Tetamu Kehormat...

January 7, 2012

Kalau Lukis Plan Pun Dah Berdosa, Apatah Lagi Kalau Meluluskannya



Kelantan akan mempunyai sebuah lagi patung besar Buddha, setinggi 36 meter di Wat Phithikyan Phutthaktham di Kampung Balai di Bachok, yang dijangka menjadi satu lagi daya tarikan utama pelancong ke negeri tersebut.

Kos membina patung tersebut ialah RM2 juta, sebahagian besarnya merupakan sumbangan orang ramai, dan merupakan patung Buddha ketiga di Kelantan. Dua lagi patung Buddha terletak di Tumpat iaitu patung "Sitting Buddha" (setinggi 30 meter di Kampung Jubakar) dan "Sleeping Buddha" (10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di Kampung Jambu atau Kampung Berok).

Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho Chai berkata, patung terbaru itu dilengkapkan dengan kemudahan lif di bahagian dalamnya. Pembinaannya dijadual siap sepenuhnya pada 2009, kata

Menurut laporan Bernama, ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.

Tarikan pelancong

Beliau berkata arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak. Katanya, lif akan dibina di bahagian dalamnya bagi membolehkan pelancong meninjau dengan lebih jelas kawasan sekitar perkampungan itu dari puncaknya.

Beliau berkata dengan siapnya patung itu lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Kelantan kerana setakat ini tokong itu sudah menjadi tumpuan pelancong Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand.

Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.

Katanya, kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai pada 1992. Beliau berkata pembinaan patung ini agak berlainan kerana warnanya yang putih berbanding patung di tokong lain berwarna keemasan.



No comments: