Tetamu Kehormat...

December 28, 2011

Sudahlah, Jangan Banyak Prasangka!

December 22, 2011

Mahfuz Serang "Ahli Badar" PAS : Satu Percaturan Silap!

Mahfuz Omar menghalakan tembakannya kepada Hassan Ali dengan mendakwa bahawa Hassan Ali sudah pun mengisytiharkan perang ke atas parti tersebut - Izinkan saya membetulkan kenyataan beliau tersebut. Hassan Ali memang telah mengisytiharkan perang, tetapi bukan sebarang perang. Perang yang disytiharkan oleh Hassan Ali ialah perang jihad menentang golongan sekular yang menempek di dalam PAS atas nama Islam dan cuba merubah perjuangan PAS yang selama ini sudah tertanam di dalam benak orang-orang yang ikhlas mahu melihat tertegaknya daulah Islamiyyah di bumi Malaysia ini.

Mahfuz Omar tidak perlu tersinggung dengan sindiran pedas Hassan Ali tersebut. Sememangnya gelombang ketidakpuashatian dalam kalangan ahli PAS terhadap slogan "Negara Berkebajikan", "PAS Ganti UMNO" dan "PAS For All" sudah semakin menyerlah, semenjak PAS bersikap terlalu liberal dan mengikut telunjuk DAP.

Alangkah indahnya jika slogan-slogan tersebut digantikan dengan hakikat sebenar perjuangan PAS tanpa perlu memakai topeng munafik, bukankah lebih jelas perjuangan PAS sekiranya slogan seperti, "Negara Islam", "Islam For All" dan "Islam Ganti Sekular" dijadikan sebagai tonggak utama terhadap mesej Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS selama ini? Mahfuz Omar dan juak-juaknya harus menerima hakikat ini - sesungguhnya PAS sudah semakin hilangan sokongan hanya kerana terjerat dengan gaya politik Anwar Ibrahim. Apabila orang kafir harbi dijadikan kawan, maka inilah jadinya. Dan apabila Islam diletakkan di dalam peti undi maka tunggu sahajalah kehancurannya. Wallahualam. Takbiirrrr!!! Allahu Akhbar!!

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan. Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno. Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”

“Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

“Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan” katanya lagi. Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.

“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi.

“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.

Semalam, sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Hasan mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar. Hasan turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media.

December 20, 2011

Jawapan Mahathir : Anwar...Anwar..Engkau Kalah Lagi Rupanya...

Akhirnya Tun Mahathir membalas kelongsong peluru yang tidak berguna yang dilontarkan juak-juak jahil dan tiada pengetahuan tentang ekonomi. Secara tradisi, Anwar Ibrahim tidak pernah menang sekiranya beliau menentang Tun Mahathir. Dan ini adalah bukti terakhir, bahawa Anwar Ibrahim bukan lawan Tun Mahathir. Segalanya sudah selesai dengan jawapan Tun Mahathir yang sangat tepat dan berterus-terang. Baca penjelasan Tun Mahathir di sini dan terjemahan bebas bersama bukti di blog MIM di sini. So, sekarang siapa sebenarnya yang berbohong dan suka putar belit fakta? Kau kalah lagi Anwar...

Aduh...Aduh..Tolooong, Tolong, Panas..Panas..Cukup Hassan..Kami Tak Tahan

Kritikan demi kritikan Dr Hassan Ali terhadap dasar perjuangan PAS yang dilihat semakin tergelincir jauh daripada landasannya, sejak parti tersebut bersahabat baik dengan DAP, sudah tidak mampu dihalang lagi. Bahkan, terdapat sebahagian ahli-ahli PAS yang seolah-olah "kepanasan" dengan kritikan Hassan Ali tersebut. Golongan ini umpama syaitan yang sedang dibakar dengan Surah Yassin - menjerit-jerit dan meraung-raung kepanasan. Inilah akibatnya, apabila Islam diletakkan di dalam peti undi dan demokrasi. Kuasa jadi lebih utama daripada niat suci untuk menegakkan kalimah Allah. Syabas Hassan Ali, semoga Allah memberi kekuatan kepada tuan! Takbirrrr Allahu Akhbar!!!

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar. Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Hasan, pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian.

“Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati,” katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

“Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan yang diambilnya sekarang adalah untuk mengukuhkan parti supaya tidak dilihat terumbang ambing dan tetap konsisten memperjuangkan menegakkan Islam.

“Dari segi kronologi, penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP memang menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan, tetapi itu bukanlah faktor utama, terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut.

“Namun begitu, saya tidak pernah menyuarakan hasrat PAS perlu keluar dari Pakatan untuk kembali kepada matlamat perjuangan asalnya,” tegasnya lagi. Menurut Hasan, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar kerana dilihat memberikan pandangan yang begitu negatif dan mengandungi niat jahat terhadap dirinya.

“Datuk Mustafa terus menyerang saya dengan nada yang agak personal, di mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan isu pokok, bahkan memberi gambaran kedudukan saya dalam parti tidak bertahan lama,” jelas Hasan menyuarakan kekecewaannya.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, dirinya bukanlah duri dalam daging kepada parti dan beliau sendiri tidak begitu gemar menggunakan istilah tersebut.

“Tidak timbul isu duri dalam daging dalam PAS, tetapi itu merupakan perbezaan pendapat, yang pada saya harus dihormati,” katanya lagi.

December 19, 2011

Dokumen Palsu Bank Dunia untuk Fitnah Mahathir

PUTRAJAYA, 19 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

“Saya nak tengok... Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini... pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

“Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

“Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain,” katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Kasi Aje Jawatan Pegawai Khas atau Setiausaha Politik Kepada Adam Adli, Tutupla Mulutnya Nanti

Tak Kutemui Kubur UMNO!

If you have difficulty distinguishing the World Bank from the International Monetary Fund, you are not alone. Most people have only the vaguest idea of what these institutions do, and very few people indeed could, if pressed on the point, say why and how they differ. Even John Maynard Keynes, a founding father of the two institutions and considered by many the most brilliant economist of the twentieth century, admitted at the inaugural meeting of the International Monetary Fund that he was confused by the names: he thought the Fund should be called a bank, and the Bank should be called a fund. Confusion has reigned ever since.

Known collectively as the Bretton Woods Institutions after the remote village in New Hampshire, U.S.A., where they were founded by the delegates of 44 nations in July 1944, the Bank and the IMF are twin intergovernmental pillars supporting the structure of the world's economic and financial order. That there are two pillars rather than one is no accident. The international community was consciously trying to establish a division of labor in setting up the two agencies. Those who deal professionally with the IMF and Bank find them categorically distinct. To the rest of the world, the niceties of the division of labor are even more mysterious than are the activities of the two institutions.

Similarities between them do little to resolve the confusion. Superficially the Bank and IMF exhibit many common characteristics. Both are in a sense owned and directed by the governments of member nations. The People's Republic of China, by far the most populous state on earth, is a member, as is the world's largest industrial power (the United States). In fact, virtually every country on earth is a member of both institutions. Both institutions concern themselves with economic issues and concentrate their efforts on broadening and strengthening the economies of their member nations. Staff members of both the Bank and IMF often appear at international conferences, speaking the same recondite language of the economics and development professions, or are reported in the media to be negotiating involved and somewhat mystifying programs of economic adjustment with ministers of finance or other government officials. The two institutions hold joint annual meetings, which the news media cover extensively. Both have headquarters in Washington, D.C., where popular confusion over what they do and how they differ is about as pronounced as everywhere else. For many years both occupied the same building and even now, though located on opposite sides of a street very near the White House, they share a common library and other facilities, regularly exchange economic data, sometimes present joint seminars, daily hold informal meetings, and occasionally send out joint missions to member countries. (Sambung bacaan anda di sini).

Inilah Perbezaan Antara Bank Dunia dengan IMF

The International Monetary Fund and the World Bank at a Glance
International Monetary Fund
  • oversees the international monetary system
  • promotes exchange stability and orderly exchange relations among its member countries
  • assists all members--both industrial and developing countries--that find themselves in temporary balance of payments difficulties by providing short- to medium-term credits
  • supplements the currency reserves of its members through the allocation of SDRs (special drawing rights); to date SDR 21.4 billion has been issued to member countries in proportion to their quotas
  • draws its financial resources principally from the quota subscriptions of its member countries
  • has at its disposal fully paid-in quotas now totaling SDR 145 billion (about $215 billion)
  • has a staff of 2,300 drawn from 182 member countries
World Bank
  • seeks to promote the economic development of the world's poorer countries
  • assists developing countries through long-term financing of development projects and programs
  • provides to the poorest developing countries whose per capita GNP is less than $865 a year special financial assistance through the International Development Association (IDA)
  • encourages private enterprises in developing countries through its affiliate, the International Finance Corporation (IFC)
  • acquires most of its financial resources by borrowing on the international bond market
  • has an authorized capital of $184 billion, of which members pay in about 10 percent
  • has a staff of 7,000 drawn from 180 member countries

Milik Siapakah Kebiadaban Ini?

DS Najib tidak perlu gusar dengan ugutan budak-budak hingusan seperti ini. Mereka bukanlah mahasiswa yang seratus peratus mewakili seluruh mahasiswa universiti. Masih terlalu ramai mahasiswa yang mahu belajar dan berjaya dalam pengajian mereka. Sekiranya dibuat bancian dan undian, puak-puak ini pasti akan tersisih dengan agenda kotor mereka yang mahu menyertai politik bagi tujuan "membodek dan mahu cepat dapat kerja melalui cara mendampingi tokoh-tokoh politik." Golongan mahasiswa seperti ini sangat berharap - sekurang-kurangnya selepas tamat belajar dengan keputusan yang cukup makan, mereka akan dilantik sebagai Pegawai Khas, Setiausaha Politik atau jawatan-jawatan politik lain. Fikiran mereka mudah dibaca, kerana itulah yang pernah dilakukan oleh Azmin, Ezam dan lain-lain tokoh politik muda dewasa ini.

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada tidak lagi beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa. Bercakap pada satu sidang media di ibu negara hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razak berkata, mereka telah muak dengan janji populis Najib selama ini yang dilihat tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat.

"Kita beri kata dua kepada perdana menteri, jika tidak ada transformasi drastik, kita akan bergerak sama ada melalui undi pilihan raya atau ruang-ruang demokrasi lain yang ada," katanya.

Ianya termasuk janji pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun tetap digunakan menangkap 10 orang rakyat Sabah pada November lalu. Selain itu, Najib juga cuba memperlihatkan retorik beliau apabila beliau sendiri mempertahan Bil Perhimpunan Aman 2011 biarpun didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala yang terbaru hasrat untuk meminda sekseyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) namun pada masa sama kerajaan juga memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi merujuk semula keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 15 Auku bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

"Hari ini kita hanya turunkan bendera (gambar PM), jika tidak ada perubahan drastik, tidak mustahil anak muda akan jatuhkan regim ini untuk diganti dengan kerajaan lebih baik," katanya.

Turut serta pada sidang media dia Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pagi tadi termasuklah mantan Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin. Kata dua yang berbaur amaran itu dilontarkan dua hari selepas ratusan mahasiswa berarak di ibu negara menuntut kebebasan akademik Sabtu lalu yang turut menyaksikan bendera gambar Najib di hadapan ibu pejabat Umno diturunkan dan diganti dengan bendera kebebasan akademik selama beberapa minit.

Dalam perarakan itu dua memorandum turut diserahkan masing-masing kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

December 18, 2011

Tahniah Tuan Presiden!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar pada sidang media sempena perhimpunan bantahan dan taklimat SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini petang ini.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan pada Khamis ini.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

Bagaimanapun Cuepacs tiada maklumat berapa ramai yang sudah menandatangani opsyen SBPA setakat ini.

“Kami tiada statistik buat masa sekarang,” kata beliau yang turut menambah, pihaknya belum memaklumkan pendirian penangguhan pelaksanaan urusan opsyen kepada JPA lagi. Cuepacs membuat pendirian itu pada mesyuarat majlis kongres di Perlis Khamis lalu. JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.

“Tempoh 15 hari tidak cukup, kami mahu ia dilanjutkan,” kata Omar sambil menambah, pemimpin-pemimpin Cuepacs sendiri tidak jelas tentang kandungan SBPA.

“Kalau kami sendiri tidak jelas, bagaimana hendak dijelaskan kepada ahli-ahli kami.

“Kalau kami diberikan maklumat, kami sendiri boleh lakukan jelajah taklimat tanpa JPA, kami boleh buat, kami boleh tolong. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi kami tidak dibawa bersama dalam taklimat mereka,” katanya lagi.

Sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs menghadiri perhimpunan hari ini. Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji. Beliau mengakui ada kakitangan awam diugut supaya menerima SBPA dan dikatakan tidak boleh masuk pejabat jika enggan menerima SBPA.

Apabila diberitahu bahawa ada kakitangan yang sudah dimaklumkan mengenai tangga gaji, Omar berkata:

“Kami tidak diberikan buku sifir gaji sepenuhnya. Masa kami tanya pada taklimat JPA (bulan lalu) dikatakan rahsia, tetapi sekarang tidak dikeluarkan.

“Memang ada kakitangan diberitahu, tetapi kebanyakan tidak tahu. Ada juga agensi yang tidak ada kesatuan.” Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.

SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.

“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.

“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.

Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA. Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya. Ada yang mendakwa menerima perubahan gaji bawah peratusan itu.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” katanya.

Mesej Penting Untuk Dr Asri



Kita berharap seluruh ulama dan umat Islam bersatu dalam soal ini. Jangan masih ada komen-komen yang cuba mempertikaikan kononnya statistik atau agenda permurtadan merupakan isu kecil dan perlu ditangani dengan cara berhujah semata-mata. Semoga Allah selamatkan Malaysia.

Isu Mahathir Pinjam Bank Dunia - Isu Basi Yang Sudah Selesai! Baca Berita Tahun 1999 Ini


KUALA LUMPUR 2 Jul 1999 - Bank Dunia menyifatkan Malaysia sebagai antara negara peminjam yang terbaik dalam keberkesanan penggunaan dana dan pembayaran balik pinjaman. Pengarah Dasar Sosial dan Kawal Selia Bagi Rantau Pasifik dan Asia Timur Bank Dunia, Katherine Marshall, berkata keadaan itu berdasarkan kepada prestasi Malaysia daripada aspek kemajuan dan keputusan projek yang dilaksanakannya menggunakan dana yang disalurkan bank itu.

"Saya tidak dapat mengulas perhubungan khusus kami (Bank Dunia) dengan Malaysia, tetapi Malaysia sentiasa menjadi antara peminjam yang mempunyai prestasi terbaik dari aspek keputusan dan kemajuan (projek)," katanya selepas menyampaikan ceramah di jamuan malam anjuran The Kuala Lumpur Society and Integrity di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Bank Dunia berpuas hati cara Malaysia menggunakan pinjaman yang diperolehinya daripada bank itu. Menurut laporan kewangan Bank Dunia berakhir 30 Jun lalu Malaysia memperolehi tiga pinjaman berjumlah AS$404 juta (RM1.54 bilion) daripada bank itu.

Sebahagian besar pinjaman itu berjumlah AS$244 (RM927.2 juta) adalah bagi bidang pendidikan membabitkan pembinaan 60 sekolah, asrama dan perumahan untuk kakitangan perguruan. Kira-kira AS$100 juta (RM380 juta) pula disalurkan kepada Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) bagi mengatasi masalah Y2K di agensi kerajaan. Sebanyak AS$60 juta (RM228 juta) lagi adalah untuk program sosial seperti pembinaan pusat jagaan harian, tadika untuk golongan miskin dan pusat perlindungan wanita.

Marshall berkata, adalah menjadi dasar Bank Dunia untuk memastikan pinjaman yang diberikannya digunakan sepenuhnya bagi projek yang dinyatakan di dalam permohonan dan dengan cara yang berkesan. "Kami akan membuat penilaian dan jika timbul keraguan pinjaman tidak akan dikeluarkan," katanya sambil menambah ada banyak kes yang bank itu tidak berpuas hati dengan bil yang dihantarkan kepadanya tidak menepati piawaian yang ditetapkan. "Apabila ini berlaku, kami (Bank Dunia) tahu kemungkinan berlakunya perbuatan rasuah sistemik," katanya.

Beliau berkata, walaupun sukar untuk mengawal kegiatan berkenaan tetapi adalah menjadi tugas Bank Dunia untuk memastikan dana yang dikeluarkannya digunakan secara jujur. Katanya, ini kerana penyelewengan penggunaan dana pinjaman yang diberikan hanya akan merugikan pembayar cukai. Katanya, rasuah dan penyalahgunaan sumber sememangnya menyebabkan pinjaman yang disalurkan tidak diterima sepenuhnya oleh penerima akhir iaitu rakyat.

Sebelum itu, dalam ceramahnya Marshall berkata, Malaysia adalah contoh yang baik bagi Afrika Selatan dalam melaksanakan reformasi sosial dan ekonominya. Katanya, Afrika Selatan kini menghadapi cabaran yang besar dalam menangani masalah ketidaksamaan dalam pengagihan ekuiti antara kaum kulit hitam dan putih. - Berita Harian

Mahasiswa Yang Suka Demonstrasi Kena Sindir Dengan Mahathir

December 17, 2011

"Aib" Hassan Ali dan Nasharudin Mula Didedah! Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Kempen memburuk-burukan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hassan Ali sudah bermula. Gendang perang sudah berbunyi. Sayang - isu ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat PAS Pusat dan negeri dijadikan "aib" bagi menunjukkan kelemahan kedua-dua tokoh yang rasional ini. Malang sungguh nasib Hassan Ali dan Nasharudin. Ukhwah Islamiyyah yang terbina dalam kalangan pemimpin utama PAS selama ini, hancur berkecai kerana kehadiran DAP dan PKR. PAS kini mabuk kuasa, dan yang sebenarnya terperangkap dalam agenda halus musuh Islam ialah Mustafa Ali sendiri. Beliaulah yang tidak sedar bahawa PAS sudah pun berubah haluannya. PAS hari ini bukan lagi sebagai sebuah parti Islam, sebaliknya ia tidak ubah lagi seperti "Biro Agama" yang bernaung di bawah DAP dan PKR - itulah hakikatnya. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan. Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu. Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Luahan Nasharuddin Mat Isa

Video Mahathir dan Nor Yackop Bantai Anwar Ibrahim tetang Isu IMF & Bank Dunia

SBPA : Dunia Penerbitan Ilmiah Malaysia Bakal Hadapi Krisis

Dalam keghairahan Perdana Menteri memperkenalkan misi transformasi dalam sektor awam bagi menjenamakan semula imej UMNO dan kerajaan - seharusnya ia akan lebih membawa seribu rahmat kepada penjawat awam dan bukan mengundang kekeliruan yang bisa sahaja dijadikan senjata maut Pakatan Rakyat untuk terus menghasut mereka agar membenci kerajaan. Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan baru-baru ini sudah mula mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, bahkan ada yang merasakan bahawa SBPA lebih bersifat paksaan daripada mengemukakan satu dokumen tawaran.

Beberapa transformasi yang terkandung dalam SBPA sama sekali tidak mencermini hasrat dan laungan sebenar pihak kerajaan yang diuar-uarkan di media massa. Sebagai satu contoh yang sangat klasik - semalam Datuk Seri Najib mengumumkan dana sejumlah RM5 juta bagi merancakkan penerbitan buku karya asli di negara ini melalui Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kata lain - maksud tersiratnya adalah untuk memperkasakan dunia penerbitan di negara ini.

Tetapi, malangnya DS Najib terlupa, mulai tahun hadapan sudah tidak ada lagi jawatan Pegawai Penerbitan di seluruh universiti awam di negara ini - semuanya akan bertukar skim menjadi Pegawai Penerangan! Skim Pegawai Penerbitan di bawah SBPA sudah dijumudkan - ramai yang tidak tahu bagaimana sebenarnya pekerjaan seorang Pegawai Penerbitan universiti. Ia tidak boleh dimasukkan di bawah klasifikasi tugas seorang Pegawai Penerangan.

Tugas penerbitan di bawah Pegawai Penerangan tidak sama dengan tugas Pegawai Penerbitan di sebuah universiti awam yang menguruskan kerja-kerja penerbitan karya asli, jurnal, prosiding dan pembinaan judul! Justeru itu, mana mungkin kerajaan mampu memperkasakan dunia penerbitan ilmiah di negara ini, sekiranya jawatan dan tugas Pegawai Penerbitan universiti sudah pun diserapkan dalam fungsi bersama Pegawai Penerangan!

Kerja-kerja Pegawai Penerbitan tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran. Mereka adalah editor! Mengurus sebuah manuskrip karya ilmiah, bukan seperti menulis minit mesyuarat atau menguruskan sebuah tender sebut harga!

Bila disebut Pegawai Penerbitan - sebenarnya kita bercakap soal kualiti hasil sesebuah buku! Pegawai Penerbitan merupakan juruaudit terhadap bahasa, kandungan dan kualiti sesebuah karya ilmiah sebelum ia sampai ke tangan pembaca. Proses ini tidak boleh dibuat sambil lewa atau bersahaja. Jika seseorang Pegawai Tadbir boleh masuk dan keluar meeting tiga hingga empat kali sehari - Pegawai Penerbitan pula tidak boleh mengedit tiga atau empat buah buku dalam tempoh satu hari, itu kerja gila.

Pada ketika kerajaan cuba memperkasakan dunia penerbitan ilmiah di negara ini - di sisi lain mereka terlupa bahawa mereka jugalah yang meranapkan tiang-tiang serinya. Skim jawatan Penerbitan sewajarnya diperluas dan bukan dijumudkan. Penerbitan dan Penerangan dua perkara yang berbeza. Peranan dan fungsi kedua-dua jawatan tersebut terlalu besar dan tidak boleh dijamakkan dalam satu skim, cacar-merba jadinya. Saya khuatir - penjawat awam semakin jauh daripada UMNO/BN kerana isu-isu seperti ini. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi merancakkan penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda dalam semua genre. Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat selama dua tahun iaitu RM3 juta pada tahun ini dan RM2 juta pada tahun hadapan. Tambah beliau, peruntukan itu akan disalurkan menerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

"Bagi membolehkan matlamat ini dapat direalisasikan secepat mungkin, kerajaan mengambil keputusan agar peranan ITNM diperluaskan iaitu selain menjadi peneraju dalam industri terjemahan, agensi ini juga akan bertanggungjawab menerbitkan karya asli dengan nama dan penjenamaan baru iaitu Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan jubli emas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, malam ini. Menurut Najib, kerajaan yakin ITBM berupaya menguruskan peruntukan yang diberikan bagi memastikan karya asli penulis muda yang telah diterima dapat diterbitkan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Tambah beliau, kerajaan juga mengharapkan Pena sebagai 'pemegang saham' dalam peruntukan itu dan dapat turut melaksanakannya dengan menyaring serta memantau isi kandungan yang bakal dihasilkan penulis muda.

"Dalam masa sama, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Pena sebagai sokongan terhadap peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pertubuhan ini," katanya.

Najib menambah, kerajaan turut menyedari proses rumit percetakan yang sedikit-sebanyak melambatkan tempoh masa penerbitan sesebuah buku. Justeru kata beliau, sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah bersetuju membentuk kerjasama strategik bersama ITBM dan Pena.

Tahniah Datuk Baha Zain!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini. Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran.

Baharuddin mula melibatkan diri dengan Pena sejak awal tahun 60-an dan memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Presiden Pena pada 2008 hingga 2010. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang berusia 72 tahun itu berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) pada 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

December 15, 2011

Siapa Sebenarnya Tali Barut DAP?

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu. Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti. Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras. Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

“Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor,” katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik. Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

“Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden,” katanya.

Bagaimanapun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu. “Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

“PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar,” katanya.

Jangan Marah...Memang Ini Kerja Korang

December 14, 2011

Jangan Kata Kami Hantu!

Oleh TOK KI. Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungip dalam kenyataannya menyatakan Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan dicalonkan lagi kerana tidak cukup pencalonan. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kenyataan itu. Maksud kenyataan Saari Sungip itu adalah jelas bahawa dalam isu Hasan yang sedang berbangkit terutamanya di Selangor, ada kecenderungan memperkecilkan kewibawaan Hasan. Peliknya jawapan Hadi Awang sebaliknya.

Dalam Pas, siapakah yang mempunyai autoriti memutuskan seseorang itu menjadi calon atau sebaliknya. Apakah ini memberi petanda bahawa gendang politik sedang dipalu dan Pas Selangor bakal menghadapi pergolakan mengenai kedudukan Hasan dan juga ia memberi kesan kepada Pas Pusat. Ini kerana Hasan adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan pernah menjadi Naib Presiden Pas Pusat untuk beberapa penggal dan menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum disingkirkan daripada kedudukan itu.

Timbul soalan mengapa Hasan ingin dipinggirkan malah tidak mustahil disingkirkan daripada Pas. Apakah Pas tidak mengalu-alukan pandangan seorang profesional berpengalaman? Apakah ramai di kalangan Pas dan pakatan pembangkang tidak rasa senang dengan tindakan-tindakan oleh Hasan yang mengetuai portfolio agama terhadap beberapa isu yang menyentuh kepentingan Islam dan amalan-amalan mungkar di Selangor?

Masalah arak, lubang-lubang maksiat di Selangor sangat banyak. Ia berkembang tanpa kawalan. Isu permurtadan seperti yang terjadi di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada 3 Ogos lalu adalah benar. Isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang disertai oleh Hasan menjadi duri dalam daging bagi Pas. Apakah Pas sebagai anggota pakatan pembangkang tidak rasa sensitif dengan perkara-perkara ini.

Apakah makna perjuangan Pas terhadap isu-isu Islam? Apakah kerana menjaga hati DAP dan Parti Keadilan Rakyat maka Hasan dijadikan mangsa? Wakil-wakil DAP secara jelas menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Hasan itu sebagai "social policing".

Rakyat Selangor harus dberikan kebebasan untuk melakukan sesuatu tanpa dijadikan agama sebagai sandaran ukuran. Hak asasi mereka mesti dijaga.

Orang ramai mengharapkan Pas sebagai sebuah "parti Islam" melakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran di Selangor. Apabila Hasan ingin menubuhkan Unit Penyelarasan Akidah, Anwar Ibrahim tidak setuju dengannya. Apabila Himpun berkumpul mengenai isu pemurtadan Pas tidak bersama.

Bayangkan sekiranya pakatan pembangkang menguasai Malaysia (minta dijauhkan Allah) apakah peranan Pas yang sebenar. Mampu tidak Pas membawa DAP memahami maksud Islam yang mengajak manusia kepada dasar-dasar yang baik. Mampu atau tidak Pas mengajak Anwar membangunkan sebuah Negara Islam contoh kerana Anwar adalah bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Apa yang berlaku ialah perjuangan Negara Islam sudah bertukar menjadi Negara Berkebajikan. Hadi memberitahu bahawa konsep Negara Islam tidak ada di dalam al Quran. Selama ini Pas berjuang menggunakan asas apa?

Apakah Negara Berkebajikan merupakan 'pencairan' Pas dalam pakatan pembangkang kerana ingin mengambil hati DAP dan percaturan Anwar untuk sampai ke Putrajaya menerusi ejen "Erdogan"nya? Apakah Pas masih tidak memahami maksud perjuangan DAP ke arah sosialis demokratik atas tunjangan Malaysian Malaysia dan perjuangan Anwar ke arah dukungan hak asasi yang liberal dan pluralis?

Kebencian Nik Aziz Nik Mat terhadap UMNO amat luar biasa. Hujah UMNO parti jahiliah dan parti kafir adalah lafas biasa. Suatu ketika bila Dr. Syed Husin Ali dari PKR mahu dicalonkan di Kota Bharu, ia ditentang atas alasan ia adalah perjuangan sosialis. Tetapi mengapa DAP boleh diterima oleh Nik Aziz sedangkan perjuangannya ke arah sosialisme sangat nyata.

Mengapa juga Nik Aziz amat terpaut dengan Anwar yang memimpin pembangkang tetapi mengemukakan konsep semua agama sama iaitu asas pluralisme dan kecenderungan hak asasi bentuk baru yang sedang diperjuangkannya. Apakah Nik Aziz tidak dapat membaca percaturan ini atau masih mendengar bisikan Husam Musa mengenai kebaikan perjuangan Anwar sebagai jurucakap "Erdogan" yang sedang menguasai kempimpinan Pas kini.

Ke mana perginya Kepimpinan Ulama dalam perjuangan Pas. Mengenali Hadi sekian lama, amat gigih memperjuangkan Negara Islam. Apakah dengan menukar Pas ke arah perjuangan Negara Berkebajikan menandakan kegagalan dan ketidakmampuan Hadi dan barisan kepimpinan ulama yang dikatakan tidak sampai 35 peratus yang tinggal, untuk mengungkapkan konsep Negara Islam kepada DAP dan Anwar.

Kalau Nik Aziz merasa terlalu jijik dengan UMNO kerana memperjuangkan landasan bangsa, agama dan negara, apa bezanya dengan perjuangan Abu Bakar Bakir, Zulkifli Muhammad, Burhanuddin Hilmi - tokoh Pas yang tersohor juga memperjuangkan landasan agama, bangsa dan negara.

Kalau Nik Aziz berperndapat bahawa UMNO adalah parti jahiliah kerana perjuangan itu, apakah mereka juga jahiliah kerana menggunakan landasan yang sama.

Telah sekian lama hal-hal kebajikan diperjuangkan UMNO. Memberikan biasiswa, salur pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghantar anak-anak yang terpilih tidak kira anak orang Pas, UMNO dan tidak berparti tanpa pilih kasih ke luar negara, menubuhkan institusi kewangan dan pendidikan yang mendukung cita-cita Islam, memperkukuhkan institusi syariah secara berperingkat-peringkat, membangunkan Felda dan Felcra untuk manfaat golongan miskin, memperkasakan peluang pendidikan anak-anak belajar di sekolah-sekolah terpilih adalah sebahagian dasar UMNO/ Barisan Nasional (BN) yang membawa pencerahan dan kebaikan yang dinikmati oleh orang PAS juga.

