
PAS melalui lidah Nik Aziz, Haji Hadi dan para pemimpin utamanya sering mendakwa bahawa orang bukan Islam atau orang kafir Dzhimmi di negara ini terlepas dan bebas daripada terikat dengan hukum Hudud, merupakan satu fitnah atas nama agama - bahkan ia merupakan pembohongan yang jauh terpesong daripada kehendak ajaran Islam yang sebenar. Maka, tidak hairanlah, Tun Mahathir pernah mendakwa bahawa Hukum Hudud yang dicanang oleh PAS selama ini, bukanlah hukum Hudud yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah hukum yang digubal dengan kejahilan dan retorik politik untuk berkuasa. Baca penjelasan berhubung hukum Hudud wajib dikenakan juga ke atas orang kafir Dzimmi yang tinggal di dalam sebuah negara Islam :
ISU ORANG BUKAN Islam tidak dikenakan hudud telah muncul di Malaysia sejak tahun 2003 apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) melancarkan Draf Negara Islam (DNI)setebal 53 muka surat. Ketika melancarkan DNI ini, Tuan Haji Hadi antaranya menyentuh berkenaan hukum hudud kepada bukan Islam.
Isu ini menimbulkan kebingungan kepada ummat Islam di Malaysia. Saya sendiri dulu diajar oleh PAS bahawa orang kafir yang menjadi warga Negara Islam juga wajib dikenakan hudud. Jika selama ini PAS secara jelas dalam Draf Hudud Kelantan menyatakan hudud wajib ke atas Islam dan bukan Islam, tetapi secara rasminya DNI menidakkan hukum tersebut. Sangat menyedihkan apabila sesetengah ahli PAS, tetap mempertahankan apa saja keputusan ulama' mereka (termasuk bagi kes hudud ini) tetapi masih ada lagi sebilangan orang Islam yang teliti dalam menilai hukum syara’ dan tidak menjadikan ulama’ sebagai standard kebenaran. Golongan inilah yang mengalami kebingungan, tidak tahu bagaimana untuk berhukum.
Dalam Draf Negara Islam(DNI) yang dikeluarkan PAS pada tahun 2003 edisi bahasa melayu cetakan pertama muka surat 27 adalah dinyatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan samada hendak menerima hukum tersebut (hukum Islam) atau Common Law (hukum kufur). Firman Allah swt dalam Al Quran:Maksudnya: Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; keran sesunguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.(Al-Maidah 42)Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam samada menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS kepada mereka tetapi ketetapan yang Allah jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.--------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang dikasihi,
Kewajipan kafir dzimmi dikenakan hukuman hudud adalah hukum qathie sebagaimana kewajipan solat, puasa, riba’ dan lain-lain hukum qathie yang disampaikan secara tawatur baik dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Tindakan PAS terutama Haji Hadi melaungkan di mana-mana hudud tidak dikenakan keatas bukan Islam dan malah mereka menyatakan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini sekaligus mempertikai hukum Allah adalah merupakan kecerobohan dalam agama. Penggunaan ayat 42 Surah Al Maidah tersebut jelas salah kaprah kerana ia digunakan pada konteks yang salah. Semua ini akan saya huraikan secara detail dalam siri-siri berikutnya.
Apa yang saya hendak saya pada siri pertama ini, adalah kewajipan kafir dzimmi dikenakan hudud adalah kewajipan yang qathie, bukan khilafiah. Tindakan mana-mana pihak menafikan hukum ini adalah merupakan kecerobohan dalam agama yang wajib dmuhasabah dan ditentang apatah lagi dibawa oleh ulama’ yang memimpin parti Islam. Oleh itu saya minta kepada pembaca sekelian untuk menilai apa yang akan saya sampaikan ini berdasarkan hujah syara’ semata, tiada selainnya. Janganlah ketaatan kepada ulama’ menutup pintu hati kita dalam menilai kebenaran. Kerana Allah mengecam tindakan sedemikian secara keras dalam firmanNYa:
تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(QS at-Taubah: 31).Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,Dalam surah Al Maidah ayat 41 hingga 45 Allah menceritakan betapa kedegilan Orang Yahudi dalam menerima seruan Nabi Musa. Kepada Nabi Musa diturunkan Kitab Taurat yang menjadi Kitab wahyu. Kemudian dalam ayat 46 dan 47, Allah menceritakan kepada Nabi Isa telah diturunkan Injil tetapi diingkari oleh Bani Israel. Seterusnya dalam ayat 48 Surah Al Maidah, Allah mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul yang baginya diwahyukan Al Quran sebagai sumber hukum.
Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenar apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang yang diturunkan sebeklumnya) dan sebagai memansuhkan kitab-kitab yang lain;maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu memgikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada mu. Untuk tiap-tiap ummat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang.Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikannya satu ummat(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada mu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepada mu, apa yang telah yang kamu perselisihkan itu. (Al Maidah:48)Di dalam surah 44 dan 45 Allah menyatakan kepada Nabi Musa diturunkan Taurat, dalam ayat 46 dan 47 kepada Nabi Isa diturunkan Injil, maka seterusnya dalam ayat 48 ini dinyatakan kepada Nabi Muhammad diturunkan Al Quran. Yang dimaksudkan dengan “muhaiminan alahi” adalah menundukkan(musyathiran) dan mengusai (mushallithan). Penguasaan Al Quran terhadap kitab-kitab terdahulu menghapus(naskh) syariat-syariat sebelumnya. Dengan kata lain Al Quran membenarkan keberadaan kitab-kitab terdahulu dan sekaligus menasakhnya.
Seterusnya dalam ayat 49 Allah berfirman
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ
بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah 49)Asbab An Nuzul bagi ayat ini :Ibnu Ishaq, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dan al-Baihaqi dalam Ad-Dala’il meriwayatkan dari Ibnu Abbas: Kaab bin Usaid, Abdullah bin Suraya, dan Syasy bin Qais berkata, “Pergilah kalian bersama kami menghadap Muhammad, mudah-mudahan kita dapat memalingkan dia dari agamanya.”
Sesampai di tempat Nabi saw. mereka berkata, “Ya Muhammad, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa kami adalah pendeta-pendeta Yahudi, orang-orang terhormat, dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika kami mengikutimu, niscaya orang-orang Yahudi mengikuti kami dan mereka tidak menyalahi kehendak kami. Antara kami dan mereka ada perselisihan dan kami mengajak mereka untuk memutuskan perkara kepada engkau. Karena itu, berilah keputusan yang memenangkan kami atas mereka dalam perkara ini, niscaya kami akan beriman kepadamu dan membenarkanmu.” Nabi saw. menolak permintaan mereka. Lalu turunlah QS al-Maidah ayat 49-50.
(As-Suyuthi, Ad-Durr al-Mantsur, II/513-512 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1990); al-Thabari, Jami’ al-Bayan fî Ta’wil al-Qur’an, IV/614 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992); al-Khazin, Lubab al-Ta’wil wa fî Ma’anî al-Tanzil, II/51-52 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1995).Berikutlah sedikit penjelasan berkenaan seputar ayat-ayat yang menjadi asas pembahasan kewajipan penerapan hukum Islam kepada kafir dzimmi. Dalam DNI, PAS menjadikan ayat Al-Maidah 42 sebagai dalil orang bukan Islam tidak wajib dikenakan hudud dan malah diberi pilihan untuk memilih hukum Islam atau hukum kufur. Saya akan jelaskan pandangan para mufassirin bagi ayat-ayat tersebut juga hukum yang digali para fuqaha dan imam mazhab berkenaan hukum ini dari ayat-ayat tersebut.
Dalam ayat 49 surah Al-Maidah, Allah berfirman
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ
Ibnu Kathir dalam Tafsir Al Quran Al-‘azhim menyatakan ia merupakan penegasan (ta’kId) terhadap perintah dalam ayat sebelumnya (iaitu ayat 48)agar Nabi saw. berhukum dengan apa yang diturunkan Allah Swt. dan larangan menyalahinya. Pengulangan itu untuk menjadikan perintah tersebut menempati ghayat at-ta’kid (puncak penegasan). Dalam ayat 48 Allah menyatakan yang bermaksud
” Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran”Jadi menurut Ibnu Kathir, ayat 49 ini menegaskan sekali lagi dengan membawa puncak penegasan terhadap kewajipan berhukum dengan hukum Allah.
Dalam hal ini, pihak yang menjadi objek penerapan hukum, yang diungkapkan dengan menggunakan dhamir hum (kata ganti mereka)- وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ-, adalah Yahudi. Demikian kesimpulan para mufassir seperti al-Thabari, Abu Hayyan al-Andalusi, al-Qinuji, al-Wahidi al-Naysaburi, dan lain-lain. Kesimpulan tersebut amat tepat jika dikaitkan dengan sabab nuzul ayat ini dan ayat-ayat sebelumnya. Kewajipan penerapan hukum tersebut adalah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Manakala ayat بِمَا أَنْزَلَ اللهُ (dengan apa yang diturunkan Allah) adalah merujuk kepada ayat sebelumnya (ayat 48),bahawa Allah telah menurunkan kepada Nabi Muhammad iatu Al-Kitab(AlQuran) setelah Allah memberitahu dalam ayat 45 dan 45 kepada Nabi Musa telah diturunkan Kitab Taurat dan dalam ayat 46 & 47 dinyatakan pula kepada Nabi Isa telah diturunkan Kitab Injil. Al Quran telah membenar dan memansuhkan kitab-kitab terdahulu tersebut. Sejak saat itu, hukum yang wajib diterapkan Rasulullah saw. dan umatnya dalam memutuskan perkara adalah yang bersumber dari al-Quran.
