagi, maka kini terbukti perjuangan Islam di bawah Nik Aziz-Hadi Awang adalah demi survival politik para pemimpin PAS dan bukan mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah !
4. Seberapa banyak kali Nik Aziz-Hadi Awang meyakinkankan Rakyat bahawa usaha sama politik PAS-DAP adalah satu 'helah', akuilah helahnya adalah tidak sama dengan 'helah' Rasulullah saw yang dibenarkan oleh Islam !
5. Ini kerana rakan sepakatannya, DAP dalam 'Memorandum & Articles' penubuhannya dengan jelas dan tegas mahukan sebuah negara SEKULAR yang memisahkan pentadbiran dari agama tidak seiring dengan tuntutan PAS yang asal untuk mendirikan negara Islam.
6. Perhubungan politik terkutuk PAS-DAP inilah yang membuat begitu ramai ahli yang benar-benar berjuang untuk Islam, bakal terheret ke neraka ... sekalipun Mursyidul Am PAS menjanjikan syurga untuk semua ahlinya.
7. Kita tunggu reaksi puluh ribuan umat Islam ahli PAS yang bakal keluar dari PAS demi perjuangan Islam sebenar seiring dengan tindakan Hassan Ali yang kini sebenarnya tertipu untuk kesekian lamanya.
8. Seperti dalam pandangan saya sebelum ini, PM/TPM perlu mengatur gerak-langkah untuk 'mencekut' Harun Din seberapa segera mungkin.

Wassalam ~ Wallahi Waldinul Islam ~ FO

Anonymous said...

Apa nak pelik bila org yang mengkritik Anwar di pecat.. PAS adalah milik anwar setelah arwah Fadhil Noor jadi Presiden PAS.Tuhan cuba memberi ingatan kepada ahli PAS bila mangambil nyawa arwah tiba2. Mungkin kerana solat hajat PAS supaya presiden UMNO ditimpa bala. tapi kerana fitnah bala menimpa pemimpin mereka.. bukan presiden UMNO.. yg masih sihat hingga pencen. Nik Aziz dgn HJ Hadi hanya boneka...sbb ada pengaruh. tapi xde power.. takat bercakap boleh lah.. kat kelantan Husam Musa lebih berkuasa.. siapa dbelakang Husam??? kalau x anwar.. orang yg menyokong PAS mungkin nak tunggu suara dari langit baru nak sedar diri.. dulu seorang pemimpin PAS tabur fitnah Mahathir tengok filem lucah dgn cucu mati tiba2 selepas sakit mulut. nik aziz x pergi masa waktu kebumi takot pemberita tanya... masih tak sedar lagi org2 yg menyokong PAS. nik aziz jgn harap lah nak sedar diri walaupun pernah tuhan ambil nyawa 11 saat. doktor yg lahir dari perjuangan UMNO jugak yg menyelamatkan beliau.. tunggu lah suara dari langit tu...PAS akan hancur...

Anonymous said...

nampak sgt dh PAS dh tersasar dari perjuanagan asalnya gara2 bergabung dengan DAP n KeadiLan..sekarang dh jadi kuda tunggangan diaorang...BUAT ORANG MELAYU SEDARLAH DEMI KEBAIKAN BANGSA KITA..

Anonymous said...

Den nampak Hassan Ali ni dia minat GLAMOUR. Dulu waktu ehwal islam dialah yg paling banyak bercakap dan cuba nak "out shine" panel yg lain macamlah ilmu agamanya tinggi melangit padahal PHDnya adalah Town and Regional Planning. Kalau dia betul2 berniat suci pada tahun baru lalu kenapa HRC tak pula diserbu olehya. KUNUN cuba nak naikkan ulamak padahal diri dia lebih byk mirip sekular baru aja berhenti merokok nak bercakap pandai.

Anonymous said...

Samada dia ni PHD Permenant Head Damage atau mmg dia menjadi tali barut bercakap bg pihak sekular. Dia menjadi juara kaum dan akidah kunun padahal arah parti skrg meruntuhkan idol melayu yg sekular dan menyelamatkan akidah dan perjalanan hidup melayu dibawah kuasa parti sekular yg meletakkan nilai Barat melebihi nilai Islam yg syumul.

Anonymous said...

dulu pas suka mengkafirkan org umno hingga terjadi pecah belah antara org islam kerana ideologi politik saja. sedangkan ada hadis yg menerangkan sekiranya sesorg itu mengkafirkan org islam yg lain perkatan kafir itu sebenarnya berbalik pada org itu. sedarlah wahai pas yg perjuang kamu itu tersasar dari landasan manhaj yg betul. macammana nak perintah negara jika di hati banyak dendam dan kedengkian terhadap org islam yg lain, hingga sanggup bersekongkol dgn org bukan islam demi menjatuhkan org islam lain. ada ka nabi s.a.w ajar kat sahabatnya suruh buat camtu. renung2 kan lah.......

Anonymous said...

Aku mgkn sokong PAS kalau mereka diterima seluruh Msia (ada hmpir 222 kerusi parlimen) dan tidak brgabung dgn PKR-DAP ttp mereka trpksa ubah dasar perjuangan semata2 utk meraih undi utk menang.. Kenapa perlu ubah pendirian??? Semoga ALLAH selamatkan orang melayu/islam di Malaysia..Amin

Anonymous said...

tetapi PAS cuma ada ~70 kerusi sja dr 222.... camna nk tadbir negara?? Poor PAS - Parti Ajaran Sesat

Anonymous said...

aku kenal sangat hasan ali ni.. pernah kerja dgn dia masa dia start nk berpolitik.... no money no talk man... wei.. klu nk cite arak ni.. takat nk sekat orang jual arak ni x guna.. yang kontrol dan bagi permit utk import arak tu saper??? xde org bawak masuk arak, xde orang jual arak, xde la org minum arak... bukak la mata luas skit... jgn dok spot2.. nk tegak kan islam ni pertama mula dengan pemimpin.. tapi klu pemimpin pun xde nk keras pada islam.. sama jer....


pengundi atas pagar..

Anonymous said...

banyak sangat orang kat sini yang tak suka Dato Hasan Ali ni..yang aku pasti yang komen benci ni orang bukan Islam...biarkan aje depa non-muslim ni menyalak..depa tak kesah kalau orang bukan Islam memerintah negara Malaysia..huhu