Kalau begitu apakah maksud Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh Pas. Pas sudah ketinggalan zaman dan tidak mahu mengakui yang baik itu baik dari UMNO walaupun data dan fakta terbentang luas. Pas lebih suka melakukan tahalluf siasi (pakatan politik) dengan DAP dan Anwar walaupun Nik Aziz tahu bahawa faham sosialis itu tidak selari dengan pemikirannya dan faham pluralisme itu sendiri bercanggah dengan Islam yang sebenar.

Kalau alasannya kerana UMNO itu parti nasionalis yang sifatnya rasis, Nik Aziz selalu menyebut-nyebut pengalaman 'ditendang' oleh UMNO suatu ketika dulu. Tetapi sepak terajang politik itu tidak membawa ke tahap berbunuh-bunuhan. Apa pertimbangan Nik Aziz terhadap sikap ulama Hamas terhadap PLO yang pernah berbunuh-bunuhan, akhirnya kini memilih kepada kerjasama sedangkan PLO itu mendukung faham nasionalis dan sekular.

Apa pertimbangan syarie dan tahalluf siasi yang membawa kepada kerjasama Hamas-PLO supaya umat Palestin kelihatan bersatu menghadapi cabaran zionis Israel dan sekutunya. Dan apa pertimbangan Nik Aziz bila diajak di tahap tertinggi untuk menyelesaikan masalah umat dan ternyata tahallus siasi Hamas-PLO dijadikan rumusan terbaik, sebaliknya terlalu jijik dengan UMNO dan cenderung bersama dengan kelompok yang ingin mengemukakan faham neo-liberalisme yang anti agama, institusi Raja dan dasar memperkasa umat Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Hal-hal ini saya percaya mengecewakan Hasan yang menginginkan kepimpinan ulama menjadi sumber kegiatannya sejak 15 tahun menyertai Pas dan amat mengagumi kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Ramai yang kecewa dengan peralihan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Lebih tiga tahun Hasan menggerakkan Islam di Selangor, terlalu banyak getir yang dilaluinya. Selangor sepatutnya menjadi model sebuah pakatan yang memahami ungkapan Islam yang bertamadun dan amat dihargai oleh DAP yang dikatakan menuntut sebuah negara tanpa rasuah, amanah dan adil kerana Islam itu sendiri pada prinsipnya memperjuangkan hal-hal tersebut. Anwar tahu hakikat itu sejak berjuang dalam ABIM dan UMNO lagi.

Amat malang seorang seperti Hasan yang mendambakan dirinya kepada perjuangan Islam dianggap musuh dan ingin dipinggirkan dan disingkirkan oleh Pas dan pakatan pembangkang sendiri. Kalau begitu apa corak perjuangan pakatan pembangkang kalau ditakdirkan (minta dijauhkan Allah) memerintah Malaysia nanti.

Bolehkah pendekatan sosialis-demokratik, liberal-pluralis dan konsep negara berkebajikan merintis konsep Negara Islam yang bertamadun. Karpal Singh secara tegas menyatakan "langkah mayat saya dulu". Apakah petanda itu tidak cukup bagi Pas membaca dan memahami keadaan. Kenapa tidak memilih jalan yang lebih baik untuk kepentingan umat Islam kerana politik dan kuasa adalah pangkalan yang terakhir yang masih ada pada mereka.

December 13, 2011

Husam Musa Saman Dua Bloggers UMNO

KOTA BHARU, 13 Dis: Doktor pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Ahmad Shawani Mohd Sidek, 40 memberitahu mahkamah beliau pernah merawat bapa blogger Umno, Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad. Ketika memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini katanya Roban Ahmad Samsir dirawat di wad pada 27 September hingga 4 November 2009 kerana menghidapi penyakit kencing manis.

Katanya, beliau boleh mengingati pesakit terbabit memandangkan namanya agak unik, dan kebetulan pula mendapat panggilan telefon anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menanyakan nama pesakit terbabit.

“Sekadar memberi nama pesakit tidak menyalahi peraturan dan saya bukannya memberitahu lanjut jenis penyakit,” katanya menjawab soalan peguam defendan Adly Abdul Manas,” katanya.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Husam diwakili peguam Hisham Fauzi turut dibantu Zainal Abidin Mustafa dan Rosilawati Zakaria. Bagaimanapun Zainal tidak hadir kerana ada kes lain di Putrajaya. Naib Presiden PAS itu menyaman Faisal kerana menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya. Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama dan membayar ganti rugi RM500,000. Faisal yang hadir bersama keluarganya dijangka menjadi saksi pihak defendan pada perbicaraan yang akan disambung pada 7 dan 8 Mac tahun hadapan.

Manakala prosiding kes Husam saman seorang lagi blogger mesra Umno, Kickdefella akan diadakan pada 18 Disember depan juga di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pada pengurusan kes sebelum ini Kickdefella, nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur, namun dibantah plaintif.

Cukup...Cukup Zul...Panas Telinga Aku Dengarnya..

Salam 2 all. Ahad lepas 15 Muharram n1433 bersamaan 11 Dis 2011, bersamaan dengan peristiwa gerhana bulan, Haji Hadi melancarkan "DOKUMEN NEGARA KEBAJIKAN", satu manifesto kaum Anwarinas dalam menghadapi PRU13 nanti. Dokumen yang sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah ni dijadikan modal terbaru kaum Anwarinas untuk mencapai nafsu serakah mereka ke Putrajaya!

Persoalan pokoknya ialah, bolehkah DONK ini dipercayai!?

Jangan lupa pada 12 Nov 2003, dalam menghadapi PRU ke 11, kaum Anwarinas mengemukakan "DOKUMEN NEGARA ISLAM" yang dilancarkan juga oleh Haji Hadi! Tujuannya masa itu adalah antara lain untuk menentang konsep "ISLAM HADHARI" yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diterima baik oleh bukan sahaja umat Islam dalam dan luar negara, malah oleh bukan Islam. Ini dapat dilihat dalam ucapan-ucapan penerimaan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PBS, dan lain-lain. Malah ianya diterima diperingkat antarabangsa sebagai satu gagasan yang dapat memartabatkan Islam dipersada dunia.

Pembangkang kini tertekan dengan konsep "Islam Wasathiyah" yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri yang bertindak sebagai pemangkin kepada Gagasan 1-Malaysia dengan penekanan kepada dasar "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan". Konsep yang mengamalkan dasar Islam yang sederhana yang telah diterima baik oleh rakyat dan umat. Konsep ini bukan sekadar retorik politik, malahan telah dipraktikkan dan dilaksanakan dengan pelbagai program dan projek saperti "Klinik 1-Malaysia", "Kedai Rakyat 1-Malaysia", "Bantuan Rakyat 1-Malaysia", "Perumahan Rakyat 1-Malaysia" dan pelbagai lagi. Konsep 1-Malaysia berteraskan "Islam Wasathiyah" ini telah meletakkan Islam sebagai agama tauhid yang praktikal dan kontemporari!

Berbalik kepada "Dokumen Negara Kebajikan PAS", isu utama yang teman sebut ialah soal kebolehpercayaan! Betulkah mereka ini, atau ianya sekadar satu lagi "gorengan politik" untuk menyedapkan telinga mendengar dan membuaikan nafsu machiavelli mereka?

