Tetamu Kehormat...

January 12, 2012

Akhirnya Terbongkar...Inilah Insan yang Mahukan Perpaduan...

KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

19 comments:

Anonymous said...

sebab pas tak molek untuk hassan ali lah dia dikeluarkan. dia lebih sesuai masuk parti yg lebih molek dr pas seperi umno atau perkasa....bukan gitu?

selamat berambus...pas mmg tak perlukan org mcm dia. kalo ada lg yg seangkatan dgn dia nak keluar pas....sila lah dan lakukan dgn segera kerana ia tidak akan menjadi kudis pd pas....malahan ia satu rahmat kerana dpt membersihkan diri dari pengkhianat2 yg membelakangkan jumaah.

pangselebu said...

Ialah tu...jumaah yg menegakkan mungkar...mungkar dah byk bertabur dlm negeri S'gor angkara DAP,tp PAS cuma boleh jadik batu tanda tepi jalan

Anonymous said...

Kahkah kah..perpaduan di bincang masa zaman Tun Dollah lagi. Nak bentuk untity goverment..tetapi tak sempat nak berjaya..kalau sapa perasan waktu hangat di bincangkan ...madey al mamak kutty telah menyerang Tun Dollah dengan hebat sekali.

Tujuan madey al-mamak kutty ini menyerang kerana takut perpaduan (Unity gov) ini terjadi. Iguan ngeri kepada madey al-pandy kutty kiranya hal ini berlaku.

Lupakah kita masa Tun Abdullah makan tengahari bersama Anwar di hulu selangor.

Lupakah mesyuarat di Kelantan untuk bincang bersama Hj.Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Anwar, dan harun din...berkenaan Unity Gov.

Sekarang ini tak boleh bentuk Perpaduan atas sebab...Najib sama dengan perangai madey...suka tipu..
dulu Madey sudah menyepak PAS keluar dari pakatan 1971.

Malah Najib juga menjadi Mat tak mutamad..lihat lah banyak keputusan nya yang sempang peranang & merugikan negara & rakyat.

Anonymous said...

kalau kamu dalam pakatan, wajib mengikut kata2 dan jangan membelakangi 3 orang penting iaitu 'nabi' Nik Aziz, Imam Mahdi Anwar dan Khalifah Lim.

Walau benar macam mana pun perjuangan Islam kamu, kalau ketiga2 ini tidak setuju.. kamu akan di pecat.

Anak didik Khalifah Lim mahu jual arak di kedai runcit, bergaduh DAP dengan Hassan. Pas senyap, anwar buat2 ilang akal sekejap. Hassan kalah perjuangan - DAP menang.

Ada orang nk murtadkan ummat Islam dalam gereja. Hassan ali sebagai exco, arah jabatannya gi siasat. Hassan pulak yang kena balun kerana menggagalkan percubaan memurtadkan orang Islam.

Nik Aziz buat2 sakit perut, anwar hilangkan akalnya sekejap. DAP marah2. Hassan ali kesorangan dalam PAS.

Hakikatnya, Hassan semakin mendapat sokongan dari orang Islam. Pemuda PAS sokong, nasarudin sokong. Nik Aziz kecut perut dah.

3 Orang puaka ni lah yang memecah belahkan perpaduan orang Islam dan juga kaum2 lain di Malaysia. Kemudian salahkan orang lain.

Anonymous said...

Sudah lama orang Melayu bersatu di bawah UMNO & kini org Melayu perlu tukar pula bersatu lah di bawah PAS yang terang dan jelas PAS memperjuangkan Agama ISLAM.

UMNO sudah lama khianat org melayu yang bersatu di bawah nya dengan memecahkan kelompok Melayu itu.

Lihat lah bila pemilihan UMNO pasti org melayu yg sokong umno akan di pecahkan oleh para pemimpin UMNO.

Surat layang & cerita fitnah tak lekang dari mulut pemimpin UMNO pada wakyu pemi9lihan.

Lihat lah pemilihan PAS senyap dan bersih, tiada surat layang, fitnah atau rasuah (politik wang)

Lu pikir la sendiri....tolong la jangan jadi bodoh macam lembu sharizat.....

Mat Kelubi said...

ni la perjuangan yang berkiblatkan kuasa yang sekarang diperjuangkan oleh Pas..Ada insan yang benar-benar mahu menegakkan Islam ditendang keluar..seteruk -teruk umno lagi teruk Pas.. x boleh diharap langsung oleh umat islam dan orang melayu untuk bergantung harapan..Nampaknya Islam dan orang melayu akan terpinggir di buminya sendiri jika Pakatan pembangkang memerintah Malaysia..

Anonymous said...

Dari Dr Harun DIN

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

ZR-CMD said...

btul tu mat. belasah umno btul2 pasal umnolah yang jahat. pas baik sekali dan cukup toleransi sekali walaupun dengan komunis dap malah bersetuju dengan dasar anwar yang liberal. tak gitu?

lepas ni pengikut pas bolehlah rayakan kejayaan pas sebagai peneraju pr... kalau anwar bagilah.. lepas ni malaysia akan jadi pusat lbgt dan negara bebas seks. hiburan seks bebas menjadi agenda anwar, pas mesti dah tau pasal itu pas sangat sokong anwar. siapa yang lawan anwar akan dibunuh dengan amat segeranya. tak gitu mat?

