Tetamu Kehormat...

January 31, 2012

Ikut Kami ke Syurga!

Kalau beginilah cara pemikiran seorang Presiden PAS, elok benarlah niatnya untuk berundur diri daripada menjadi calon PRU yang akan datang. Mahu atau pun tidak - PAS wajib mengakui bahawa kesan daripada pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS sangat besar dan membimbangkan. Jangan berpura-pura kononnya PAS "tidak hairan" dengan Hassan Ali. secara jujur, orang kampung lebih percaya cakap Hassan Ali daripada kata-kata Mahfuz Omar atau Khalid Samad. Bukan mudah para hulu balang PAS untuk menangkis serangan daripada Hassan Ali - walaupun segala keaiban Hassan Ali dilondehkan, ia masih belum mampu melumpuhkan serangan pakar motivasi itu.

Terkini, Hj Hadi pula seolah-olah "dipaksa" untuk redho dan merestui Khalid Ibrahim memegang potfolio agama Islam di Selangor - dengan hujah dangkal kononnya Khalid sangat rapat dengan Tuanku Sultan, maka urusan agama akan lebih mudah. Kalau itulah hujah Hj Hadi, cadangkan sahaja Lim Guan Eng memegang potfolio agama Islam di Pulau Pinang. yang sebenarnya, Rakyat mahu PAS memegang jawatan exco agama Islam di Selangor adalah kerana kepakaran parti tersebut dan aspirasi perjuangan PAS yang mahukan tertegaknya Islam di negara tercinta ini. Tiada alasan lain.

Khalid Ibrahim dari parti PKR, ideologi partinya bukan al-Quran dan as-Sunah. Mereka tiada aspirasi mahu menegakkan negara Islam - jauh sekali untuk melaksanakan Hudud. Kalau perkara sekecil ini pun tidak mampu dipertahankan oleh PAS - maka apa lagi yang tinggal? Akuilah jangan terlalu ego, PAS sebenarnya sangat lemah. Lemah yang sunguh-sungguh. Terima sahajalah hakikat ini.

GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek. Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.

"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.

"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu. Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.

Peluang itu sekaligus digunakan Umno dengan mendakwa PAS hilang potfolio agama. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas exco itu.

Sebab itu katanya, PAS masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada PAS sebagai Pembantu Exco Agama.

"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).

"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.

2 comments:

Wake UP! said...

Syurga tu bukan mak bapak pemimpin PAS yang punya. Jadi mereka tak boleh la nak sesuka hati bagi syurga kat orang.

Zek said...

Bersetuju 100 peratus. Masa Ayah Chik memimpin PAS sudah hampir penghujung jalan. Semuanya sudah hancur. Tidak ada satu pun yang dpt dipertahankan oleh Ayah Chik. Kemuncaknya orang kesayangannya sendiri pun dia sanggup pecat atas arahan Timb presiden PKR. Tugas hal ehwal agama Agama Islam pun sanggup dilepasdan.

Apa lagi yang ada. Nampaknya Mat Sabu akan jadi Presiden PAS. Padan sangatlah dengan Anwar yang mempunyai hobi yang sealiran.