Sebahagian mufassirin menyatakan ayat 49 ini telah memansuhkan ayat 42 surah Al-Maidah -
maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka- tersebut yang memberi pilihan kepada Nabi menghukum atau membiarkan orang kafir.
(Al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, Ibnu Juzyi al-Kalbi dalam At-Tasyhil li ‘Ulum al-Tanzil, Nidzamuddin al-Naysaburi dalam Tafsir Gharaib al-Qur’an, al-Jashshash dalam Ahkam al-Qur’an,, Abu Hayyan al-Andalusi dalam Tafsir al-Bahr al-Muhith, al-Wahidi al-Naysaburi dalam al-Wasith, dan as-Suyuthi, Ad-Durr al-Mantsur).Mufassir dan fukaha lainnya tidak melihat adanya nasikh-mansukh dalam kedua ayat tersebut. Kerana untuk menyatakan sebuah ayat telah di-naskh oleh ayat lain diperlukan qarinah (petunjuk) yang jelas. Dalam kedua ayat tersebut tidak ada qarînah yang jelas yang menunjukkan tentang itu. Walaupun secara lahiriah terlihat adanya pertentangan di antara keduanya,tetapi kedua-ayat ini boleh dikompromikan. Kaedah ini disebut sebagai al-jam‘u bayna al-dalilayn (mengkompromikan dua dalil). Kerana kaedah ushool meyatakan bahawa mengamalkan 2 dalil lebih utama dari mengamalkan 1 dalil.
Walaupun fara fuqaha berbeza pandangan tentang adanya nasikh mansukh antara ayat 42 dan 49 surah Al-Maidah ini, mereka tidak berbeza pandangan tentang kewajipan penerapan hukum Islam kepada Islam dan bukan Islam.
Menurut Imam Syafie, kedua-dua ayat ini (42 dan 49) adalah tidak bertentangan. Beliau menyatakan ayat 42 adalah berkenaan dengan kafir mu‘ahid (kaum kafir luardaulah yang terikat perjanjian dengan Negara Islam), sedangkan ayat 49 adalah tentang kafir dzimmi (kaum kafir yang menjadi warga Daulah Khilafah).
(Az-Zuhaili dalam Tafsir Al Munir dan Mahmud Hijazi, al- Tafsir al-Wadhih). Pandangan yang senada dinyatakan oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani dalam kitab Syakhsiah Islamiah jilid II. Menurut An Nabhani, ayat 42 adalah bagi kes kas kafir dzimmi yang bukan menjadi warga Negara Islam sedangkan ayat 49 adalah bagi kes kafir dzimmi dan ummat Islam.
Selanjutnya Allah Swt. berfirman:
وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ (
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu merekaAth-Thabari menyatakan, “Ini merupakan larangan Allah kepada Nabi Muhammad saw dari mengikuti hawa nafsu kaum Yahudi yang meminta keputusan hukum kepada beliau dalam kes orang-orang terbunuh dan menentang mereka, sekaligus perintah tetap istiqamah dengan Kitab yang diturunkan Allah kepada beliau.
Selanjutnya Allah berfirman:
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ
(dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu). Menurut Ibnu Abbas dan Abu Ubaidah, yang dimaksud dengan
yaftinuka (memfitnah kamu) adalah mengembalikanmu pada hawa nafsu mereka. Sebab, setiap orang yang terpalingkan dari kebenaran pada kebatilan berarti telah terfitnah. Frasa ini memberikan peringatan terhadap kaum Muslim untuk berhati-hati terhadap usaha kaum kafir yang berkeinginan memalingkan mereka dari sebagian wahyu yang telah Allah turunkan kepada mereka.
Jika telusuri dalam konteks hari ini, sememangnya ada orang kafir mahupun golongan sekular sanggup bekerjasama dengan gerakan Islam tetapi memiliki keterbatasan. Contohnya mereka mahu terus melaksanakan hukum sekular, mahukan mereka terlibat dalam pemerintahan, menolak perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya. Apa yang terjadi pada Rasulullah dahulu sememangnya terjadi kepada kita hari ini. Ramai bukan Islam tidak mahukan hudud, jadi apakah kita mahu melupakan peringatan Allah dalam ayat ini bahawa mereka akan membawa kamu mengikut kehendak nafsu mereka? Jika itulah tindakan kita maka akhir dari ayat ini Allah memberikan amaran
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dalam frasa ini diberitakan, sebahagian besar manusia tergolong sebagai kaum fasik. Kenyataan ini banyak diungkap dalam al-Quran (Lihat, misalnya: QS Yusuf [10]: 103; QS al-An‘am [6]: 116).Jadi jelas, bahawa kewajipan penerapan hukum Islam adalah wajib kepada orang Islam dan kafir dzimmi. Malah Allah menyatakan ramai golongan yang fasiq menafikan hal ini. Seterusnya saya akan bentangkan pula pandangan keempat-empat mazhab berkenaan kewajipan hudud kepada Muslim dan Kafir Dzimmi.