Anonymous said...

Apa kata kerajaan ambil Hassan Ali menjadi pengerusi Majlis Bertindak Anti-Murtad Negara dan bagi slot di TV perdana di waktu perdana. Ini baru iltizam yg nyata dlm perjuangan akidah Islam. Baru beliau tidak terikat dgn sifat kompromi dlm parti politik. Beliau bebas sebebasnya dlm perjuangan akidah itu.

Anonymous said...

1-Orang Kafir - memang Tak Nak HUDUD

2-Orang ISLAM - Negara ISLAM,HUDUD adalah WAJIB

3-Orang FASIK -Memang kita ISLAM,tapi kita belum bersedia melaksanakan HUDUD

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

1-Orang Kafir - memang Tak Nak HUDUD

2-Orang ISLAM - Negara ISLAM,HUDUD adalah WAJIB

3-Orang FASIK -Memang kita ISLAM,tapi kita belum bersedia melaksanakan HUDUD

January 12, 2012 5:48 PM

...pasai apa pula golongan ulamak dalam pas...di buang...penegak islam dalam pas di pecat...parti anwar jubor kunit semelaya

Anonymous said...

Kepada pernama Harun Din,kau ni macam bagus sangat,kaulah ahli neraka dulu,menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik,PAS sekarang semua ahli macam cibai dan anak haram,baghal tak habis2,sebab itulah Allah tak bagi memerintah negara Malaysia,Allah Taalla maha mengetahui hati busuk org2 PAS,nama je Islam,sedetik Sunnah Rasulullah pun tak pernah amal,yang mereka tahu ceramah....ceramah dan kumpul harta,sudah2 jgn jadi penipu,org lain boleh kau tipu,aku bekas org PAS dah 15 tahun bersama , cukup serik mainan dengki dan busuk hati org PAS.bagi aku PAS sekarang dah mampus,buat hudud...lah ni mainan retorik

Mohammad

Anonymous said...

nik ajis nik ajissssssssssssssssss..mahdir mahdirrrrrrrrrrrrrrrrr.....
tak tergamak dh aku nak panggil tuan guru nik aziz..umur dah lanjut tu,tapi ajal maut di tangan tuhan..
bukankah dgn bersatu dan berpegang pd tali Allah itu org islam menjadi lbh kuat..tgklah apa yg berlaku kpd org melayu skrg..di hina..ch ketara,nemewee..dipebodoh..dipertikai..dipermainkan..di adu domba..harap2 tidaklah jadi org melayu di malaysia sbgmana org arab
di libya,iraq dll..paling2 tidak terima nasib spt melayu singapura..politik,sosial,ekonomi kesemuanya dikuasai oleh org asing..kaum pribumi melayu sudah terbalik kelihatan spt org asing dibumi sendiri dan spt tidak wujud pd pandangan org luar/negara luar..peluang masih ada utk org islam/melayu bersatu..

Anonymous said...

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).

Anonymous said...

Halo Alwi,Pas pecat HA bkn psl kjaan perpaduan.Jgn temberang la.HA dah lama jd gunting dlm lipatan tp PAS bg peluang lg tp bila dah mula terang2 n tak duduk dlm lipatan dah,PAS pun tak mau simpan.Habislah satu ejen UMNO dlm PAS.Tu yg kau bengang

Zek said...

Anon 10.13 AM

"selamat berambus ...pas mmg tak perlukan org mcm dia. kalo ada lg yg seangkatan dgn dia nak keluar pas ... sila lah dan lakukan dgn segera kerana ia tidak akan menjadi kudis pd pas... malahan ia satu rahmat kerana dpt membersihkan diri dari pengkhianat2 yg membelakangkan jumaah."

----------------------------------

Jumaah PAS sekarang sudah jauh dari membela agama. Dasar pun dah berubah dari negara Islam ke negara berkebajikan yang UMNO dah buat lama dah. sejak merdeka lagi.

Dulu dalam ceramah PAS selalu dibaca ayat 28 surah Ali Imran. Sekarang tak dengar dah. Sebab dah berkawan baik dengan DAP. Bukan kawan saja tapi ikut saja cakap pemimpin DAP dan PKR. Pecat Hasan Ali kata Azmin Ali, maka pemimpin PAS pun pecat Hasan Ali yang konsisten perjuangannya membela umat Islam, Bangsa Melayu dan Institusi raja.

Pemimpin DAP arahkan pengikut PAS baring atas jalan raya. Mereka lakukan. Alangkan hinanya.

Adi Kencana said...

Bila PAS nak pecat Ustat Hadi Awang?

SIKAP HIPOKRIT NURUL TERSERLAH BILA KUTUK MB PAHANG... Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

PAS Stadium said...

Siapa dalam PAS sekarang adalah kapiaq. Kerana menerima kapiaq sebagai ketua.

Menerima perintah dan nasihat daripada kapiaq samalah juga macam kapiaq.

Apa kapiaq suruh buat PAS ikut. PAS lebih kapiaq dari apa yang telah di hukumkan kepada UMNO.

Hukum PAS sekarang dah balik kepada PAS sendiri.

PAS yang ada sekarang hanyalah PAS untuk masuk stadium tonton bolasepak free.

gombakharapan said...

Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com