Teman menegaskan bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik! Malahan ianya langsung tidak boleh dipercayai dan wajib dicampak didalam longkang sahaja!

Cuba ingat apa yang Haji Hadi dan pimpinan PAS sebut semasa pelancaran "Dokumen Negara Islam" pada 12 November 2003. Kalau mike lupa, biar teman ingatkan semula apa yang dijanjikan didalam "Dokumen Negara Islam":

"Konsep 'Membangun Bersama Islam' akan digarap dan dihayati untuk membina Negara Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup"

(lihat Dokumen Negara Islam cetakan pertama Oktober 2003).

Dan cuba lihat kembali ucapan Haji Hadi semasa melancarkan "Dokumen Negara Islam" tersebut:

"Dengan terbitnya dokumen Negara Islam ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam; malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikit pun untuk menubuhkan Negara Islam.

Sesungguhnya kewajipan menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajipan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kaedah fiqh yang ma'ruf".

Satu janji dan ucapan yang bisa memukau golongan yang mudah terpukau.!!!

Tapi tengok apa yang terjadi setelah mereka bersekongkol dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP, dan atas persekongkolan luar tabi'e dan songsang itu mereka diberi ALLAH sedikit habuan kuasa dan kedudukan serta jawatan!

Dalam Muktamar Agong PAS 2011, hanya lapan tahun selepas pelancaran "Dokumen Negara Islam", Haji Hadi membuat u-turn politik dengan pusingan 360 darjah membuang perjuangan menegakkan Negara Islam dengan kenyataan berikut":

"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara kebajikan, itu (negara kebajikan) ada dalam Quran. Dia (Al Quran) tak sebut Negara Islam, dia (Al Quran) sebut Negara Kebajikan!!!".

Dalam satu nafas sahaja, tiba-tiba Dokumen Negara Islam dicampak kedalam longkang atas alasan "tidak ada didalam Al Quran!!!" Mereka nyang janjikan Negara Islam, mereka yang reka Dokumen Negara Islam, tiba-tiba mereka sendiri yang mentongsampahkan "perjuangan Negara Islam" dan "Dokumen Negara Islam" mereka!!!

Dan sekarang mereka rekayarsa pulak satu kitab baru dilabel sebagai "Dokumen Negara Kebajikan". Hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1-Malaysia "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Di Utamakan"!

Persoalannya ialah, kalau mereka boleh buat u-turn pusingan 360 darjah membuang 'Dokumen Negara Islam' atas alasan tidak ada didalam Al Quran dan menggantikannya dengan 'Dokumen Negara Kebajikan', apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang 'Dokumen Negara Kebajikan' dan menggantikannya dengan dokumen negara entah apa kejadah lagi!?

Dan setelah berpuluh tahun ujud, setelah bertahun-tahun diberikan peluang menjadi Kertajaan Negeri, setelah diberi habuan menjadi YB-YB dan Ahli Parlimen, adakah yang mereka mampu lakukan hanya dengan sekadar mendatangkan buku dan dokumen sahaja? Dari 'Dokumen Negara Islam', kepada 'Buku Jinggay', kepada 'Dokumen Negara Kebajikan', dan entah apa lagi selepas ini. Adakah nanti bila parti biaDAP berkuasa, mereka akan melancarkan pulak buku 'Dokumen Negara Cauvinis', dan jika sosialis berjaya, mereka lancarkan pulak 'Dokumen Negara Kominis'. Dan apa jadi kalau Anwar Ibrahim ditabal sebagaio PM (na'uzubillah), adakah Haji Hadi akan lancarkan 'Dokumen Negara Sodom', 'Dokumen Negara Liwat', 'Dokumen Negara ChinaDOLL'?

Dan jika diambil 10 Point 'Dokumen Negara Kebajikan' itu, Haji Hadi dan kaum Anwarinas sudah gagal, fail dalam point pertama lagi, iaitu 'melahirkan kerajaan amanah'. Adakah mereka benar-benar amanah, bila mereka mengkhianati 'Dokumen Negara Islam' yang mereka sendiri reka dan cipta! Bila mereka sendiri yang buang perjuangan Negara Islam yang menjadi nadi dan jantung perjuangan PAS selama dilahirkan! Dan mereka menggunakan alasan 'Dokumen Negara Islam' dan 'Perjuangan Negara Islam' kononnya ianya "tidak ada dalam Al Quran". Mereka berselindung disebalik Al Quran untuk menghalalkan tindakan mereka membuang 'Dokumen Negara Islam!'.

Dan point kedua mereka, 'masyarakat menyayang' cukup membuktikan hipokritnya kaum ini. Begitu penyayang mereka sehingga memaki hamun dan menyumpah seranah bangsa dan saudara seagama sendiri. Pentas mereka dipergunakan oleh kaum biaDAP untuk melabel seorang pemimpin Melayu Islam sebagai 'black metallic haramjadah!!!". Inikah sikap 'masyarakat penyayang' mereka? Tengok cara mereka maki hamun anggota polis Melayu Islam yang mempertahankan negara dengan gelaran 'pengkhianat', 'talibarut penjajah' dan lain-lain!

Point ketiga mereka, untuk mengujud 'ekonomi mampan', apa yang kita dapat tengok Kedah sekarang? Betapa 'mampannya ekonomi' Kelantan, sampai bekalan air pun karat, kotor dan beracun!

Point keempat mereka untuk menyediakan 'pendidikan berkualiti', apa yang telah mereka buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan? Yayasan Selangor, agensi yang ditubuh oleh Kerajaan UMNO untuk membantu anak-anak Melayu-Islam desa mendapat pelajaran berkualiti dibandar pun hendak dijual dan dihapuskan! Universiti mereka, Universiti Selangor yang dahulunya ditubuhkan oleh Kerajaan UMNO dengan bilangan pelajar yang ramai dan berkualiti, hari ini merosot akibat politiking melampau. Sehingga menyebabkan Naib Canselor dan pensyarah kanan berhenti. Lebih parah, mereka meletakkan pensyarah yang didakwa terbabit dengan kes rogol pelajar sebagai pentadbir Universiti! Para pensyarah yang menyokong mereka di IPTA dan IPTS lebih sibuk berpolitik daripada menjaga kebajikan dan prestasi akademik oelajar. Pelajar diperah dan dikerah sebagai tukang tampal poster mereka dan pemenuh demonstrasi jalanan!

Pointi kelima mereka 'perkhidmatan kesihatan yang cekap' sekadar lip service. Mana hospital yang pernah mereka bina selama 20 tahun memerintah. Jangankan klinik, masjid pun baru sebutir dibina selepas leboh 20 tahun memerintah! Kesihatan apa kalau rakyat tidak dibekalkan dengan air bersih, malah air yang kotor, berkarat dan beracun! Apa jadi dengan Pusat Kesihatan Kohilal mereka? Tanyalah mereka yang pernah mendapat khidmat kesihatan daripada kaum ni, pasti mike akan dapat jawapan yangmenjadikan pointi mereka ini sekadarpointi untuk lawak senario sahaja!

Point keenam mereka, 'kebajikan langsung', ni Apek Senario dengar pun akan gelak sampai pitam. Kebajikan apa yang dema dah buat. Bekalan air berkarat? Kotor? Kebajikan ahli Exco Agama mereka sendiri YB Datuk Hasan Ali mereka tidak jaga. Datuk Hasan Ali yang mahu mempertahankan Islam, memartabatkan ummah bukan sahaja tidak dijaga kebajikannya, malah menjadi habuan maki hamun dan sumpah seranah mereka. Hingga digugurkan sebagai calon untuk PRU 13 nanti! Kebajikan ahlinya sendiri tidak terjaga, ini mereka nak janjikan kebajikan untuk rakyat dan umat. Tanya mereka apa jadi dengan Tabung Kebajikan Memali? Tanya mereka apa jadi dengan kebajikan ahli PAS yang menabung di Kohlilal? Mana simpanan dan tabung mereka?

Point ketujuh mereka, menjanjikan 'keluarga harmoni' adalah bukti kehipokritan paling melampau kaum Anwarinas ini. Kelaurga harmoni apa kalau sampai sanggup berbai'ah sumpah talaq tiga, isteri sanggup diveraikan dengan talaq ba'in qubro semata-mata untuk menjaga kepentingan jawatan, kedudukan dan politik mereka. Keluarga harmoni apa kalau isteri yang cantik bertudung disuruh berbohong untuk menutup kemungakaran dan maksiat suami yang durjana!

Begitu jugalah dengan point-point lain mereka, 'pekerja produktif', 'kemudahan prasaran berkualiti', 'pemeliharaan alam sekitar', semua ini sekadar retorik politik yang layak menajdi bahan skrip untuk "Lawak Senario" sahaja. Pemuliharaan alam sekitar? Ni lawak apa ni? Dah lebih dua puluh tahun memerintah, apa jadi dengan kawasan hutan simpan Lojing? Dah hampir kering kotang dirakusi dengan kegiatan pembalakan? Pemuliharaan alam sekitar apa kalau bekalan air kepada rakyat kotor, karat dan beracun walaupun dah lebih dua [uluh tahun memerintah?

Ringkasnya yop, 'Dokumen Negara Kebajikan' ini hanya membuktikan satu perkara. Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup menjadi parasit dan pelacur politik kalkatus murahan semata-mata untuk menghalalkan matlamat mereka untuk menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya demi memenuhi nafsu serakah mereka. Jangan lupa yop, inilah kaum yang sama nak menjual dan melelong Putrajaya tidak berapa lama dulu!

Ketuk kepala, tanyalah kepala otak masing-masing yop. Berapa lama nak kena tipu dan dibohongi dengan putarbelit kaum ini yop!

Semoga ALLAH memelihara iman, aqidah dan akhlak kita semua yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
18 Muharram 1433
13 Oktober 2011

December 12, 2011

Hasan Ali Sokong Perpaduan UMNO-PAS

Matinya Seorang Syuhada

Kalau ada 1000 ahli PAS seperti Hassan Ali ini - InsyaAllah aman dan sejahteralah negara tercinta kita. Meletakkan Allah terlebih dahulu daripada politik, kuasa dan demokrasi merupakan tuntutan sunnah dan menjauhi sifat munafik. Kesetiaannya kepada Allah dan bukan kepada parti atau Nik Aziz bakal memperkukuhkan lagi kesatuan ummah. Kita memerlukan lebih ramai lagi Hassan Ali dan bukan Nik Aziz. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Datuk Dr Hasan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah. Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam.

Laporan media terbaru mengatakan bahawa beliau akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Tetapi ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam. Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

“Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetap bekerjasama.

“Bekerjasama dengan rapat untuk membantu mereka dan mereka membantu saya,” kata beliau pada sidang media di rumahnya hari ini. Hasan berkata laporan kononnya beliau akan digugurkan daripada bertanding semua pilihan raya akan datang bukanlah penentu akan meninggalkan PAS.

Menurut beliau, tindakan meninggalkan parti adalah satu tugas sukar. Kata beliau, persoalan sama ada beliau kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya tidak akan menghalang perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam dan mendaulatkan institusi raja.

“Sama ada saya dicalonkan atau tidak, itu bukan menjadi halangan, pendirian saya tidak pernah berubah terhadap tiga perkara berkenaan.

“Bahkan isu ini menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang dan saya yakin, ramai yang memahami dan menjiwai semangat saya,” tegasnya. Menurutnya lagi, pihaknya sendiri tidak mendapat maklumat daripada peringkat PAS pusat berkaitan isu tersebut, sebaliknya hanya mendapat maklumat daripada media.

“Saya tidak menyalahkan saudara Shaari Sungip berkenaan kenyataan tersebut tetapi saya ingin membuat penegasan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa hal-hal pencalonan mesti diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui penilaian oleh Majlis Syura.

“Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului kepimpinan tertinggi dalam parti berkaitan hal ini dan saya harap kepimpinan dapat memantau ahli di setiap peringkat agar tidak membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti,” katanya lagi.

Jelas Hasan, pihaknya juga khuatir sekiranya perkara demikian adalah konspirasi dalaman yang cuba menjatuhkan dirinya. “Saya rasa macam ada sedikit gangguan di peringkat negeri, tetapi saya harap konspirasi itu tidak berlaku,” katanya lagi.

“Perjuangan kita ikhlas, saya redha dengan apa jua tindakan PAS Pusat, tetapi sekiranya mereka tidak redha dengan saya, itu hak mereka, keutamaan saya adalah mendapat keredhaan Allah,” tegasnya. Semalam, PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia bahawa Hasan dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini. Hasan turut menjelaskan, jumlah pencalonan daripada setiap cawangan bukanlah penentu seseorang calon itu layak bertanding atau tidak, tetapi turut diputuskan mengikut budi bicara pimpinan pusat.

“Setakat ini memang saya mengetahui pencalonan dari peringkat cawangan diambil kira, tetapi ini bukanlah faktor penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. “Saya sendiri ditunjuk untuk bertanding di DUN Gombak Setia pada 2008 bukan atas dasar pencalonan cawangan, begitu juga Ketua Penerangan PAS Negeri sekarang, yang bertanding di DUN Hulu Klang, juga tidak mengikuti proses penerimaan calon peringkat cawangan,” katanya lagi.

Isu Feedlot Selesai...

GEMAS: Semua sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang dijawab Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semalam.

Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.

Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.


Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini,” katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC,” katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.

Sebaik-Baik Sultan

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menjelaskan baginda telah meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri bersetuju dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang diluluskan Julai lalu, bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat diurus dengan baik.

Sehubungan itu titah Sultan Selangor, selaku ketua agama Islam di negeri itu, baginda bertanggungjawab memastikan pentadbiran agama Islam dalam berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Oleh yang demikian, saya menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut supaya semua cadangan pindaan dapat dilaksanakan segera,” kata baginda dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Titah Sultan Selangor, bukan baginda tidak beri rang undang-undang berkenaan dibahaskan, tetapi isu pindaan berkenaan telah lama diluluskan iaitu pada Jun lalu.

“Kenapa baru sekarang diungkit balik? Saya ingat ada orang yang tidak suka dengan pindaan Seksyen 80(1) tentang peguam syarie mesti orang Islam, tidak boleh orang bukan Muslim.

“Mengenai isu ini, mufti pun sudah buat fatwa,” titah baginda lagi. Baginda seterusnya berkata, “kita jangan terkeliru” kerana orang bukan Islam boleh belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tetapi tidak boleh menjadi peguam syarie.

“Ini yang (pensyarah UIA) Prof Abdul Aziz Bari tidak faham.

“Fatwa sudah dibuat, kita hanya perkuatkan lagi dengan memasukkan dalam enakmen,” titah baginda dan menambah, “itu yang bising sangat.”

“Ada orang pergunakan orang Melayu,” jelas baginda menjelaskan pertikaian mengenai isu itu sebelum ini. Baginda seterusnya bertitah, Seksyen 85 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dimansuhkan kerana Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bukan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun seperti anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Berbeza dengan (Jabatan Agama Islam Selangor) Jais yang masih di bawah kerajaan negeri, Mais mempunyai ahli majlisnya sendiri, yang saya lantik untuk melihat polisi-polisi agama Islam.

“Mereka (ahli Mais) ada tanggungjawab besar dan mereka memberikan nasihat kepada saya. Semua minit mesti diserahkan kepada saya. Itu yang Prof Aziz marah sangat. Kata tidak dalam berkanun, Mais tidak payah audit, mana boleh. Mais dari dulu kita audit,” titah baginda.

“Zakat diaudit. Oleh kerana audit zakat dalam Mais ini bersih jadi tidak masuk dalam akhbar.

“Biasanya kalau ada kesalahan dari segi audit, baru disiarkan di suratkhabar,” tambah Sultan Selangor.

Dalam temu bual ini, Sultan Selangor bertitah menjelaskan, “kalau Prof Aziz kata zakat di Selangor tidak audit, nanti orang ramai takut hendak beri zakat.” Bulan lalu, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pindaan beberapa seksyen dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri pada 11 Julai lalu sudah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Kata beliau, pihaknya bersedia memberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu bagi mengelak timbulnya salah faham atau kekeliruan.

Mohamad Adzib berkata, antara perkara dibangkitkan dalam pindaan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dan diwartakan pada 25 Ogos lalu itu termasuk mengenai pelantikan Setiausaha Mais dan pengagihan wang zakat di Selangor. Dalam temu bual terbaru ini, Sultan Selangor juga bertitah menjelaskan bahawa baginda mendapat tahu daripada Mais bahawa pihaknya hendak membuat banyak pidaan dan memperbetulkan pentadbiran agama Islam tetapi wakil rakyat tidak mahu.

“Saya dapat tahu mereka tidak mahu. Jadi kalau begitu saya kata, saya ada hak menulis surat kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri, bertitah atau keluarkan surat.

“Setelah meneliti dan mendengar nasihat Mais, saya amat berpuas hati bahawa semua cadangan pindaan yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, sekiranya diluluskan dapat memberi kebaikan kepada pentadbiran agama Islam dan juga semua rakyat beta yang beragama Islam,” jelas baginda.

December 11, 2011

Dokumen Negara Berkebajikan PAS : 48 Jam Sebelum Bencana!

Kalau inilah namanya "Negara Berkebajikan" yang mampu PAS tawarkan - maka tolak sahaja PAS ke dalam bakul sampah. Silap haribulan berdosa mengundi PAS. Mengapa berdosa? Pertama, di dalam dokumen Negara Berkebajikan yang dilancarkan oleh PAS hari ini tiada perkataan atau pun matlamat untuk melaksanakan negara Islam dan undang-undang Islam di negara ini, maka adalah jelas bahawa PAS sudah mengikut sepenuhnya telunjuk para kafir harbi DAP sehingga tanpa sedar, mereka terjelus masuk ke lubang biawak. Malang sungguh, Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP dan PKR nampaknya banyak merugikan umat Islam. Ia sangat berbeza dengan cara Rasulullah dalam bertahaluf siyasi dengan orang kafir pada zamannya.

Perlu kita sedari, semua inisiatif yang ditawarkan oleh PAS di dalam dokumen Negara Berkebajikan mereka itu, hakikatnya sama sekali tidak pernah di"endorse" oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat - ia hanyalah tawaran persendirian PAS yang belum tentu dapat dilaksanakan tanpa persetujuan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain! Dan yang lebih pelik - mengapa mesti ada satu lagi dokumen bertulis berjudul Negara Berkebajikan, sekiranya sudah dipersetujui bahawa Buku Jingga sebagai dokumen rasmi perjuangan Pakatan Rakyat. Apakah Buku Jingga Pakatan Rakyat masih belum benar-benar "berkebajikan"? Sehingga terpaksa dilengkap dan disempurnahkan dengan buku Negara Berkebajikan PAS?

Meletakkan angan-angan di dalam bentuk bertulis hanyalah mencipta dogma politik yang bersifat retorik, dan mengheret para pengikut mereka untuk terus hidup kekal di dalam lingkaran dejavu yang tidak berpenghujung.

Hujah-hujah kebajikan yang ditawarkan oleh PAS sama sekali tidak relevan dengan fakta dan senario ekonomi dunia - sekurang-kurangnya transformasi Najib berpijak di bumi nyata. Komitmen politik PAS sering dilaungkan dalam bentuk ceramah dan dokumen - bukan dalam bentuk amalan dan realiti semasa. Yang sepatutnya ditawarkan oleh dokumen kebajikan PAS adalah moraliti para pemimpinnya dan bukan menawarkan perubahan sistem! Kerana apabila PAS sudah menggugurkan hasrat untuk menubuhkan negara Islam, maka PAS sebenarnya sudah bertoleransi dengan sistem yang sedia ada.

Maka, adalah wajar PAS menawarkan barisan kepimpinannya yang bermoral tinggi untuk menerajui kepimpinan negara. Sehingga kini - moral para pemimpin PAS masih dibayangi dengan dosa-dosa besar iaitu mengumpat dan memfitnah saudara seIslam. Inilah masalah utama lagi besar yang dianggap sangat kecil di sisi PAS! Jika masalah ini dapat diatasi oleh PAS terlebih dahulu, Malaysia akan lebih aman dan dakwah Islam akan lebih mudah diterima oleh orang UMNO mahu pun masyarakat kafir.

Tetapi PAS tidak pernah peduli soal ini - paradigma politik mereka tetap berkiblatkan kuasa dan fahaman ortodoks Nik Aziz yang terlalu percaya hanya melalui kuasa pemerintah sahajalah maka, segala hukum-hakam yang Allah tetapkan di dalam al-Quran mampu dilaksanakan dengan sempurna. Sedangkan Nik Aziz terlupa - membentuk terlebih dahulu masyarakat Islam yang benar-benar menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya adalah pra-syarat utama sebelum pembentukan negara Islam. Tanpa masyarakat Islam yang benar-benar sempurna, negara Islam hanya sekadar nama. Sebab itulah Islam tidak boleh diletakkan di dalam peti undi. Cara memperjuangkan Islam bukan melalui demokrasi. Islam dibangunkan melalui dakwah bukan ceramah, melalui kemulian akhlak serta persaudaraan dan bukan makian. Wallahualam.

Isu Zahid Hamidi Dan Papagomo : Lain Kali Hati-Hati

Tanpa bersikap prejudis - saya mempunyai pandangan yang rasional dalam hal ini. Sebagai rakan lama Papagomo, bersama-sama beliau pada tahun-tahun awal berblog, saya berpandangan agak kurang tepat sekiranya Zahid Hamidi mendedahkan secara berterus-terang bahawa Papagomo dijemput untuk menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak baru-baru ini. Hal ini hanya menimbulkan fitnah dan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk "membantai" kita semula.

Seharusnya para blogger bekerja di belakang tadbir dan bukan secara terang-terangan berhadapan dengan musuh. Sekali pun Zahid Hamidi berminat mahu menggunakan kepakaran atau kepopularan mana-mana blogger pro-UMNO sekali pun, elok rasanya dilakukan secara bijak dan memberi garis panduan agar blogger tidak melakukan kesilapan teknikal yang akhirnya menjejaskan nama Zahid Hamidi sendiri. Para blogger juga harus pintar, sekiranya memperoleh peluang yang sukar diperoleh blogger lain, elok sembunyikan rasa gembira tersebut. Yang utama adalah menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat berkenaan isu yang sedang diputarkan dan bukan untuk menunjukkan diri kita mendapat keistimewaan daripada pihak tertentu. Wallahualam.